Bab 13

4.9K 294 1
                                    

" Sakit lah bodoh! " Semua yang berada disitu terkejut dengan jeritan Aria yabg tiba-tiba. Dan kini dia sudah mula mengilai serta menangis dalam masa yang sama.

" Kau ingat dengan baca ayat-ayat tu akan buat aku pergi? TIDAK! " Mukanya berubah seram. Senyum lain macam.

Tachod ah bb tachod.

Efzan semakin kuat membaca ayat-ayat Al Quran tersebut. Dia mula mendekati Aria lalu meletakkan tanganya di kepala Aria. Aria yang masih dirasuk telah meronta dengan kuat sehinggakan Iryan hampir saja dicampak olehnya. Setelah beberapa minit, Aria mula lemah. Tercunggap-cunggap dia bernafas. Rika segera memberikan Aria sedikit air.

" Kau okey ke? " Aria mengangguk lemah. Dia baring di paha Aryan. Manja sungguh! Nasib la adik. Kalau tak memang kena pelakung.




........






Aku terjaga dari tidur. Tengok jam baru pukul 5:30 pagi. Sementara nak tunggu solat subuh, aku keluar sekejap. Nak ambil angin. Orang kata, udara pagi-pagi best. Bersih je. Kut-kut la kalau rajin, aku buat la senaman sekejap.

Kalau aku rajin la.

" Kau memang suka duduk sorang-sorang ke macam mana?" Efzan menyampuk. Entah dari ceruk mana dia keluar.

 Aku diam. Malas nak layan langau pagi-pagi buta. Baik aku menikmati keindahan alam. Lagi syok.

" Kau dah okey ke? "

" Aku okey. Tak payah risau la. " Jawab aku malas. Kacau je orang nak tengok pemandangan di dalam hutan.

Ingat orang nak tengok dia ke? 

Eh tak, sekarang ni kenapa dia bangun awal sangat?

" Bukan risau tapi menyusahkan orang tahu tak. " Ya Allah, engkau berikanlah aku kesabaran yang tinggi supaya dapat mengelakkan diri dari membuat dosa sebab hamba-Mu yang seorang ini.

" Menyusahkan hidup kau ke pun kalau aku sakit? Takkan? Dah shuh! Aku nak masuk. " Malas aku nak layan Efzan sekarang ni. Buat sakit hati je. 

Bilalah aku boleh balik rumah? Aku rindu katil aku.

" Sebab kau menyusahkan aku untuk risaukan kau la haih. "





...........







Setelah merempuh segala dugaan yang mendatang, pergh kemain ayat aku. Okey, lepas selesai semua aktiviti dalam hutan, kami pun balik la ke tempat asal kami yang dekat khemah tu semula. Hampir-hampir sesat sebenarnya tadi masa dalam hutan, nasiblah ada beberapa orang yang berjaya membawa kami keluar semula. Mati la nak, kalau nak kena tidur dalam tu lagi sehari.

Saya tak kuat. 

" Ehem! Mesti semua penat kan? Abang tahu ada beberapa kes yang tak dapat dielakkan sepanjang korang semua dekat pondok tu. But don't worry sebab kami akan buat anda semua gembira. Semua abang bagi rehat 30 minit. Semua boleh rehat sekarang. Cuma abang nak panggil Aria Effa kejap. Semua bersurai. "

Aku tahu sebenarnya sebab kenapa abang Thomas panggil aku. Mesti nak mengorat kan?

Sudah Aria, jangan perasan.

 Pagi tadi, Rika dan Alys dah cerita tentang apa yang berlaku semalam. Aku mulanya tak percaya sebab aku tak ingat apa-apa tapi sebab aku rasa letih sangat, aku percaya la sikit. Aku berjalan menuju ke arah abang dan kakak fasi berkumpul. Efzan ikut aku dari belakang. 

Dia ni pekak ke apa? Aku rasa nama aku je kena panggil. Yang dia ikut aku kenapa? 

" Assalammualaikum, hm kenapa abang dengan akak panggil saya eh? " Efzan menjeling. Dengan aku bukan kasar bila dengan orang lain boleh pula kau sopan? Waterpark betul.

Aku macam boleh fikir apa yang Efzan tengah fikir sekarang. Kalau kau layan aku elok mamat tepung, aku akan layan kau dengan elok juga. Tapi memandangkan perangai kau macam tepung expired, aku bagi la air expired.

" Sebab semalam. Abang kamu cerita dekat kami semua pasal benda yang jadi. Eh ni kenapa ikut? " Efzan menggaru kepala sambil tersengih. Reti pula eh kau nak tersengih bagai?

 Kalau siapa yang tak tahu perangai tepung expired Efzan ni mesti rasa Efzan ni comel. Gila kau muka handsome then buat gaya comel serius cair!

Tapi bukan Efzan la, Kang Daniel je boleh.

" Ah, abang dia suruh saya ikut. Since saya yang tolong semalam. " Ujar Efzan dengan suara yang mendatar.

Mula dah muka stonic dia.

Aku menjeling. Suka-suki dia je datang menyibuk dekat sini. Okey la aku tahu dia tolong aku semalam tapi aku tak nampak pun Aryan atau Iryan minta tolong Efzan teman aku. 

" Ha ye la. Aria nanti baca ayat kursi banyak-banyak eh? Kalau rasa tak sedap hati bagi je tahu abang Adam. Nanti dia pandai la nak buat apa. " Ujar Kak Fiona.

Alhamdulillah, ada la chance nak sembang dengan abang-abang handsome dekat sini.

Eh?

" Eh, tak apa kak. Saya boleh tolong. Susahkan abang Adam pula. " Eh, aku yang sakit ke kau yang sakit ni. Biarlah abang Adam nak tolong aku.

Aku baru nak feeling-feeling jadi princess yang ada knight. Kau ni, kacau la.

" Alahai, sweetnye abang tengok kamu berdua ni. Ada apa-apa ke? " Aku dan Efzan tersentak.

Aku dan Efzan menjeling satu sama lain. Aku dengan dia? Eh memang tak la. Dia suka aku? Oi, jauhkan la. Aku tak nak lelaki macam dia. 24 jam sakit hati je.

" Dari matamu, matamu ku mulai jatuh cinta ..... " Abang Thomas mula bernyanyi .

Ya Allah panas pula rasa dekat sini. Aku bersembunyi di belakang Efzan. Alang-alang dia tinggi dari aku, jadi la tembok aku sekejap. Malunya!

" Eh no! Kami cuma kawan je. " Eh, bila masa kita kawan ni?

Engkau sepatutnya jadi musuh aku je. Tak ada kawan-kawan ni. Aku tak nak.

" Ala musuh then jadi partner in crime. Akak doakan jodoh korang hingga ke jannah hoho. " Ya Allah akak, jangan macam ni kak. Kang Daniel saya nak letak dekat mana?

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now