Bab 35

4.4K 269 14
                                    

Wafeq mendekati Aria yang sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Dari jauh lagi ada sepasang mata yang memandangnya dengan tajam. Tetapi tidak disedari oleh Wafeq.

" Hi korang! " Wafeq menyapa. Mereka hanya tersenyum dan membalas sapaan itu. Kalau tak balas nanti kata sombong pula.

" Boleh tak nak cakap dengan Aria kejap? " Masing-masing mendiamkan diri kerana tidak tahu untuk membalas. Efzan pula tiada kerana dia harus menguruskan sesuatu di tapak  perhimpunan.

" Cakap dekat sini tak boleh ke? "

" Tak boleh. Ni urusan saya dengan Aria saja. " Aria memandangnya dengan pelik. Urusan apa sampai tak boleh nak cakap dekat situ?

" Ha ye la. Tapi dekat depan tu sikit. At least diorang nampak . " Tak nak la kalau kena berjauhan dengan rakan-rakannya memandangkan situasinya masih belum baik dan berkemungkinan besar boleh berulang kembali.

" Apa dia? " Aria menyoal. Tak mahu berdalih lagi.

" Kenapa awak tak reply mesej saya? " Ah, sudah. Dia tanya pasal mesej WhatsApp pula.

" Awak ada hantar mesej ke? " Sebenarnya, dia sudah malas layan kerenah Wafeq. Kerana perangai Wafeq seperti busybody. Kejap-kejap tanya soalan.

Apa dia ingat aku kaunter pertanyaan ke?

" Ada! Tapi awak read pun tak. Ke awak tutup bluetick? "

" Eh boleh sorok eh bluetick tu? Macam mana? " Soalnya berpura-pura. Wafeq mengeluh. Namun matanya terpandang tangan Aria yang elok memakai sarung tangan.

" Eh kenapa awak pakai sarung tangan? " Wafeq cuba memegang tangan Aria. Tetapi dia dengan pantas menepis tangan Wafeq. Kan aku dah cakap. Budak ni suka sangat jadi busybody.

" Sebab saya....saya... "

" Saya apa? " Wafeq mendesak.

" Saya...saya ..ha tangan saya ni ada bintik bintik. So saya kena pakai sarung tangan untuk elak dari orang lain kena jangkit faham? " Dia cuba mencipta alasan yang agak releven untuk diberi. Mengada la semua benda nak tahu.

Kain sendiri singkat ke sampai tepi kain orang pun dia nak sibuk? 

" Hm ye la. Teruk sangat ke? Boleh saya tengok?" Ya Allah dia ni. Masih tak faham bahasa kenapa? Kan dah cakap boleh berjangkit.

Ni nak kata susah senang sama-sama ke macam mana? Mati bersama? Nak?

" Aria! Madam panggil. " Ujar Ghani rakan sekelas Aria sebagai penyelamat.

Wafeq dan Aria berpaling. Dia sudah memanjatkan syukur kepada Allah kerana menghantar seorang penyelamat ketika ini.

" Dekat mana? " Aria menyoal tanpa menghiraukan Wafeq.

" Dekat kelas 3 Alpha. " Aria terus memecut ke kelas itu. Tak mahu dia berlama-lama dengan Wafeq. Seram. Nanti boleh jadi gila sebab nak layan Wafeq dengan perangai dia yang tidak semengah itu.

Tok tok tok.

" Morning teacher. Teacher nak jumpa saya ke? "

" Yes, masuk lah. First saya nak mintak tolong kamu boleh? "

" Saya tak kisah madam. "

" Form 3 akan adakan perkhemahan. So saya nak kamu ikut jadi fasi diorang boleh? Sebab ramai cikgu cancel last minit. Dan saya tak boleh fikir siapa dah kecuali awak dan kawan-kawan awak. " Aria mendiamkan diri. Nak kena pegi kem lagi? 

Nanti siapa yang ikut aku balik pula? Naya-naya.

" Ha.... "

Tok tok tok.

" Oh masuk la. " Madam menjengukkan kepalanya diluar. Suasana kelas itu terdiam sambil memerhati figura yang memasuki kelas mereka. Aria pula sudah mencebik. Gaya dia masuk poyo sangat.

" Ye, cikgu . Ada apa panggil saya? " Ujar Efzan sopan.

Kejadah dia sopan. Dekat rumah kemain acah-acah gitu. Dasar mamat tenuk hipokrit. Eh, terkutuk pula huhu.

Madam mula bercerita mengenai kem itu. Dekat setengah jam jugalah Madam membebel mengenai kem itu. Rasa sedih pula sebab PT3 dah lepas bagi mereka.

" So macam mana? " Madam berharap. Aria menjeling Efzan. Kalau Efzan greenlight mesti dia juga greenlight bukan?

" Boleh bagi kami sehari untuk fikir madam? "

" Boleh tu memang boleh. Tapi jangan lama sangat ya? Sebab pergi kem jumaat. "

Efzan dan Aria mengangguk. Waktu pembelajaran juga sudah lama mula. Mereka berdua bergegas ke kelas.

........

Tamat saja waktu sekolah Aria dan yang lain mula berkumpul. Masing-masing mahu berbincang mengenai kem itu.

" So nak pergi ke tak nak? "

" Aku dah tanya mama dengan papa waktu rehat tadi. So on je la. "

" On. "

" Aku pun. " Kini, tinggal jawapan Efzan , Zafran dan Aria saja. Masing-masing mula memandang ke arah ketiga-tiga manusia itu.

" So? "

" So what? "

" Hish memain pula dia ni. Kau macam mana? "

" Aku ke? Kalau aku on je la ."

" Kau macam mana Aria? " Aria memandang Efzan. Begitu juga rakannya yang lain. Pada mulanya, Efzan tidak mengerti namun akhirnya dia faham setelah Zafran memberinya hint.

" Pergi je la. Lagipun 4 hari lagi kan? " Aria tersenyum. Kalau Efzan pergi maknanya dia pun pergi! Yahoo!


..........


" No. " Efzan berpeluk tubuh. Kini mereka berada di rumah orang tua Aria. Sebab ingatkan nak ambil baju saja last-last gaduh .

" Kenapa pula? Kau boleh pergi aku tak boleh. " Aria merungut.

" Kau perempuan. Jaga rumah. "

" Bak kata orang tua, isteri mesti kena ada di sisi suami. So aku nak pergi. "

" No! "

 "Yes! "

" No! "

" Yes! "

" No! "

" Yes? "

" Yes! "

" Ha kau dah cakap yes! Jangan nak tarik balik. Kalau tak, aku report mama. " Efzan menjeling.

Kalau budak pendek ni dah start ugut baik diam je. Kalau tak naya kau pukulan seksa budak kecil yang tak cukup zat ni. Sabar je la.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now