Bab 6

6.4K 336 20
                                    

Selepas semua habis makan, kitaorang pun geraklah ke mall yang berdekatan. Aku, Rika dan Alys naik kereta abang aku siapa lagi kalau bukan Iryan manakala Zafran, Aryan dan Efzan dengan kereta Syafiq. 

Sepatutnya Aryan naik dengan kitaorang tapi sebab dia merajuk dengan Iryan, terus naik kereta Shafiq. Tak pandang belakang ye. 

Kepada bakal isteri abang aku, tabahlah. Saya faham perasaan awak yang kena handle perangai budak tak matang.

" Iyan okey ke biarkan Ayan merajuk? " Aku bertanya.

" Aria lupa ke? Ayan tu kejap lagi dia datang balik. Dia bukannya boleh pisah dengan Iyan lama-lama. " 

Hm, betul juga. Diaorang berdua ni bukan boleh berjauhan lama-lama. Nanti tahu-tahu ada dekat sebelah. 

Aku sambung bersembang dengan Rika dan Alys. Banyak betul yang kitaorang gosipkan. Biasalah perempuan, mana tahu nak berhenti. Ni kalau jumpa dengan kawan aku yang dekat Perak, mesti kecoh gila.



....




Sampai je dekat mall, aku terus pergi ke tandas. Ini la padah makan tak ingat dunia. Semua nak sebat. Bukan salah aku la, masakan mama sedap sangat. Mana tak tergoda aku. Aku tak salahkan mama, aku salahkan rasa sedap makanan mama. Boleh ke macam tu?

Boleh je la.

Aku melihat jam di tangan, alamak lama sangat la pula aku dekat tandas. Kena pecut ni, tapi aku ada asma, tak boleh nak berlari sangat. Eh kesah apa aku, dah jom lari!

" Hei! Habis basah baju I! Mahal tahu tak! Mata letak dekat mana? Lutut ke ha? " Alamak, boleh pula terlanggar orang. Bukan aku sengaja tapi mulut dia ni memang dah lama tak kena cili ke? 

" Aku tak kisahlah mahal ke tak baju kau tu tapi tolong perangai jangan macam Sajat ke Safiey Ilyas ke apa ke. Kau jantan sila gentle sikitlah bro. Nah ni duit untuk baju bundle kau. " Ingat aku hamak ke nak langgar orang macam dia? Kalau bukan sebab aku yang lambat, tak ada makna aku nak langgar sesiapa.

" Effa? " 

Gosh, aku dah lambat sangat!





..........





" Sorry, aku ada hal tadi. " Tercunggap-cunggap aku berlari dari tadi. Sudah la sorang kata dekat kedai yang ini eh tiba-tiba dah pergi kedai lain. 

Boleh pula main-main. Nanti kalau diaorang sesat, aku biar je. Seen terus dalam WhatsApp tu. Biar padan muka. 

" Hm patutlah bau busuk. " 

Ya Allah Ya Tuhanku, engkau berikanlah aku kesabaran yang tinggi ni walaupun aku tak berapa nak tinggi tapi tolonglah tinggikan juga. Aku penat-penat macam ni pun still nak cari gaduh ke? 

" Mulut kau memang selalu minum air longkang ke sampai busuk macam ni? " Sedas aku membalas.

" Wo wo wo korang memang jodoh kuat eh? Baju kemain sama. Wah berjodoh ni. " Shafiq bersuara apabila melihat baju aku dan Efzan yang seakan-akan sama. 

" Abang Shafiqa jangan nak gedik eh. Ni bukan jodoh tapi bodoh. " Tak ada makna aku nak berjodoh dengan mamat ni. Buat sakit hati je kau tahu. 

Better andartu dari kahwin dengan dia. Jadi rich aunty pun aku boleh. 

" Bukan bodoh tapi hodoh. " Amboi, nak kata aku tak cantik ke? Eh aku gojes-gojes girl okey.

" Aip apa panggil abang macam tu ha? Nama abang Shafiq okey Shafiq. Bukan Shafiqa! " Ujar Shafiq kegeraman. Siapa suruh dia cari pasal dengan aku. 

Tengah mood tak baik boleh pula ajak bergurau. 

" Ye lah abang senior saya yang paling baik dekat dunia." Aku menjelirkan lidah ke arah Shafiq. Saja nak cari gaduh dengan Shafiq memandangkan dia memang layan benda-bedan macam ni. 

" Ew. "

" Dah kenapa? Jealous? "

" Aku? Jealous? Dengan kau? Please. " Efzan ni, dia memang hidup nak menyakitkan hati orang ke? 

Ada juga kena sekeh dengan aku kejap lagi. 

" Rika ,Alys jom blah la. Kat sini ada tepung expired yang tak reti-reti nak duduk diam." Aku terus tarik tangan Rika dan Alys. Aku tak tahu nak ke mana sebenarnya tapi nak cover malu, aku bawa je la diaorang masuk salah satu kedai yang ada dekat-dekat situ. 

" Weh, Aria kau nak beli apa? " Aku pun tak tahu sebenarnya, tapi jalan-jalan dulu la kut. 

" Aku nak beli barang kem then jalan-jalan kejap la asal? "

" Oh aku asal Melaka hahahaha. " Tawa Rika seorang diri. Aku bercadang nak jual kawan aku seorang. Mixed Jepun, ada sesiapa nak? Aku menarik Alys jauh dari Rika sebelum terpandang sesuatu.

" KAU LAGI?! "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now