Bab 74

3.3K 209 123
                                    

Aria berjalan mundar-mandir sejak dari tadi. Dia berkira-kira mahu menelefon ibubapanya untuk memaklumkan kelahiran cucu mereka. Sudah 20 hari dia berpantang dan bakinya masih lagi berjalan seperti biasa. Dia tidak mahu merahsiakan apa-apa daripada ibubapanya. Takut kalau dia menjadi anak derhaka tanpa disedarinya.

" Telefon atau tak? " Soalnya pada diri sendiri.

" Just call, Effa. " Jawapan itu sedikit mengejutkan Aria. Dia mengurut lembut dadanya. Buat terkejut saja.

" Daniel! Tu, falla sorpresa. " ( Awak ni, buat terkejut saja.)

Nasiblah Aria sudah memakai tudungnya dari tadi. Selamat auratnya daripada pandangan ajnabi. Kalau tidak, entahlah. Solat taubat pun rasanya tak cukup.

" Rileks. How's my little hero? "

" He's fine. Don't worry. "

" Still thinking about your parents? " Soalan daripada Daniel membuatkan Aria mengeluh. Dia mengangguk. Sudahlah hari itu dia tidak sempat memberitahu tentang kehamilanya dan sekarang lahir cucu seorang pun masih lagi tidak tahu.

Dia bertekad, sekarang juga dia akan dedahkan segalanya tentang si bayi lelakinya. Dia mahukan bayinya mendapat kasih sayang yang cukup walaupun bukan dari seorang bapa.

" Assalammualaikum, mama. Ni Aria. " ujarnya apabila talian bersambung.

" Waalaikumussalam. Kenapa Aria dah lama tak call mama? Aria tahu tak mama rindu Aria? Aria macam mana? Sihat tak? " Soal Puan Dhiya bertubi-tubi. Risau benar dia dengan anak gadisnya yang seorang ini.

" Mama, satu-satu la. Mestilah Aria rindu mama. Aria sihat je. "

" Aria tak jawab lagi soalan mama. Kenapa Aria dah lama tak call mama? "

" Aria...Aria mengandung ma. Dah selamat lahirkan baby. Maafkan Aria ma. Aria tak kasi tahu mama pun. Aria cuma- "

" Shh. Mama faham. Cucu mana macam mana? Nama apa? Mesti comel macam mana kan? Ya Allah, aku dah jadi nenek! " Aria tertawa. Dia mengelap air matanya sebelum membalas.

" Baby boy ma. Nama dia Ariefz Elvin. Mama jangan risau eh? Nanti Aria send gambar cucu mama kasi papa pun tengok sekali. Okey la ma, Aria kena pergi ni. Baby dah menangis. Assalammualaikum ma. "

Aria mengeluh lega. Satu masalah telah pun selesai. Dia memandang ke arah Daniel yang seronok mengacah anak lelakinya. Aria tersenyum. Sekurang-kurangnya Daniel ada untuk memberi kasih sayang seorang ayah pada anaknya itu.

Efzan Naufal...

Nama jejaka itu muncul di benak fikirannya. Adakah jejaka itu sihat? Bahagiakah dia dengan pasangannya ? Atau masih ingatkah dia pada si bekas isteri bersama anaknya yang baru lahir?

Atau dia telah melupakan segala-galanya tentang mereka? Kenyataan yang pahit untuk di terima oleh hati Aria. Tidak pernah dia sangka dugaan sebegini akan hadir dalam hidupnya. Tetapi dia tidak salahkan takdir. Mungkin ini yang terbaik. Pasti ada hikmah dengan dugaan yang melanda.

Tanpa Efzan, dia bakal harungi segala-galanya. In sya Allah.


........

4 tahun kemudian...

" Evin! Jangan lari. " Aria mengejar Elvin yang sedang berlari di dalam hotel. Elvin makin lincah. Dengan rambut putih dan mata ungu membuatkan Elvin disayangi oleh orang ramai. Anaknya, yang merupakan salah seorang albino tetapi tidak menghalang Aria untuk menyayangi anaknya yang seorang itu.

Kini Aria bergelar sebagai seorang usahawan yang berjaya. Dengan kemajuan hotelnya serta cawangan-cawangan yang lain membuat Aria mampu menanggung kehidupan Elvin. Ya, mereka tinggal di Italy. Luna dan Daniel banyak menolongnya disini.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now