Bab 23

4.4K 267 6
                                    

Tahu-tahu harini dah raya. Pagi raya, aku la yang paling awal siap. Sebab bila raya dekat kampung, serius penuh bila pagi raya. Semua pakat nak mandi dulu. Nasib la aku bangun awal.

" Ria nampak tak butang baju melayu Iyan? " Iryan menyoal.

" Butang baju? Oh dah masuk dalam kuah satay tadi. " Ujar aku selamba.

" Oh dalam kuah satay. Eh wait?! " Kalau dia bodoh, dia percaya.

" Woi jangan jerit la. " Syamel pula menyampuk.

Aku sudah mengekek ketawa. Aku pun hulurkan la bekas butang Iryan yang aku ambil dari atas meja. Iryan baru saja mahu mengambil tetapi ada tangan yang laju ambil bekas butang batu dari aku. Aryan segera berlari keluar. 

Mula dah dua ekor beruk ni.

" AYAM KFC! BAIK KAU BAGI BALIK BUTANG BAJU AKU. " Iryan menjerit lagi.

" Ayam ayam kau jangan main. Kau tak nampak bapak ayam dekat tepi aku? Ayan okey Ayan. "

" Ah takda. Bagi la balik ayam bodoh. " Tiba-tiba Iryan tersedar ayam yang berada di sebelah Aryan mendekatinya. Apa lagi menjerit la Iryan sebab ayam tu kejar.

" MAMA!!! AYAM KEJAR IYAN! TOLONG MAMA! " Jerit Iryan ketakutan. Akhirnya kaki Iryan di patuk oleh ayam itu. Menangis tak berlagu jadinya.

" Tu la kau. Pergi cari pasal dengan ayam tu asal? " Marah along Adriana.

" Ma.. mana ..ad ..ada. Aku ..ej.. ejek Ayan je. " Ujar Iryan tersedu. Aku, Syamel dan Aryan dah ketawa. Dah tua pun menangis macam budak kecil kena rampas gula-gula.

....




Efzan memandang telefonnya lama. Zafran memandang pelik adiknya. Dia terus merampas telefon Efzan. Mata Zafran terjengkul. Sungguh dia terkejut sekarang ini. Mindanya memikirkan sesuatu.

" Fuh kau buat gambar korang jadi wallpaper chaiyok ah kau. " Zafran mengusik.

" Diam la bodo. Nanti umi dengan walid dengar. " Efzan terus merampas telefonnya dari Zafran.

" Oh kisah pula aku? UMI! WALID! FAL DAH ADA CALON MENANTU UNTUK UMI DENGAN WALID. "

" Eh bodoh sini kau! " Mereka berlari-lari di ruang tamu di kampung. Habis bergegar rumah itu jadinya.

" ZAFRAN FHAZIL! EFZAN NAUFAL! " Pekik Puan Mariam.

" Umi. " Ujar mereka perlahan. Gerun melihat wajah Puan Mariam yang mula membengis. Tadah telinga sajalah.

" Kamu berdua ni dah besar. Tunjuk la sikit contoh yang baik. Ini tak. Sama je macam budak kecil. " Bebel Puan Mariam.

" Bukan Azil umi. Ni ha Fal ada calon menantu untuk umi. Azil nak promote je kut kut la umi berkenan. " Ujar Zafran. Mata Efzan dah membulat. Wajah Puan Mariam yang bengis tadi bertukar lembut.

" Betul ke Fal ada calon? " Soal Puan Mariam tersengih. Efzan ingin pitam. Mulutnya sedikit terbuka kerana perangai uminya.

" Ma..mana...ad..ada umi. Fal kecil lagi la Mi. " Ujar Efzan. Malu!

" Kecil apa ? Dah tua dah pun Fal. " sampuk Encik Qusyari. Efzan yang tidak tahan dengan usikan yang berterusan terus saja keluar. Namun dia sempat mendengar jeritan Zafran yang memgegarkan satu rumah.

" EFZAN NAUFAL FALL IN LOVE DENGAN ARIA EFFA. ESOK UMI KATA NAK MASUK MEMINANG YAHOOO. DAPAT ADIK IPAR. " Jerit Zafran.Efzan mengeleng. Kalau tak disebabkan hari ini hari raya dah lama dia smackdown abang 'kesayanganya'. Tabah je la.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ