Bab 9

5.7K 323 33
                                    

Semua pelajar yang berada di dalam bas telah pun turun dan kecuali Iryan, Zafran, Aria serta Efzan. Zafran dan Iryan memandang ke arah Aria dan Efzan yang sedang tidur.

'' Zaf, tengok tu. Comel je diaorang. Eh kau nak tak beripar dengan aku? '' Ujar Iryan sambil tersengih. Aria meletakkan kepalanya di bahu Efzan manakala Efzan juga begitu. Masing-masing sudah seperti pasangan yang telah lama bercinta.

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan la.

" Nak kejut diaorang ke? " Soal Zafran sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Gila ke tak kejut. Kang naya kalau Aria terjaga. Mahu kena piat nanti. " Balas Iryan. Kadang-kadang, dia juga takut dengan Aria kerana baran Aria. Zafran mendapat akal. Dia mengambil telefonnya dan menangkap gambar mereka berdua.

" Api-api! Cepat turun! " Jerit Iryan kuat.

" Ha api? " Soal Aria dan Efzan yang masih mamai itu serentak.

" Dah jom semua dah turun. Korang je lambat. " Ajak Iryan. Aria hanya mengikut langkah abangnya sebelum berlari ke arah Alys dan Rika.

" Aku tahu kau tak tidur tadi. "

" Macam mana kau tahu aku tak tidur? "

" Dah la. Aku kenal cara kau tidur. Macam mana? Best? Berdetak tak? "

" Diam kau taguna. "

Aku menguap selepas baru saja terjaga dari tidur akibat perbuatan dua ekor beruk yang tak reti nak kejut orang betul-betul. Aku melihat persekitaran disekeliling. Wah, ramai betul orang. Boleh la sekejap cuci mata. 

" Assalammualaikum semua. Terima kasih sebab sudi menyertai kem ini. Sekarang, kita akan bahagikan kumpulan masing-masing. " Ujar abang fasi tersebut. Dia mula membacakan nama nama mengikut kumpulan yang ditetapkan.

Aku termasuk dalam kumpulan dengan Efzan dan Shafiq. Manakala Iryan dan Alys di kumpulan lain dan Zafran, Rika dan Aryan di kumpulan yang satu lagi. Terdapat 12 orang dalam satu kumpulan. Setiap satu kumpulan mempunyai wakil 3 orang dari sekolah yang berlainan.

" Now kita buat ice breaking okey. Abang akan mulakan dengan abang dulu then awak wakil sekolah awak dan awak dan awak dan awak . " Abang fasi itu menunjukkan ke arah aku, dua orang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan.

" Nama abang Thomas Chong. Panggil Abang Thomas. Umur baru 24. Bujang. Kalau nak ngorat dipersilakan. " Tawa Abang Thomas. 

Abang jangan, nanti saya betul-betul mengorat abang, menangis peminat abang.

" Nama saya Aria Effa. Panggil Aria atau Ria. Ini Shafiq Ikhwan dan tu Efzan Naufal. Kami dari SMK Aoba. " 

Shhh, aku tahu Aoba dari Haikyuu. Jangan, aku tengah obses dengan Haikyuu sekarang ni.

HIDUP TSUKKI, OIKAWA, AKAASHI DAN BOKUTO.

Me lav you beri-beri muchie.

" Yang Aoba dah kan? Now, Karasuno pula. "

" Hai, aku Firdaus Harris. Ini Syazfrin Rees. Dan itu Hanif Aqmal. Kami dari SMK Karasuno. "

" Hello semua, I Chris Cho . This is Xavia Haura and Sian Li . We are from SMJK Shiratorizawa. "

" Okay my turn. I'm Kaviya. Mikael Kim  and Michael Andrew. We are from SMK Nekoma. Nice to meet you all! "

Selesai saja sesi perkenalan, kami di arahkan untuk memasang khemah. Setiap satu khemah akan ada 3 orang pelajar. Aku tinggal bersama Kaviya dan Xavia. Efzan bersama Sian dan Syazfrin. Manakala Shafiq dan yang lain satu khemah.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now