Bab78

3.7K 175 87
                                    

" Will you marry me? " soalnya. Lensa kamera merakam adegan itu secara siaran langsung. Lidah Aria kelu.

Kenapa ....

Kenapa perlu sekarang?

" Is that Nau from Violence? "

" Oh my! Seriously?! "

" My idol !!!! "

" Papa! " Elvin menjerit riang sambil memeluk Efzan yang tersengih melihatnya. Mata-mata mula memfokuskan pada mereka bertiga.

" Jadi Cik Effa, apa jawapan Cik Effa? Yes or no? " Tanya Emcee itu. Elvin dan Efzan memandang pada wajah Aria. Seperti mahu memujuknya untuk menerima Efzan kembali.

Elvin segera berlari ke arah Aria. Dia memeluk kaki Aria dan mendonggakan wajahnya ke atas. Mukanya meminta simpati. Mahu keluarga mereka kembali bersama semula.

" Mama, terima please. I want papa. I desire his love. At the same time, I need yours. Please, mama. For me, for us. " ujarnya sambil menitiskan air mata.

Aria sebak. Dia tahu Elvin memerlukan kasih sayang seorang bapa tika ini. Dia tahu masih ada sekelumat kasih sayangnya untuk Efzan. Tetapi tidak semudah itu dia boleh menerima Efzan di dalam hidupnya setelah semua yang terjadi di dalam hidupnya.

" But Evin, you know that- "

" Mama, Evin tahu semua ni susah. Tapi Evin tahu mama sayangkan papa. Try slowly okay? I'll be with you no matter what. Promise? " Elvin menghulurkan jari kelingkingnya . Aria mengeluh. Melihat sinar mata dari Elvin membuatkannya rasa kasihan.

Takpalah, kita try dulu.

" Fine. " Aria mendekati Efzan yang sedang melutut itu. Dia menyambut kotak cincin itu dengan keadaan terpaksa. Ini semua demi masa depan Elvin. Hanya kerana Elvin dia berkorban.

" Wah! Tahniah kepada bakal pasangan Encik Naufal dan Cik Effa! " Tepukan gemuruh di hadiahkan oleh para tetamu yang hadir. Efzan segera memeluk anaknya itu. Rasa bersyukur apabila Aria menerimanya sebagai bakal suami semula.

Kali ini dia bertekad. Tidak mahu mengulangi kesilapannya semula. Dia sudah pandai mahu membezakan yang mana permata dan yang mana kaca. Dan kali ini, dia mahu menjaga permatanya dengan sebaik mungkin. Dia berterima kasih kepada Darren kerana menolongnya untuk melamar Aria.

Perancangannya untuk menambat hati Aria semula bermula dari malam ini !











.....











" Terima kasih sebab terima aku semula, Aria. " Kata Efzan tersenyum manis.

" Aku terima kau sebab terpaksa. Bukan sebab aku cintakan kau Efzan. Tak perlu menaruh harapan yang tinggi. Aku buat semua ni untuk anak aku. " Senyuman Efzan mati.

Dia tersengih janggal. Bodoh! Tak mungkin Aria akan menerimanya semudah ini selepas semua yang terjadi. Hatinya sebak kerana semua ini berpunca daripadanya yang suka membuat keputusan melulu. Kalaulah dia tidak melafazkan kata kata cerai itu, mungkinkah mereka sedang berbahagia sekarang?

" Beri aku peluang untuk tebus kesilapan aku, Aria. Aku janji aku tak akan sia-siakan kau lagi. Sumpah aku menyesal. Tolong terima aku sebab kau cintakan aku dan bukannya sebab Arie. " Aria memandang tepat mata Efzan. Cuba mencari keikhlasan dimata jejaka itu.

Namun semuanya tidak mudah disangka. Tak mungkin dia melupakan segalanya dengan begitu mudah. Dengan cacian Efzan yang masih terpahat pada hatinya sekarang. Kalau dulu, mungkin dia boleh terima Efzan kembali. Tetapi sekarang, semuanya seperti sia-sia. Aria mengeluh. Cuba memikirkan penyelesaian yang terbaik. Dia juga tidak mahu berkahwin tanpa cinta. Cintakah dia pada Efzan?

" Aku beri kau seminggu untuk tawan hati aku. Kalau aku tertawan, kita teruskan perkahwinan ni. Tapi kalau sebaliknya , aku harap kau dapat terima keputusan aku untuk buka buku baru dengan orang lain. " ujar Aria.

" Thanks Aria. Aku janji aku akan dapatkan cinta kau balik. " Efzan melulu untuk memeluk Aria sebelum gadis itu menahannya daripada berbuat demikian.

" Ingat status kita, Efzan. Kau dengan aku bukan muhrim. Aku tak nak tambahkan dosa aku sebab perangai kau. " suaranya bertukar nada. Marah. Marah dengan cubaan Efzan yang cuba memeluknya.

Dia ni tak tahu halal haram ke? Sekolah ke tidak? Ha! Entah-entah kaki ponteng. Dasar kaki ponteng punya pervert!

" Okey, okey. Good night Aria. I love you. "

" Tolong jangan cakap benda tu . " bantah Aria segera.

" Apa? I love you? " Soal Efzan.

" Yes! Stop saying that! I hate it. "

" Okey fine. Saya cintakan awak. " Tawa Efzan. Dia tersengih melihat wajah Aria yang memerah.

Tak cinta konon . Cakap I love yoy sikit dah mula blushing.

" Stop! "

" Saranghae jagi. " Efzan semakin mendekati Aria. Cuba mengusik gadis itu lagi.

" Cagna [ bitch ]. "

" I don't know that word but I know this. Aishiteruuuuuuu. Hahahahahaha. " Efzan berlari ke lift. Dia masuk dalam lift sebelum melambai-lambai ke arah Aria yang menahan marahnya.

" Sweetdream! Wo ai ni! "

Aria mendekati lift itu tetapi malangnya pintu itu sudah tertutup. Dia menendang pintu lift itu sebelum mengadu kesakitan. Nasiblah lift hotel sendiri.

" Auch! Burgh! Siap kau Efzan Naufal! Aku takkan terima kau balik! Urgh, geram geram geram! " Aria menghentak-hentakkan kakinya.

Rasa marah yang teramat. Kalaulah dia sempat menahan pintu lift itu, mungkin teruk Efzan kena belasah. Padan muka. Handsome handsome nak pergi mana?

Pergi jadi gigolo?

Nada dering telefonnya berbunyi. Dengan gelabah, Aria segera mencari cari telefonnya. Nama Efzan terpapar pada skrin. Dengan perasaan sebal, Aria mengangkat panggilan itu.

" Aku dah tempat tiket untuk kita pergi Lostworld of Tambun. Pukul 9 esok aku ambil kau dengan Arie. Jangan lambat. " pesannya di corong telefon.

" Okey. Ada apa-apa lagi ? " soal Aria malas.

" I love you! Woof woof. " Efzan terus memutuskan panggilan. Aria tercenggang.

" DASAR ANJIR LO ANJIR! "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now