Bab 77

3.3K 187 112
                                    

" Mama lawa-lawa nak pergi mana? " Elvin duduk di atas katil sambil melihat Aria yang sedang bersiap-siap mahu ke annuel dinner yang diadakan hotel miliknya. Orang dah jemput, takkan tak mahu datang.

Makan free siot.

" Selama ni mama tak lawa ke? Kecil hati mama tahu. " Suaranya bertukar merajuk. Tangannya masih sibuk membetulkan awning shawl yang tidak betul.

" My mama always pretty just this time, extra pretty! " Elvin memeluk kaki Aria. Cuba mengambil semula hati ibunya. Tangan kecilnya cuba memeluk leher Aria tetapi tidak sampai.

Aria yang berasa sedikit kasihan melihat anaknya yang sedaya-upaya cuba memeluk leher, duduk mencangkung di hadapan Elvin. Tidak semena-mena pipinya dicium lembut oleh bibir kecil Elvin. Aria yang terpinga-pinga segera tersenyum.

Pandai ya anak mama ni!

" Eee gediknya anak mama ni! Lekas siap! "

" Evin pun ikut ke mama? " soalnya sambil melompat-lompat di atas katil. Aria mengelengkan kepalanya.

" Mestilah kena ikut. Takkanlah mama nak tinggal hero mama sorang ni. Haritu tinggal kejap pun dah nangis. " Perli Aria.

" Mama! " Elvin memuncung. Aria tertawa semula.

Tangannya ligat menyiapkan Elvin. Pukul 8:30 majlis tersebut akan bermula. Jadi dia harus berada di sana 5 minit sebelumnya untuk memastikan semua persiapan tersedia.

Apabila selesai semuanya, Aria dan Elvin turun ke ballroom. Memandangkan mereka berdua tinggal di bilik VVIP di hotelnya, ia memudahkan perjalanan mereka ke sana. Tambahan pula, dia harus memastikan semuanya berjalan dengan lancar memandangkan annuel dinner itu diadakan di hotelnya. Jatuh martabat kalau apa apa perkara yang tidak diingini terjadi.

Semoga semuanya baik baik saja.










........










Aria memandang persekitaran ballroom yang dihiasi dengan bunga serta bermacam macam lagi. Dia menuju ke arah P.A system untuk melihat segala persiapan.

" Is, semuanya okey ke? "

" Okey, Cik Effa. " Iskandar menunduk hormat pada Aria. Rata-rata pekerja di sini menunduk hormat pada siapa yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari mereka. Entah siapa punya peraturan pun dia tidak tahu.

" Is, kenapa ada wartawan dekat sini? Bukan ni annuel dinner je ke? " Matanya galak memerhati para wartawan yang sedang mengaturkan kamera mereka untuk merakam majlis pada malam ini .

" Entahlah, Cik Effa. Apa yang saya dengar, CEO ada jemput seorang artis yang terkenal. Tapi saya tak surelah siapa sebab takda sapa yang tahu siapa yang CEO tu jemput. Kenapa Cik Effa? "

" Takda apa-apa. Awak sambunglah kerja awak tu. Saya nak pergi sambut tetamu yang hadir. " Iskandar hanya mengangguk. Aria mencari-cari kelibat anaknya yang menghilang.

Tadi ada dekat sini. Sekarang menghilang kemana? Dia memanggil-manggil nama Elvin dengan kuat. Kalau hilang macam mana? Budak itu sudahlah petah berkata-kata. Kalau kena culik, mahu kena ceramah penculik tu.

Dia meminta tolong pekerjanya untuk mencari kelibat Elvin. Nasiblah pekerjanya tahu rupa Elvin memandangkan dia seorang albino. Pasti mudah mereka untuk menemui anaknya itu.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now