Bab 38

4.6K 251 18
                                    

" Aria? Boleh tolong madam tak? " Dia mengangguk. Takkan dia mahu menolak permintaan madam bukan? Dengan ikhlasnya dia menurut saja. Ikhlas ke? Ikhlas kut.

" Awak tolong panaskan air ya? Madam nak pergi tolong Sir Zaed angkat barang kejap. " Aria tidak membantah. Dia mengambil cerek lalu pergi ke sungai berdekatan untuk mengisi air. Nak pergi sorang? Eh, dia takut.

" Rika? Sibuk tak? "

" Busy la sikit. Aku nak kena tolong budak ni kemas barang. Sorry. " Alys ?Dia sedang  menolong pelajar perempuan untuk menyediakan makan tengah hari. Memandangkan dia berkebolehan untuk memasak. Pasti sedap!

Kembar? Mereka menolong diva-diva mendirikan khemah. Begitu juga Zafran. Langsung tak boleh buat sendiri! Shafiq? Ya Shafiq! Aria berlari ke arah Shafiq yang sedang berehat. Shafiq yang sedang seronok melihat pemandangan alam itu sedikit terganggu dengan kehadiran Aria.

" Ha apa? "

" Abang Shaf sibuk tak? "

" Aah abang sibuk. Ni ha nak potong tanah eh tanah? Ha tanah pun tanah la. " Terang-terangan dia sedang berehat boleh pula ditanya soalan kurang bijak. Kena sekeh apa pun tak dapat.

" Hish betul betul la. " ujar Aria geram.

" Aria nampakkan abang tengah rehat ni? So mana ada abang sibuk. "

" Ha kalau mac- "Kata-kata Aria terhenti. Dia merasakan dirinya ditarik sesuatu. Nasib saja lengannya dibaluti baju lengan panjang. Kalau tak sia-sia saja.

" Lain kali kalau nak suruh orang teman ajak aku. Bukan orang lain. " Efzan menarik tangan Aria tanpa menoleh.

Aria membuat muka. Pasti Efzan memerhatinya dari tadi. Kalau tidak, masakan jejaka itu menarik dirinya ke sungai.

" Buat apa ajak kau. Baik aku pergi dating sesorang lagi syok. " Namun gengaman tangan Efzan pada lengannya tidak terlepas. Dia juga tidak membantah. Nak marah? Efzan memang sudah mempunyai hak untuk menyentuhnya.

" Mulut tu kalau tak melawan tak sah. Kang kena free kiss kau juga yang susah. " Aria menjengkilkan mata. Memang mulut Efzan ni suka cakap lepas ke macam mana?

Ke dengan dia je?





........





Sampai saja di tepi sungai, Aria segera mencangkung untuk mengisi air di dalam cerek. Nasib sungai itu bersih kerana di jaga rapi oleh renjer hutan.

" Cepat la sikit. Kat sini banyak yang bertenggek aras pokok sebab nak tengok kau. " Efzan tiba-tiba saja bersuara. 

Eh dia ni. Cuba la tapis sikit bila bercakap. Ini tidak, main lepas saja. Dia sudahlah fobia dengan perkara-perkara seperti ini.

" Fal... jangan la cakap macam tu. Aku takut la. " Aria menarik-narik lengan baju milik Efzan. Efzan mengeluh. Salah dia kerana mengingatkan Aria tentang benda-benda semua ini. Dia memeluk bahu Aria tanda memberi sedikit kekuatan.

" Dah dah. Cepat ambil cerek tu. "

" Kut ye pun nak suruh aku ambil, tangan kau tu tak boleh lepas ke? "

Efzan segera mengalihkan tangannya. Malu kerana terpeluk gadis itu. Boleh dikatakan dia mengambil kesempatan. Uish bahaya!

Lebih kurang 20 minit, Aria dan Efzan sampai dekat khemah mereka. Entah kenapa Aria suka panggil Efzan sebagai Fal. Sebab comel kut? Entah la.

" Ni ha aku dah panaskan kayu api. Nak masak air kan? " Efzan mengelap peluh. Kejap kejap. Dia nak goda Aria ke apa ni? Maaf awak hati saya kental hiks.

Aria terus saja meletakkan cerek untuk digantung. Nak letak tengah api? Kena marah la gamaknya dengan madam. Lebih kurang 3 minit, Aria masih terpacak dekat situ dia mengambil keputusan untuk beredar. Baru saja dia bangun, tiba-tiba ada budak menolak Aria sehinggakan tangan kirinya terkena cerek yang mula panas. Siap kena bara api lagi.

Mulanya Aria diamkan saja. Tak nak orang tahu tapi bila Efzan dah tegur tubir matanya mula mengalir. Entah kenapa bila berada dekat dengan Efzan, dia jadi lemah. Tapi alhamdulillah hatinya still kental.

" Tangan dah melecur boleh pula duduk diam. Siap menangis lagi tu . Kental la sikit sejak jadi bini aku ni. " Bebelan Efzan bagaikan mencair tahi telinga Aria .

" Kau punya pasal la aku menangis. " Saja dia nak salahkan Efzan walaupun memang 100% salah dia. Nampak tak perangai hipokrit disitu?

" Ha ye sebab aku kau menangis. Dah shuh. Aku nak ambil first aid kejap jangan mengada nak menangis rindu aku pula. " Ujar Efzan mengenyitkan matanya.

Oh, please. Perangai miang dia dah datang. Kalau la ada butang on off perangai miang dia tu nak saja Aria musnahkan butang on. Ya Allah dugaan apa ini.bDekat 10 minit jugalah dia menunggu Efzan tapi batang hidung satu apa pun tak nampak. Ke dia pergi farmasi beli ubat? Think positive!

" Tangan akak kenapa? " Soal budak lelaki yang kebetulan memegang first aid. Handsome juga.

Ya Allah. Taubat Ria. Kau dah kahwin! Ingat Efzan Naufal. Husbad gila kau. Ya Allah!

" Tangan? Oh tadi kena cerek tu macam melecur sikit. " Ujar Aria biasa. Ton suara kawal beb. Malu dekat junior nanti.

" Eh alang-alang saya ada bawa antiseptik ni. Mari la saya ubatkan. " Ujar budak lelaki itu. Aria terdiam. Nak balas apa ni? Kalau dia tolong nanti, Efzan merajuk. Tapi tangan dia sudah sakit gila dah ni?

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Där berättelser lever. Upptäck nu