Bab 49

4.2K 252 58
                                    

Hari ini merupakan hari yang gentir bagi Aryan, Iryan, Shafiq dan Zafran. Semuanya kerana hari ini merupakan hari mengambil result SPM. Sudah setahun lebih mereka kenal. Masing-masing sudah tamat belajar. Tapi cuma untuk si kembar, Shafiq dan Zafran. Manakala Aria, Efzan, Rika dan Alys pula sudah 17 tahun.

SPM la tahun ni.

Memandangkan hari itu diaorang beria gigih tahan mata untuk tidak tidur, rasanya mesti result tak gempak. Sebab Iryan dia tertidur sampaikan kertas SPM ada cop muka dia. Bukan dengan air liur tapi tahi mata.

Aryan, dia lagi la Allahu. Air liur bersepah! Nasib kena sikit saja bahagian kertas. Zafran? Dia baik sikit. Lepas habis jawab exam dia selawat. Alhamdulillah. Bakal menantu yang soleh.

Shafiq? Dia jawab okey. Memang okey. Tapi lepas habis kesemua paper, dia pergi buat parodi belakang dewan. Nak tahu lagu apa? BTS DNA.

Mula-mula okey la smart. Acah cool bergaya gitu. Tapi lepas nampak cicak dekat dinding Allahu. Dia punya vocal kau jangan cakap.

Macam perempuan!

Dan salah satu dialog Shafiq yang berjaya buat dia masuk motif viral adalah :

" Shafiq! Cicak dekat dinding! " Suara Aryan memang kuat didengari.

" Apa cicak?! Argh! Jembalang cicak terbang kau nyah dari sini! No jangan dekat! Power rangers! Pecu pecu! Asal makin dekat ni! " Shafiq time itu dia buat gaya nak silat. Serius kalau kau tengok aku confirm kau akan sakit perut sebab gelak 2 malam. Kasi julap sikit.


...............

" Nervous tak? " Aria menayangkan muka sucinya. Tapi muka dia memang suci apa. Muka budak-budak baik ni. Mungkin ahli syurga kut nanti. Amin!

" Gila kau tak nervous dik. "

" Ngetar lutut deh! " Aryan memegang lututnya yang masih lagi shaking.

" Fal, aku nak pergi toilet kejap tau. "

" Nak aku teman tak? " Fikir dia ni budak kecil ke husband? Ya dia tahu dia pendek. Dia tahu dia comel. Dia tahu figura dia macam budak kecil tapi tolonglah dah besar kut. Lupa, dia kan awet muda gitu.

Sampai saja di toilet, Aria mula menendang pintu perlahan. Seram pula. Okey kita tukar tandas. Pergi tandas dekat belakang dewan. Tapi mesti kotor. Takpa mari pergi tandas cikgu. Baru saja tangan Aria mahu menolak pintu yang berwarna pink.....

" Maaf tandas tetamu dekat situ. " Seseorang memberhentikan pergerakan Aria. Alamak! Aria menoleh. Nampak macam cikgu baru. Hm tinggi. Macho . Tapi ada jambang macam Wak Doyok . Okey reject!

" Saya....saya....saya cikgu dekat sini! " Confident saja Aria menjawab. Harap-harap tidak kantoilah nanti kalau dia bertemu dengan cikgu ini di masa akan datang.

" Apa cikgu pendek macam ni. " Patut ke aku belasah cikgu ni then buat pekasam jual dekat pasar? Rasanya dapat untung tak?

.............


Dari jauh Aria melihat sesi peluk-memeluk. Amboi tak ingat dia ke. Mana boleh! Dengan kuasanya, Aria mengecilkan diri dan menyusup ke dalam. Sampai saja di sana, dia terus join.

" Jom selfie! " Suara Shafiq menerjah satu dewan tu. Please jangan cakap dia buat kerja gila. Please!

" Okey keluarga dekat sana tepi sikit. Ha yang tu pakai sejadah atas kepala tu senget sikit. Okey Aria pendek tolong jadi tinggi sikit. " Pftt, dia ni dah lama hidup. Takpa Shafiq. Nasib dia ada kelas taekwando hari ni. Kalau tak memang kepala Shafiq, Aria buat hiasan dekat rumah.

Abang kembarnya alhamdulillah mendapat keputusan okey kecuali Aryan dia ada 1B dalam bahasa perancis yang dia ambil. Zafran pula berkat selawat dia dapat straight A. Tapi Shafiq sumpah Aria tak percaya. Dengan perangai yang agak kebudak-budakkan memang kau tak rasa dia patut dapat keputusan tu. Sijil dia A plus. Dia rasa seperti mahu mengoyakkan slip itu kerana cemburu. Ni mesti dia minum air rebusan kan? Ke pakai saka.

Cakap pasal benda ni, Aria ternampak something atas pentas tengah senyum dekatnya. Cis meremang shi*l.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now