Bab 59

3.7K 251 58
                                    

Aria menolak trolley yang beratnya. Siapa punya barang yang besar-besar ni. Aria melihat Efzan yang mengangkat bagasi mereka dengan mudah. Amboi, sado betul encik husband? Ni mesti barang Efzan yang berat. Dia bawa batu ke?

" Fal, tolong tolak. Tangan aku sakit la. " Aria membuat muka kesian. Alhamdulillah. Taktik dia tak berjaya meraih simpati Beruang Kutub.

" Perlu ke? "

" Kata sayang aku. Tapi kalau macam ni hm.... "

" Haih, yela . Tepi aku tolak. " Dengan senang hati Aria mengetepikan badannya. Tapi well selalunya malang tak berbau kan? Don't worry kali ni berbau wangi bak lavender.

Entah dimana silapnya, badan Aria yang kecil terjatuh dihadapan semua orang. Pft takda orang sambut. Sudah la jatuh ala-ala Superman nak terbang. Dengan muka tebal berinci-inci, Aria bangun. Semua orang sudah menahan tawa mereka. Aria memandang Efzan. Dia pun muka nak tahan gelak je hm.

" Huwa! Apa ni Fal! kau pun gelakkan aku ke? " Ujarnya kuat. Air mata sudah bertakung. Sikit lagi nak berderai.

" Aria, dah la jangan la menangis. " Efzan sudah mula gelabah. Aria yang menangis mamat ni beria pula.

" Tak nak! Kau nak gelakkan aku kan?!  Aku report mama, papa, umi dengan walid! "  Senafas Aria menyebut nama-nama orang tuanya serta mertuanya.

" Aku belanja kau ice cream oreo nak? "

" Ha nak-nak. " Aria mengesat air matanya dan berlalu pergi.

Tak sabar nak makan Ice Cream Oreo!

...........

Mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Termasuk keluarga Aria dan keluarga Efzan. Nak kasi ole-ole ni ha.

" Mari semua! Ada hadiah ni! Siapa lambat Ria ambil kah kah kah. " Tawa Aria dengan kuat.

" Oit, cover sikit gelak tu. " Adriana menolak lembut bahu Aria. Ee mengada.

Aria mula memberi hadiah kepada Puan Mariam dengan Puan Dhia dulu. Hadiah dari korea produk kecantikkan. Mask muka. Warna hitam apa tah nama dia. Tapi Puan Dhia dengan Puan Mariam memang suka tentang produk kecantikkan.

Encik Affendi dan Encik Qusyairi pula Efzan memberikan helmet untuk Superbike. Encik Affendi dan Encik Qusyairi memang pengumpul tegar barang-barang Superbike. Rasa cemburu pula hm. Tapi nak naik tak boleh sebab motor tu tinggi. Tak guna punya motor.

" Ha along punya mana? " Adriana menghulurkan tangan sambil memandang wajah Aria. Hm nak kasi ke tak?

" Disebabkan along baik, Ria kasi special punya! Lightstick Seventeen! " Dia tahu Adriana memang nak sangat lightstick Seventeen. Tapi disebabkan Adriana ini CEO syarikat family, so dia memang takda masa nak beli barang-barang Seventeen. So rasanya kejap lagi ada yang jadi beruk.

" OHEMGI OHEMGI! THANKS RIA! I LOVE YOU I LOVE YOU. GOSH! "

Oh okey.

.........

Kini  Aria, Efzan, Zafran, Aryan dan Iryan bersama dalam bilik tayang. Hadiah? Nak kasi la ni .

" Okey first, kita kasi Iyan dulu okey? " Aria memecahkan keheningan dalam bilik tayang.

" Well, yang tua kena dapat dulu. So yang muda sila tunggu turn okey? "

" Kita cuma beza 2 minit Iyan. Bukan lama. Dan, aku yang lahir dulu. So please, jangan nak perasan okey? " Rasanya Aryan sudah mula menyampah dah ni. Tabahlah abang.

Aria memberikan Iryan kotak yang berbalut pembalut hadiah. Saja nak kasi suprise. Well ini Aria tau.

" Gel rambut? Yang mahal tu kan? Thanks! Kau la satu-satunya adik kesayangan aku Aria! " Muka Iryan memang high gila sebab dapat hadiah ciput tu.

" Dey gila. Aku ni pun abang kau eh. Ingat sikit kau tu kembar aku. Bukan Ria sorang. " Aryan menjeling kembarnya.

" Lek ah. Kau memang kembar aku tapi aku lagi sayang Aria werk! " Iryan menjelir lidah pada Aryan. Kejap lagi ada juga yang kena sumbat reban ayam Pak Punawei nanti.

" Dah dah. Now Ayam. Eh silap Ayan hehe. "

" Sampai hati Ria panggil macam tu hm. " Muka simpati Aryan hampir membuatkan Aria mahu muntah.

Gais saya tak pregnant okey.

" Sebelum nak sampai hati, ada tulang rusuk dulu atau sangkar rusuk. Depan hati ada perut. Atas hati ada hempedu. Alah sumbat jelah dekat hempedu baru syok! " Aria sudah mengarut. Saja mahu berhambar hambar dengan adik beradiknya itu .

" Nah Ayan. " Efzan menghulurkan sekotak yang juga dibalut. Senang cerita semua hadiah ini Aria yang balut. Aryan dengan kelam kabut membuka hadiah. Tapi rasanya dia kecewa. Tapi dalam masa yang sama dia gembira!

" Apa ni topi DSV? Siap tulis Ayame Allahu. Eh kejap! Ni bukan ke... oh no no no! " Seronok betul Aryan apabila membuka hadiahnya. Jakun benor.

" Mesin jahit? Pftt. " Iryan bersuara memandangkan Aryan yang terlalu menggedik dengan mesin jahit baru. Well mamat ni suka menjahit. Jarang tahu nampak mamat macam ni. Ada sesiapa nak?

" Dah dah abang Zaf nah. " Aria beri Zafran CD Thor : Ragnarok. Memang seronok melihat movie itu. Lagi-lagi apabila melihat aksi comel Hulk bersama Thor semasa berada di dalam sebuah bilik.

" Jom tengok! "

..........

Aria dengan muka tak cuci dan rambut yang messy turun ke ruang tamu. Puan Dhia kejut tadi suruh turun bawah sebab ada benda nak bincang. Efzan pun turun juga.

" Ada apa ma? "

" Pergilah tengok dekat depan tu. Kawan kamu katanya. " Aria berjalan bersama Efzan. Tapi kaki tiba-tiba saja beku.

DIA BUAT APA DEKAT SINI?

"  Mira?! "

" Yes? I ada benda nak bincang. "  Amboi minah ni. Gediknya hm. Aria dan Efzam duduk di hadapan Mira. Nak kasi Efzam duduk sebelah dia? Langkah mayat Aryan dulu. Mayat Aria mahal.

" Ada apa kau datang sini? " Suara Efzan keras bersuara.

" Alah you ni. Saja nak goda I dengan suara you. " Kenyitan mata Mira buat Aria rasa mahu bakar orang hidup-hidup.

" Kau dah jatuh miskin ke sampai datang rumah orang pakai macam pengemis? " Muka Mira  berubah kelat. Padan muka siapa suruh menggatal.

" Okey la. I nak cepat. So senang cerita ceraikan Aria. " Wajah serius Mira macam minta penyepak Efzan. Boleh bayangkan tu!

" Kau dah gila ke perempuan? "

" Eh, dia betina la. " Aria berbisik kepada Efzan.

"  Yes I gila. I nak you sayang. "

" Ew, dasar pengemis minta kasih sayang orang ops! " Mulut Aria jangan dibawa main. Nanti ada juga kena sumpah jadi hik hok hik hok.

" Hey perempuan you shadap okey! " Mira hampir tunjukkan middle fingernya. Hey Aria pun ada banyak tau middle finger. Ada empat campur sekali dengan jari kaki.

" Aku tak tahu la kau belajar english dekat mana. Bukan shadap tapi shut up bebal. " Mira mula menangis. Dia buat drama pula dekat sini. Aria yang sudah tak tahan dengan kepanasan punggung Mira di sofa favoratnya. Aria terus menarik tangan Mira dan menghalau Mira keluar dari rumah mereka. Tidak lupa juga yang Aria mengunci pintu. Hehe hebatkan saya?

" Daebak Aria! " Efzan buat tanda bagus.

" Apa? Tembak Aria? Wait aku ambil pistol mainan. Tunggu! "

" Ambil untuk aku juga Ayan! "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]On viuen les histories. Descobreix ara