Bab 32

4.5K 251 0
                                    

Aria hanya bersiap ala kadar saja. Dengan hati yang tidak berapa nak rela, dia tabahkan juga hatinya untuk pergi mengikut Efzan membeli barang-barang yang diperlukan. 

" Aria? Kau okey tak? " Aria memandang Alys dengan pandangan yang sukar ditakfsirkan. Alys sudah mula gelabah. Takkan jadi lagi kut?

" Weh, kau kenapa? " Aria pelik. Takut semacam kenapa?

" Kk...kau..ok...okey..kk....kan? " Aria tiba-tiba ketawa sebelum matanya memandang tepat pada mata Alys. Alys pula mengigil ketakutan. Sudahlah dia dan Aria saja di tingkat atas manakala yang lain berada di taman rumah milik keluarga Aria.

" Kau ni. Aku tahu la aku pandai acting tapi jangan la gelabah sangat nyah. Ngekek aku nanti. " Tiga pukulan hinggap di badan Aria. Sungguh Alys ingin membenamkan kepala Aria di dalam lumpur. Sakit hatinya kali ini.

" Aduh! Sakit lah Alys! Jangan la pukul. "

" Kau lah! Hish merajuk aku dengan kau. " Alys berpeluk tubuh. Orang risaukan dia, boleh pula main-main.

Aria memeluk Alys sebagai tanda dia minta maaf. Nak pujuk? Dia tidaklah pandai seperti pasangan kekasih diluar sana. Nak minta maaf tu lagi la dia berat mulut sikit.

" Aku pergi dulu eh? Bye Alys. " Aria melambai ke arah Alys. Nafasnya dihela berat.

Aria mula turun dari tangga dek kerana terdengar panggilan namanya. Dari jauh lagi dia dapat melihat Efzan yang segak berpakaian. Amboi bang, nak beli barang pun pakai lawa-lawa ke? 

Terasa hodoh pula disini.

" Ehem. Tahulah nak beli barang hantaran. Tapi kenapa nak kena pakai baju sedondon? "

" Hish kamu ni. Mengusik je tahu. "Iryan tersengih. Bukan selalu dia mengusik adiknya yang panas baran itu.

" Ha Efzan, Jaga anak papa ni elok-elok. "

" Baik pa . " Efzan memegang belakang lehernya.

Amboi, siap panggil papa lagi. Belum kahwin dan mengada. Apalah nasib aku haih.




......





Aria memandang ke arah luar tingkap. Melihat pemandangan alam semula jadi membuatkan dirinya terasa lebih tenang berbanding melihat bangunan bangunan yang dibina.

" Kau okey ke dengan ni? " Aria berpaling. Dia melihat wajah Efzan yang duduk di sebelah. Driver Efzan hanya menumpukan perhatian ke arah pemanduanya. Efzan cuma mempunyai lesen motor saja. Nak amik lesen kereta? Tunggu umur 18 la gamaknya. Ke 17?

" Kalau ni baik untuk aku so nak tak nak aku kenalah terima kan? Tu kenapa mata kau? Letih semacam je. Tak cukup tidur ke? " Aria cuba prihatin. Bakal suami kan, practise ambil berat dari sekarang.

Nanti kena cop sebagai isteri derhaka tak ke naya.

" Kalau aku mati barulah aku cukup tidur. "

" Then matilah. " Ujar Aria dengan nada gurauan.

" Tu bukan kasar sangat ke? " Aria hanya mendiamkan diri. Dia berpaling ke arah luar tingkap lagi. Entah mengapa moodnya sekarang asyik bertukar saja.

........

Driver Efzan meninggalkan mereka berdua di sebuah mall. Efzan melihat Aria yang melilau keadaan disana.

" Aria! Jom masuk. " Efzan menunjuk ke arah pintu masuk. Dia mengangguk. Dia hanya mengikut saja ke mana Efzan pergi. Malah semua barangan Efzan yang pilih. Aria hanya mengiyakan saja.

" Aria. Dah jom pegi beli cincin. "

" Banyak lagi ke? "

" Tinggal cincin je. " Dia tahu gadis itu kepenatan tetapi barang barang itu harus disiapkan pada hari ini juga. Mereka terus berlalu ke sebuah kedai emas yang berdekatan. Nak pergi jauh-jauh kesian pula dekat Aria.

" Kau nak cincin emas ke emas putih? "

" Kalau aku emas putih la simple sikit tapi ikut kau la. "

" Kau nak mana ni? Kejap emas putih kejap ikut aku. Ke kau nak pakai cincin rotan? " Efzan geram.

" Encik dengan puan jangan la gaduh dekat sini. " ujar Encik Tom, pemilik kedai itu.

" Kami belum kawin lagi la! " Mereka berdua menjerit. Ter sebenarnya. Tak ada niat pun. Encik Tom sedikit terkedu dengan jeritan kecil Efzan dan Aria. Dia mengurut dada kerana terkejut.

" Maaf. So cik dan cik nak yang mana? Kalau takda pilihan lagi saya ada something nak syorkan. " Encik Tom ramah.

" Ha tolong pilihkan. Sebab bakal wife saya ni jenis cerewet. Tapi tulah nasib la saya sayang. " Sinis betul suara Efzan .Aria sudah menjeling Efzan. Suka hati dia je nak perli depan Encik Tom yang handsome ini.

Amboi, Aria.

" Saya cadangkan emas putih. Sebab kulit bakal isteri cik ni cerah. So memang padan lah. " Encik Tom menunjukkan cincin yang disyorkan. Efzan meneliti koleksi cincin yang ditawarkan oleh Encik Tom. Semuanya cantik-cantik belaka. Dia memilih untuk menempah cincin yang diukir nama mereka serta satu bentuk berlian diatasnya.

Dia sanggup membayar lebih agar mereka dapat menyiapkan cincin itu lebih awal. Efzan dan Aria melihat check list kerana khuatir ada barang yang belum lagi dibeli.

" Dah beli kan? Jom balik. Aku dah sakit kaki ni. " ujar Aria yang sudah penat. Nak tidur.

Katil aku apa khabar dekat rumah? Mesti sunyikan bilik aku?

" Hm semua dah. Jom pergi makan dulu la. Lagipun dari siang tadi kau tak makan kan? Nanti gastrik susah pula. " Aria mengikut langkah Efzan ke sebuah restauran yang berhampiran dengan mall itu. Jam ditilik. Baru saja menginjak pukul 9:30 malam.

Sampai saja di sana, Aria memilih tempat duduk yang sedikit terbuka agar dia dapat melihat pemandangan disekitar restauran itu. Ala ala tradisional temanya.

" Nak makan apa? " Soal Efzan yang masih lagi melihat menu.

" Nasi kosong satu. Then ketam masak merah. Udang ni kasi masak butter. Ikan masak lemak cili api. And then sotong masak tempoyak. Milo tabur please. " Order Aria. Perut lapar! Efzan sedikit terkejut dengan selera gadis dihadapannya. Ni nak buat kenduri ke majlis?

" Apa? Aku lapar la. Lagipun dari siangkan aku tak makan. Ha kau nak makan apa ?"

" Bagi saya nasi kosong satu dengan milo panas. "


........

Selesai saja makan mereka masih lagi menunggu driver Efzan datang. Jam baru saja menginjak ke pukul 10:49 malam. Mereka menunggu di bus stop yang berhampiran. Sudahlah hujan. Nak tunggu dekat restauran nanti ditutup. Tempias pun asyik kena saja.

Aria kesejukkan. Memang Aria memakai lengan panjang tetapi masih lagi terasa sejuknya kerana tempias. Efzan sedikit kasihan melihat keadaan Aria yang kesejukkan. Dia membuka jaket yang dipakainya dan membaluti tubuh gadis itu.

" No it's okey. Nanti kau sejuk. "

" Pakai jela jangan degil. " Aria tidak membantah. Rasa hangat sedikit apabila dia memakai jaket yang diberikan oleh Efzan. Lebih kurang 5 minit, Efzan terdengar dengkuran halus dari gadis itu.

Dia menolak kepala gadis itu agar bersandar pada bahunya. Tidak lama kemudian, driver Efzan muncul dan meminta maaf atas kelewatan .

" Naufal nak pakcik angkat cik Aria ke? "

" Eh takpalah pakcik. Biar Naufal je yang angkat dia letak dekat belakang. "

" Habis tu Naufal nak duduk mana? "

" Naufal duduk dekat sebelah pakcik la. Takkan la Naufal nak duduk belakang pula. " Efzan bergurau.

" Manalah tau kalau Naufal gatal nak kahwin awal. " Pak Mail ketawa. Efzan menahan malu. Bukan dia tidak faham dengan gurauan pak Mail. Ada ada saja.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now