Bab 34

4.8K 256 11
                                    

Semua yang berada di situ tergamam.Melihat perkara yang terjadi kepada Aria di hadapan mata mereka, sedikit sebanyak membuatkan bulu roma mereka tegak. Efzan membaca sesuatu sebelum benda itu bersuara.

" Diam la bodoh! " Aria menjerit kuat dengan suara garau. Efzan berhenti membaca. Matanya tajam memandang Aria yang sedang terapung.

" Kenapa kau kacau dia lagi? "

" Mungkin ini kali terakhir aku kacau dia. Tapi ingat Efzan Naifal .... "Efzan terus menyampuk menyebabkan kata-kata Aria terhenti.

" Efzan Naufal. Bukan Efzan Naifal. Agak sikit eh nama aku sedap tu jangan memandai nak tukar. " Zafran menolak bahu adiknya kerana menyampuk kata-kata Aria. Semua sudah la khusyuk nak dengar tiba-tiba dia pula menyampuk.

" Diam! Whatever Efzan. Ini mungkin kali terakhir aku kacau budak ni. Tapi ingat Efzan. Bukan aku yang akan kacau perkahwinan kau tapi akan ada yang akan kacau. Ingat Efzan. Cuma Ingat. " Ujar Aria sebelum jatuh. Efzan cepat-cepat menangkap isterinya sebelum tubuh gadis itu mencecah lantai. Kesejukkan gadis itu dapat dirasai oleh Efzan.

" Ma, pa , umi , walid. Naufal angkat Aria naik atas dulu eh? "

" Pergi la Naufal, Aria dah jadi tanggungjawab Naufal dah pun. " Kini Encik Affendi dan Puan Dhia juga memanggilnya sebagai Naufal. Nama manja katakan.

Adriana menolong Efzan memapah Aria walaupun dia tahu Efzan mempunyai kudrat untuk mengangkat Aria seorang diri.

Selepas meletakkan Aria di atas katil, Efzan keluar dari bilik kerana Adriana mahu berbicara dengannya.

" Efzan, jaga Aria elok-elok. Dia memang lemah semangat sejak kes dulu. "

" Kes? Kes apa long? " Efzan pelik.

" Along rasa baik kamu tanya Ria je. Dah la Efzan, along masuk tidur dulu. " Adriana berlalu pergi. Efzan memandang tubuh isterinya yang sedang tidur di atas katil. Apa maksud Adriana dengan kes dulu?

" Kalau aku buka esok sah-sah lah kena smackdown dengan dia. Tapi kalau aku tak buka macam kesian pula. " monolog Efzan sendirian.

Akhirnya dia membiarkan saja lalu pergi ke bilik tetamu yang diduduki oleh Zafran. Lebih baik dia tidur disitu dari kena macam macam dari Aria. Naya beb!

Tok tok tok!

" Ha masuk lah! " Jerit Zafran dari dalam bilik. Efzan terus memboloskan dirinya.  Zafran, Aryan dan Iryan memandang Efzan dengan pelik.

" Aik bro, asal tak tidur dekat bilik Aria? "

" Melepas wo. "

" Hish dirty minded la kau. "

" Dah tu kenapa ada sini? Kena halau dengan isteri? "

" Kau pun tahukan Aria tengah rehat sekarang ni. Aku malas la nak kacau dia. " Efzan memakan makanan Aryan dengan selamba.

" Woi makanan aku tu. " Aryan merampas semula makanannya.

" Hish kedekut! " Zafran dan Iryan mengeleng melihat telatah Efzan dan Aryan. Macam budak-budak.

" Tapikan bro, kau tak elok la tinggal isteri kau macam tu. Dia kan tengah lemah sekarang ni. "

" Dah dah blah. Pergi jaga isteri tercinta kau tu. "

" Kalau korang ada isteri nanti tahulah macam mana aku buat. " Efzan berasa geram lalu pergi semula ke biliknya.







.........






Aria bangun awal. Kira kira jam 5:45 mungkin? Sudahlah semalam dia tidak sempat mahu mengemas buku malah baju sekolah pun tidak digosok! Mata Aria melilau di sekitar katil. Figura Efzan tidak kelihatan. Mungkin dah bangun?

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now