Bab 29

4.4K 237 0
                                    

Aku mengambil nama-nama yang sukarela untuk memasuki acara larian 200m. Rajin betul diorang nak masuk. Aku memandang kosong ke arah papan yang dipegangnya. Ramai juga yang mahu masuk.

Nama kelas

1)Mikael Husni 5 Alpha

2)Shafiq Ikhwan 5 Alpha

3) Weena Arina 5 Gamma

4)Janna Uzma 5 Beta

5)Wafeq Aqasha 4 Alpha

6)Serena 4 Gamma

7)Husein Rasdi 4 Beta

Hebat-hebat yang masuk acara kali ini. Mana tahu ada rezeki rumah Nilam menang tahun ini. Dapat la merasa pegang piala besar. 

" Ria cepat! Latihan dah nak mula dah ni . " Rumah Delima dan Nilam memandang ke arah punca bunyi yang kuat itu. Aku sudah tidak tahu mana lagi aku mahu letak muka yang malu.

" Eh pandang apa lagi?! Pergi la berlatih. " Jerit Shafiq lagi sebelum menarik lengan aku dan berlalu pergi.

" Abang Shaf jangan la jerit. Ria yang malu sebab semua pandang . "

" Haih yela. Ni ha cikgu Sakinah panggil suruh Aria bagi semangat sebab budak-budak nak start latihan. " Aku hanya mengangguk. Memang rutin di sekolah baru untuk memberi apa-apa ucapan semasa latihan atau hari sukan sebenar. Bak kata Shafiq la.

" Em hai. Assalammualaikum. Ria harap sangat awak semua do the best okey? Kalau kalah ke tak terpilih ke don't worry. Sebab tahun depankan? Good luck! " Aku tersenyum manis. Keadaan senyap. Aik, semua okey ke ni? 

" Eh semua okey ke? "

" Okey princess Nilam! " Jerit ahli lelaki Nilam semangat. Manakala ahli perempuan Nilam menutup telinga kerana jeritan mereka terlalu kuat dan membingitkan.

Latihan terus dimulakan. Aku hanya melihat kerana aku tidak mahu masuk bertanding malah akan menolak jika ada acara yamg ditawarkan. Bukan kerana tidak mahu tetapi tahap kesihatan aku yang tak berapa mengizinkan aku untuk menyertai acara sukan.

Penyakit yang dialami oleh aku menurun dari papa. Dari nenek jatuh pada papa dan sekarang aku yang menhidap penyakit asma itu. Sejak kebelakangan ini, entah mengapa penyakit asma aku semakin teruk malah doktor juga menasihati agar tidak membuat perkara yang meletihkan peparu. Baru aku sedar yang latihan Nilam sama dengan Delima. Ini bermakna aku berisiko besar untuk bertemu dengan Efzan.

" Eh you ni tak pergi lari ke? Oh I lupa berat badan you mesti dah naik kan? Sebab tu you tak boleh nak lari. " ujar Mira yang tiba-tiba saja berada disitu.

Eh minah ni, lama betul tak muncul.

" Ehem. Assalammualaikum sedara islam. Dah jadi kafir ke sampai salam pun mulut tak reti nak bagi? Well budak macam kau ni senang je terpengaruh dengan amalan syaitan. Biasalah mula mula shy pehtu tetiba ada ton. " Aku sengaja menaikkan darah Mira.

Muka Mira mula merah menanda dia marah. Memang sesuai dengan rumah Delima yang dimasukinya. Sesuai sangat.

" Eleh cakap jela you dah gemuk tak larat nak lari. " Aku segera bangun. Sensitif betul aku bila cakap pasal gemuk ni.

Punyalah aku diet bagai nak rak, dia kata aku gemuk.

" Aku tak gemuk la. Kau nak aku buat apa sampai kau tak kacau dengan aku?! " Mira tersenyum. Ini yang dia mahukan.

" Lumba 100m dengan I. " Aku menyahut cabaran itu. Mana mungkin aku menolak dan aku juga  memang sukakan cabaran.

Aku sudah bersiap sedia untuk lari. Kebetulan juga Efzan yang berada disitu segera ke tempatnya. Efzan tahu akan penyakit yang melanda gadis itu.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now