Bab 51

4.8K 277 47
                                    

" Kenapa awak nak kawan dengan saya? " Soal Aria sambil memandang Annaky dengan muka sedih. Nak minta simpati untuk lepaskan dia yang baik ni. Sebab kejap lagi nak ikut Efzan pergi dating dekat tepi pantai ala ala princess gitu.

" Sebab awak ni macam tak betul sikit. Dan awak jugalah yang paling gila dekat sekolah. Dah lama saya perhatikan awak. " Eh aku la, dia cakap aku tak betul? Cantik-cantik macam ni kena kutuk dengan jin. 

Kuajo betul.

" Sedihkan hidup, jin pun jadi stalker. " Dasar jin tak ada job.

" Stalker itu..... apa? " Annaky menayangkan muka innocent .Bukan zaman dah moden ke? Takkan lah benda ini tak maju maju lagi? Takpa lah meh sini aku ajar dia sampai dia pandai.

" Stalker ni dia macam kau stalk orang tu- " Muka Annaky mula berubaj riak menyebabkan kata-kata Aria terhenti. Perasaan takut mula menjalar dalam diri. Keadaan di dalam dunia Annaky semakin bercelaru.

" Pftt kerusi jadi kuda?! "

" Wo wo meja terbanglah! "

" Eh unicorn! "

" Ew, lalat besar! " Macam-macam yang Aria nampak disini. Kalau nak senarai panjang gila! Macam sampai hujung tembok besar China pun tak lepas.


........

Aria membuka matanya dengan perlahan. Rasa lemah sangat pun ada. Apa yang dah jadi?

" Mana air? " Tekak terasa perit apabila bangun dari tidur sleeping beauty ini. Lepas ni nak jadi beauty and the beast pulak. Dia cop Belle! Efzan jadi jam tu. Beast kasi Kang Daniel hehe.

" Nah. Selawat dulu. " Aria menyambut huluran Efzan dengan gembira. Dahaga gila macam tak minum 1 jam. Mungkin lebih. Atau tak. Dia tak kisah pun sebenarnya janji minum dengan muka feeling gila-gila. Bahagianya hidup dia.

" Macam mana aku ada dekat sini? "

" Macam mana? Aku angkat la. " Aria memandang Efzan atas bawah. Bukan pervert okey. Dia cuma tak percaya badan Efzan yang tak berapa nak sado ini mengangkat badannya yang kurus dan ramping ini.

" Pftt kau angkat? Lawak sangat. " Rasa nak menangis pun ada dengan lawak Efzan ni.

" Tak percaya? " Dia menggeleng sambil ketawa. Entah mana lawaknya dia pun tak tahu. Mulut ini caboi sangat nak gelakkan husband.

" Hei! Lepaslah! " Aria terjerit apabila Efzan mula dukung dirinya. Serentak itu juga tangan Aria merangkul leher Efzan. Buat naya je kalau Efzan tiba-tiba lepaskan dia dekat sini. Mahu patah pinggang nanti .

" Kiss dulu. "

" Allahu suami siapa ni? "

" Suami kau la syaitan. " Amboi, Efzan syaitankan dia. Ee cili padi ada tak? Nak pinjam. Nanti pulang balik.

" Diamlah iblis. "Jangan pertikaikan kemesraan mereka. Memang ini cara mereka bergurau. Atau lebih tepat gurau kasar. Lek, rapatkan hubungan apa. Jealous la tu .

" Nak pergi honeymoon tak? " Soalan Efzan membuatkan Aria tersentak. 

" Tak nak la. Nanti kalau aku mengandung macam mana? Dah la tahun ni nak SPM. Tak ke naya aku? "

" Aku cuma ajak pergi honeymoon je. Bukan buat anak. Kau dah korek telinga ke belum? " Mana dia nak sorok muka ni?! Aria memalingkan mukanya ke arah lain. Tak mahu dia pandang muka Efzan yang miang.

" Erk.. honeymoon dekat mana? Luar negara ke dalam negeri? " Aria duduk di atas katil di dalam bilik mereka. Efzan tak larat kut nak angkat dia lama-lama. Hm lain kali nak suruh dia buat six pack yang ketak-ketak tu. Tergoda juga Aria.

" Kalau aku ajak pergi Korea nak? Sebab nanti ada inkigayo dekat sana. Aku dengar Exo ada. So nak tak? "

" BTS ada tak?! " Soal Aria teruja.

" Ada ada. Don't worry. So nak ke tak? "

" Gila tak nak! " Aria melompat di atas katil kerana sudah tak sabar. Nak jumpa husband dia Suga. Boyfriend dia Rapmon. Scandel dia Jimin. Sugar Daddy dia Jungkook. V, JHope dengan Jin jadi sparepart. Hehe .

" Bila nak pergi? "

" Minggu depan. " Aria memeluk Efzan. Suka bila dapat suami fanboy. Jarang betul nak tengok fanboy yang sekepala dengan diri kau sendiri.

" Sebab tu aku makin sayang kau! " Alamak ! Terlepas.

" Apa? "

.............

Sebelum mereka berangkat untuk pergi bercuti, Aria mencadangkan mereka untuk membeli beberapa barang sekolah yang tidak sempat dibeli pada tahun lepas. Pen yang ada pun sudah hampir habis ink nya. Alang-alang tu nak beli semua benda baru. 

" Fal, aku patut pilih yang ni atau yang ni? " Aria menunjukkan dua jenis pencil case bercorak BTS.

Efzan menilik kedua-dua pencil case itu. Dari riak dia pun, Aria sudah tahu Efzan tak berkenan. Tapi dia suka la. Lalu Efzan pergi ke sebuah tempat pencil case khas untuk kanak-kanak ribena seperti Aria.

" Kau patut pakai yang ni je . " Efzan menunjukkan sebuah pencil case barbie kepada Aria.

 " Efzan menunjukkan sebuah pencil case barbie kepada Aria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Allahu. Dia rasa seperti mahu mencarut je sekarang. Disebabkan terlalu geram, Aria mengambil pencil case itu lalu menghempuk badan Efzan. Puas rasanya.

" Ee dia ni. Memain pula! Kang orang belikan ni untuk dia baru tahu. " Efzan menahan tangan Aria dari menghempuknya. Sakit ke? Tak kut. Kut la.

" Kalau nak pukul, pukul dekat sini. " Tangan Aria dibawa ke dadanya. Fuh degupan jantung dia laju! Eh apa sweet depan public ni. Nak kena Efzan ni.

" Baby anje sayang intan payung, nak sweet bukan dekat sini. Nak sweet dekat rumah okey? " Aria terpaksa melembutkan suaranya kerana sudah ramai yang mula tengok aksi mereka yang dapat pahala ni.

" Macam best je dengar. Panggil lagi sekali boleh? "

" Gatal! "

Setelah Aria bertawaf satu mall, akhirnya dia membeli set sekolah Suga. Semua warna hitam. Bukan gothic tapi hitam lawa. Nak beli Kang Daniel punya tapi semua sudah kehabisan stock. Sudah la, dia nak kecewa.

Tapi lepas Efzan memujuk mahu membeli barang banyak di Korea, dia on je la. Nanti tak dapat pergi Korea dia pula menyesal. Nak ler try cakap hangul walaupun entah betul ke tidak.

" Aria. "

" Yes? "

" Love you gila. "

" Auch! Love you more sewel. "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now