Bab 72

3.1K 171 215
                                    

Ada scene yang ditambahkan untuk membuatkan jalan cerita semakin hangat walaupun entahlah. Hangat tak hangat lain cerita ya ? Jangan lupa baca !

Saya akan publish satu persatu sehinggalah 20.11.2018 and ada banyak scene yang saya ubah. So , jangan lupa baca ya ?

Setahun sudah berlalu. Sejak kebelakangan ini, Aria berasa seperti tak sedap badan. Nak practise pun tak larat. Kalau nak kata tak cukup tidur, dia ini sudah la kaki tidur takkan tak cukup lagi. Nak kata tak cukup makan, rasanya dia yang rembat semua makanan Strychnine. Nak kata dia penat rasanya dia la yang paling kuat berehat dekat rumah.

Efzan pun naik pening dengan perangainya. Katanya Aria makan slow dan banyak duduk diam. Selama ini dia hyper dengan kuat bebel ke apa? Suka hati je nak kutuk orang macam tu. Ryuha ada ajak Aria pergi klinik tapi kerana dia anti sangat dengan ubat yang macam unicorn so Aria degilkan diri. Dia bukan orang yang degil okey.

Cuma apa yang dia perasan sekarang ni, Efzan selalu sangat balik lewat. Jarang nak teman dia tidur. Kalau ditanya kenapa balik lewat, mesti dijawab lepak dengan Violence. Masalahnya Dah Lee kata Efzan sudah lama tak lepak bersama mereka. Mamat ni buat apa sebenarnya?

" Ryuha, tteogbokk-i meog-euleo gajago? ( Ryuha , lepas ni pergi makan tteokbokki nak? ) " Dia lapar ni. Dah lama tak makan tteokbokki yang pedas-pedas tu. Fuh mengancam do.

" Juchum dasi uli neun daleun eulo idong. ( kejap lagi kita pergi dengan yang lain. ) " Sebab inilah Aria sayang sangat dengan Ryuha. Ryuha! I lap you!

Aria dan Strychnine pergi makan di sebuah kafe halal yang menyediakan tteokbokki yang pedasnya kaw-kaw! Boleh meleleh air liur tahu. Dia tengok ni pun rasa nak ngap sekarang juga.

" Ari, behave ." Teguran Da Rye buat Aria tersengih. Gelojoh sangat ke dia makan? Aria buka camera. Ya Allah! Ini baby yang makan atau dia yang makan? Kalau Efzan tengok ni habislah dia kena bebel.

Mamat tu bukannya boleh tengok dia makan comot. Semuanya nak sempurna. Apa dia ingat Aria nak dengar ke cakap dia? Makan dengan cara ayu? Oh please, zaman bila tu?

Mereka menikmati tteokbokki dengan lahap. Dah lama tak makan macam ni. Selalunya kena diet je memanjang. Ini pun manager rasa serba salah nak kasi. Nasiblah ada Fymica. Kalau tak rasanya memang tak dapatlah makan macam ni. Oh ya, Fymica nama fans club bagi Strychnine.

Tiba-tiba perut Aria rasa sakit yang teramat. Aria jatuh terduduk. Kenapalah sakit sangat ni? Air matanya jatuh. Kesakitan yang menyucuk-nyucuk perutnya. Strychnine memandang Aria dengan pandang panik. Masing-masing mula gelabah.

" Ari! Are you okey?! "

" No Yuri. Wiga apayo.( perut saya sakit. ) "

" Ppalli delyeoga! ( cepat angkat dia ! ) "






.............






Aria terjaga dari tidur atau pengsan atau apa-apa sajalah. Dekat dalam wad lagi hm. Ni kali ke berapa entah dia masuk wad. Paling last masa kena demam denggi haritu. Dekat 3 tahun jugalah dia tak masuk wad. Rindunya. Agak-agakkan, makanan dekat hospital sini lagi sedap tak dari hospital dekat Malaysia?

" Ari, are you okey? "

" I'm okey Feyin. Wae? " Aria pandang mata Strychnine yang macam bersinar. Mata diorang ni kena letak dengan berlian dari planet Pluto ke? Well, lupa nak kasi tahu yang sebenarnya Aria sudah ditabalkan menjadi Ratu Pluto tahun lepas. So HIDUP PLUTO!

" Wae Ari? Dangsin-eun imsinhaessseubnida! ( awak mengandung! ) " kat- kata Ryuha buat Aria kaku.

Dia mother-to-be?! Omg dia excited. Tak sabar nak beritahu Efzan malam ni! Tak kisahlah balik lambat ke janji malam ni dia tahu!  Efzan Naufal! Aku mengandung taguna!

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now