Bab 26

4.9K 240 10
                                    

Semalam, lepas je aku balik rumah, Aryan dan Iryan kena marah dengan papa sebab malas pergi ke sekolah. Alhamdulillah aku tak kena marah. Kalau tak, habislah aku kena bebel sekali.

" Ria, pengetua nak jumpa kau dengan Efzan. " Ujar Alys tiba tiba. Kenapa aku? Kenapa bukan Zafran atau Shafiq?

" Aku baru je sampai sekolah. Kenapa buat saya macam ni ya Allah. " Aku merunggut dengan perlahan. Tak nak la kalau orang dengar.

" Kau buat apa je pun dah penat. Oh lupa kau kan ada 10 anak nak kena jaga. " Semalam bukan main lagi dia minta maaf. Hari ni mula balik. 

Ya Allah, engkau laserkan la mulut Efzan.

" Eh mana tahu aku ada anak? Kau letak CCTV eh dekat rumah aku? " Alys dan Efzan terdiam. Ha tahu pun masing-masing diam. 

Rembat sorang-sorang kejap lagi,

" Don't care. Tapi aku cuma nak cakap la. Yang benda tu sebenarnya dekat sebelah korang.  Good luck. " Aku dan Alys berpandangan sebelum mencerna semula kata-kata Efzan. Masing-masing sudah muka pucat. Baru ingat yang Efzan ada sixth sense.

" EFZAN NAUFAL! " Jerit kami berdua dengan kuat.





...........









" Saya nak kenalkan pada awak berdua ketua wakil pelajar. Sila kenalkan diri. "

" Assalamualaikum. Saya Wafeq Aqasha. Sama kelas dengan korang. "

" Waalaikumussalam. " Aku dan Efzan menjawab.

" Tu budak dengan kau semalam kan? " Efzan berbisik. 

Eh main bisik-bisik pula dia ni.

" Kenapa? " Uncle Irfan dan Wafeq memandang kami dengan pelik.

Aku tak pelik, tapi Efzan mungkin ya.

" Kamu ni ada apa-apa ke sampai berbisik? "

" Eh tak da apa-apa la. "

" Manalah taukan Ria. Kut-kut uncle dapat anak sedara baru. "

Ya Allah, engkau janganlah jodohkan aku dengan Efzan. Penat hari-hari makan hati nanti.

" Uncle jangan la cakap macam tu. Ria ada taste okey. Dia ni bukan taste Ria la. " Sedang mereka berbual, Efzan dan Wafeq bermain mata. Boleh dikatakan diorang ni jeling satu sama lain. Bukan gay okey.

" Tapikan pengetua, kenapa kena ada wakil pelajar? "

" Sebab sekarang ni banyak acara yang awak berdua tu masuk and takda siapa nak handle. Zafran dengan Shafiq pula tak boleh kacau since mereka ada SPM. Disebabkan awak dan Aria bawah Zafran dan Shafiq, saya nak awak berdua ada la penolong. Jadi, saya melantik Wafeq untuk meringankan kerja awak berdua. " Pengetua berdeham sebentar sebelum meneruskan kata-katanya.

" Oh saya lupa. Ni Efzan Naufal setiausaha dan Aria Effa naib setiausaha. "

Bukan sepatutnya kerja aku dan Efzan hanya dibelakang tabir saja ke? Kenapa kena handle banyak event ni?  





..........











Notis peringatan

Sukan sekolah akan diadakan tidak lama lagi. Latihan rumah sukan Nilam dan Delima akan diadakan minggu tempat bertarikh 23 dan 24 Jun . Manakala Baiduri dan Zamrud pula pada 4 dan 5 July. Notis berikutnya akan ditampal pada hari berikut untuk maklumat lanjut.

Aku melihat notis yang ditampal di papan kenyataan. Kenapa hari sukan sekolah ni lambat sangat? Aku mengeluh. Sukan pula alahai.

" Ria? Kenapa monyot je? "

" Aku? Aku pun tak tahu la. " Aku tahu sebenarnya tapi saja buat-buat tak tahu. Malas nak panjangkan cerita.

" Ala Ria chilex! Abang Shafiq mu sentiasa berada di sisi. " Shafiq membalas sambil membuat beberapa gaya.

" Dah la Shafiq. Dia dah reject kau banyak kali dah. "

" Oh Ria yang ku puja. Sampai hatimu berbuat begitu pada diriku yang suci ini. " Aku ditahan oleh Rika dan Alys kerana hampir-hampir saja memukul Shafiq. Boleh pula dia berdrama dekat sini.

Aku lempang kejap lagi, apa pun tak dapat.

" Zaf! Tengok diorang tu. Sampai hati diorang buat aku yang suci ni macam ni. "

" Ee bla la kau. Macam gay kau tahu? Menyampah aku. "

" Weh, kau memang partner gay aku kut. " Shafiq memprotes.

" ARYAN! IRYAN! EFZAN! TOLONG AKU! ADA GAY SESAT DEKAT SINI. " Zafran menjerit dengan kuat sambil berlari. Shafiq hanya ketawa dengan kuat. Namun semuanya mati kerana pandangan orang pada dirinya.

" Oi, buat ape tercegat?! Masuk kelas! " Arah Shafiq tegas.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now