Special Parts : ZAFRAN FHAZIL × SYAFIQAH AQILAH ❤

3.2K 144 60
                                    

" Xu YÈ ! Tēn wo ! [ Tunggulah saya ! ] " Jerit Mi Ran dari jauh. Penat dia mengejar jejaka pujaan hatinya itu. Dia berhenti di hadapan jejaka itu lalu mendepakan tangannya. Mahu menahan jejaka itu dari ke mana mana.

" Nì yao shen me? Wo yi zhe suo le , Wǒmen yǔ jīnglǐ hé yǎnyuán de guānxì. Gòule, Mi Ran. Rúguǒ nǐ hái zài zhe yang de hua, wǒ xiǎng zhǎo yī wèi xīn jīnglǐ. [ Apa yang kau nak ? Kan aku dah kata , hubungan kita setakat manager dengan pelakon saja. Cukuplah , Mi Ran. Kalau kau masih lagi macam ni , aku nak cari manager baru.] " Ugut Zafran.

Kini Zafran sudah berjaya menjadi salah seorang pelakon terkenal di China. Semenjak kematian tunangnya , Zafran bertekad mahu meninggalkan Malaysia dan mencari pekerjaan di China memandangkan dia boleh berbahasa mandrin dan kantonis .

Disebabkan bakat semula jadinya , Zafran ditawarkan watak utama dalam drama bersiri yang diarahkan oleh seorang pengarah yang terkenal. Dan kini , dia dikenali sebagai seorang pelakon yang bernama Xu Yè. Zafran mengambil kunci keretanya dan meninggalkan Mi Ran di belakang. Sungguh dia sesak dengan perangai Mi Ran yang semakin menjadi jadi.

Dia memandu tanpa hala tuju. Cuba menghilangkan rasa sesak di dalam fikirannya. Dia terkenangkan kenangan dulu. Sewaktu pertama kali dia berjumpa dengan arwah tunangnya , Syatilia Aqilah. Aqilah , wanita bertudung yang pertama berjaya memikat hatinya. Perilaku yang sopan dan tutur kata yang lembut.

Namun , semuanya bertukar tragedi apabila arwah tunangnya diculik serta dibunuh oleh si penculik yang terdesak mahukan wang. Zafran tahu Aqilah anak kepada jutawan kosmetik Vadlor tetapi siapalah dia mahu menidakkan takdir. Dia redha dengan ketentuan-Nya.

Sedang asyik mengelamun , tanpa dia sedar ada seseorang yang sedang melintas. Zafran segera memberhentikan keretanya apabila dia terlanggar seseorang. Dia keluar dari kereta dan cuba untuk membantu .

" Xiâo jie, ni mei she ba? [ Cik , cik okey ke ? ] " Ujarnya gelisah. Pertama kali dia melanggar seseorang tanpa sedar. Dalam erti kata lain , mengelamun.

" Ah yes, I'm okey..auch! " Gadis itu menggosok kepalanya yang terasa sakit itu. Tudung yang dipakai sudah senget. Khinzir punya manusia. Tak reti tengok lampu isyarat ke ? Macam manalah boleh dapat lesen.

Zafran hanya membatu disini. Nak pegang memang tak boleh sebab dia dan gadis itu muslim. Malah di dalam drama yang dibintanginya juga tiada adegan sentuh menyentuh ini. Zafran mengosok lehernya dengan janggal. Nak tolong macam mana ni ? Matanya terpandang cecair yang mengalir di dahi gadis itu.

"Liushue? Ah xiaojie ! Lai wo song zhu ni zhu eyyuen! Wo long ni tau liushue le.   [ Darah ? Eh cik ! Mari saya bawa cik ke hospital. Sampai darah bagai saya buat ni. ] " Nadanya bertukar risau. Buatnya si gadis itu amnesia macam mana ? Lagi parah !

" Okey. "

........

" Terima..... ah! Ha xiexie ni wei le pangmang wo.[ Terima...... eh ! Ha terima kasih sebab tolong saya. ] " Ujar gadis itu setelah selesai mendapatkan rawatan yang diperlukan. Dia menunduk 90 darjah .

" Malaysia ? " Soal Zafran . Jarang dia dapat lihat pelancong Malaysia di China .

" Ah, yes. " Gadis itu membalas dengan nada yang teruja. Mungkinkah ......

" Laa , saya pun orang Malaysia. Cuma kerja dekat sini . Cik nama apa ? Saya Zafran. Tapi dekat sini orang panggil saya Xu Yè. " Zafran membalas dengan ramah. Sekali sekala elok juga dia berbahasa melayu. Nanti pulang di Malaysia tidaklah begitu kekok memandangkan dia sudah menetap di China lebih daripada 4 tahun .

" Xu Yè? Macam pernah dengar. Tapi tak apalah. Saya Syafiqah Aqilah. Encik boleh panggil Qeyla. " Qeyla tersenyum manis. Cuba berbasa basi dengan Zafran.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Место, где живут истории. Откройте их для себя