Bab 17

4.9K 278 4
                                    

Aku resah. Sudah la hari ini ada latihan taekwondo. Kaki pun tak elok lagi. Aku mengeluh. Nak buat macam mana ni? Sudah la semua dah start berlatih.

" Effa? Awak okey ke tak ni? "

" Err.. saye okey kut Sir. " Alahai Sir Ali, saya kuatlah.

" Kalau awak okey kenapa kaki tu asyik terhinjut-hinjut? Sakit ke? "

" Luka sikit je Sir ."

" Luka macam mana? "

" Luka kena kaca je. "

" Ya Allah awak ni Effa. Kaki kena kaca rehat la. Kalau awak still berlatih kaki awak tu cepat sembuh ke? Dah awak pegi rehat. " Aku mengeluh. Patah terus semangat aku.

" Tapi Sir, macam mana dengan tournament dekat Subang nanti? "

" Itu kan lagi 2 bulan. Dah awak pergi balik. Jangan datang selagi kaki awak tak baik lagi. "

" Amboi Sir, halau saya nampak . "

" Ye, saya halau awak. Dah shuh-shuh. "

" Okey tak apa Sir. Saya merajuk tak nak datang dah. "

" Ha ye dah shuh. Saya tak nak pujuk awak pun shuh. " Aku hanya ketawa. Kalau dengan Sir Ali, memang aku tak boleh nak serius. Pasti ada saja bahan untuk dikongsi.

Aku sudah menelefon Aryan untuk mengambil aku di sini . Macam-macam soalan Aryan pada waktu itu. Habis bernanah telinga. Tahi betul. Nasib abang. Sambil menunggu Aryan, aku hanya mengestalk kawan-kawan aku di instagram. Sejak Ares ditubuhkan, followers aku semakin meningkat. Dari 12k jadi 965 k.

Terkejut dia sampai aku hampir terbaling phone dekat dinding. Menangis tak berlagu nanti. Nasib la kak Adriana baik pergi beli phone baru.

Tiba-tiba satu notification masuk dengan laju. Aku segera membuka whatapps. Nak tergelak aku baca mesej itu.

WhatsApp

Sir Ali

Effa! Lepas kaki tu elok terus masuk class. Kalau tak saya pancung awak. Jangan tinggal bluetick sebab saya tahu awak suka bagi bluetick dekat saya. Sebelum awak bagi bluetick dekat saya, saya tick-tick kan dahi awak tu.

Aria Effa

Ha ye Sir. Nanti saya datang. Kata tak nak pujuk saya konon.

Sir Ali

Dah la saya busy bye.

Dengan perangai sporting Sir Ali boleh buat aku jadi gila! Kalau cerita dekat abang aku ni sah kena bantai gelak sampai berguling-guling tikar mengkuang.

PIN PIN

Hampir tercampak Iphone aku jadinya. Memang kena maki la lepas ini. Aku membuka pintu belakang. Nasib la aku tak terjerit. Bukan apa, aku terkejut tengok Efzan tiba-tiba ada.

Dia ni tak ada rumah sendiri ke macam mana?

" Kau dah kenapa tengok aku macam tu? "

" Aku terkejut tengok tenuk tiba-tiba ada dalam kereta abang aku. Kut-kut la sesat dari zoo ke. " Nasib saja Shafiq ada dekat sebelah seat pemandu kalau tak dah lama aku duduk dekat depan.

" Kau punya mulut memang tak reti nak jaga ke? " Bang,  cakap dengan diri sendiri ke?

" Mulut aku suka hati la. Kenapa? Tak puas hati? "

" Fikir anak orang je. Kalau tak, memang dah lama aku baling dalam loji. " Amboi, nak baling aku dalam loji?

Banyak hodoh muka dia.

" Badan sekeping macam tu ada hati nak baling orang. " Sedas aku bagi.

" Buta eh? Aku sado sebab tu si Mira tu pun nak dekat aku. "

" Memang la sado but bukan sado tu. Setakat lembu celup bedak sejuk tu baik tak payah. Semua dia nak. "

" Kalau bukan sado ni apa pula? "

" Sabodoh! " Aku ketawa kuat. Sakit perut aku jadinya. Efzan pula menjeling. Hatinya kini yang sakit.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now