Bab 47

4.2K 261 35
                                    

Aria, Efzan serta kembar dan Zafran duduk di rumah Puan Mariam dan Encik Qusyairi. Mereka sudah berpakat mahu melihat movie World War Z. Saja nak tengok lagi sebab cerita tu best.

" Weh, popcorn mana? " Zafran bersuara. Tak best tengok tv tanpa popcorn. Aria dan Efzan sudah conquer sofa panjang. Bantal letak dekat tengah tengah dan mereka baring sekali. Selepas semua orang sudah bersedia, akhirnya Zafrab menekan butang play.

" Weh, kau tak rasa ke tu Thor dalam marvel tu? " Soal Aryan sambil matanya khusyuk melihat movie itu ditayangkan.

" Diam Ayan diam. " Ujar Iryan perlahan. Tidak mahu mengganggu fokus orang lain .

" Kau pun sama Iyan. " Aria menjeling ketiga-tiga jejaka ni. Sama saja abang dengan abang ipar. Perangai mengalahkan budak kecil.

" Ha weh dia kejar! Lari Thor! Guna tukul besi tu! Kejap mana tukul dia? Tak bawa eh? " Aria bangun lalu mengambil bantal kecil dan membaling tepat mengenai dahi Aryan. Dia langsung tak boleh nak beza Marvel dengan World War Z.

" Argh! Dia gigit! " Aryan mejerit kuat.

" No! Please no! "

" Gerry lari ! Dia dah naik tembok tu dah! " Aria terfikir. Mereka sudah melihat movie ini banyak kali tapi still menjerit macam tak pernah tengok. Kau rasa aku patut kapak ke parang dekat diorang?

" Nak baring dekat paha. Tak selesa. " Aria hanya mengiyakan saja. Sejak dari hari sukan tu, Efzan macam sudah mula bermanja dengannya. Bahagia la juga sebab mamat gila yang dia benci sudah tukar jadi suami paling sayang. Sweet tak?

....................

Tengah seronok tengok World War Z tu tiba-tiba ada satu part yang zombi itu mengigit Segen selepas it Gerry memotong tangan Segen dan..

" Argh! Sakitnya! " Aria menjerit sambil menarik kuat rambut Efzan yang sedang bebaring di pahanya. Efzan pun menjerit jugalah sebab Aria tarik kuat sangat rasanya. Efzan mengosok gosok kepala yang berambut pacak. Comel!

" Dah la. Pergi blah. "

" Ala sorry la Fal eh? Please? " Aria membuat puppy eyes. Dia berangan sebentar. Kesempatan itu diambil oleh Efzan. Dia segera menghadiahkan satu ciuman di pipi Aria. Geram dia tengok pipi Aria yang agak tembam itu.

" Hei, apa ni main kiss orang? " Aria berbisik dengan Efzan. Tak mahu orang lain mendengarnya.

" What? Lebih dekat situ pun aku dah pernah buat tau. " Ujar Efzan bangga. Dia menolak bahu suaminya. Apa pula cakap macam itu. Nasib si kembar dan juga Zafran masih khusyuk dengan movie yang ditayangkan.

Entah macam mana Aria dan Efzan boleh pula terlelap. Aria berbaring di bahu Efzan, manakala Efzan tidur di kepala Aria.

................

" Aria, Fal... bangun. Subuh dah ni. " Suara Puan Mariam mengejutkan Aria. Sakit juga badan ni sebab tidur ikut posisi yang sama. Aria mengeliat kecil. Dia perasan Puan Mariam dengan Encik Qusyari asyik tersenyum dari tadi. Dia memandang ke arah tepi. Cis, sedap hati saja si suami memeluknya.

Aria segera menolak Efzan sehinggakan dia terjatuh di atas si kembar dan juga Zafran. Aria tertawa. Lawak benar dia melihat keadaan abangnya serta abang iparnya yang terkejut beruk apabila dihempap sesuatu.

" Aduh badan aku! " Adu Aryan .

" What the f*ck do ! Eh tak fish! Fish! " Ujar Iryan segera. Tak mahu dia dimarahi oleh Encik Qusyari kerana mencarut.

" Allahu. " Zafran mengucap perlahan tetapi masih didengari oleh Aria.

Efzan cuma mengerang kesakitan sebelum memandang Aria dengan tajam. Aria membuat muka comel. Salah dia juga tapi dia tak mahu kena marah dengan Efzan.

" Kau! "

" Tak dengar tak dengar. " Aria segera menutup telinga dan terus berlari masuk ke dalam bilik. Takut melihat muka Efzan yang handsome dan garang itu.

....................

Aria duduk di dalam bilik kerana malas mahu keluar bilik. Lagipun sepupu Efzan yang tergedik-gedik di luar sana ada. So dari dia tambah dosa asyik kutuk sepupu Efzan yang satu itu baik Aria duduk sini baring baring buat fashion show.

" Kenapa tak turun? " Soal Efzan yang baru saja masuk ke dalam bilik mereka.

" Tak nak malas. "

" Ke sebab Fatin? " Aria mengangguk. Memang Fatin itu anti gila dengan Aria. Katanya, Aria rampas Efzan dari dia. Tapi tengoklah siapa yang dapat Efzan sekarang.

" Nak pergi date tak? "

" Dekat mana? "

" Hm warung mamak yang ada cendol? "

" Cun! " Aria memang hantu cendol. Lagi-lagi dekat warung mamak yang dekat hujung sana. Dia punya cendol fuh! Selepas siap memakai pakaian yang simple, Aria turun dan menyalami Puan Mariam serta Encik Qusyari. Yela menantu Puan Mariam ini baik tau!

" You nak pergi mana? " Soal Fatin. Tetapi Aria hanya buat tak tahu saja. Malas nak ambil tahu .

" Hei! You ingat I tunggul ke dekat sini?! " Marah Fatin sambil menolak bahu Aria dengan jari telunjuknya.

" Nasiblah sedar pun diri tu. " Fatin sudah ternganga. Ingat Aria tak takut ke? Setakat minah acah pakai Iphone Aria boleh jentik dengan tahi hidung dia lah. Kembar dengan Zafran? Diorang tengah syok ngekek dekat minah ni.

" Abang Ef! Tengok bini you! "

" Diam la bastard. " Aku nak guling-guling sambil gelak boleh tak?

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now