Bab 40

4.6K 261 13
                                    

Seperti yang dijadualkan, pelajar Tingkatan 3 akan melakukan night walk pada malam ini. Fobianya juga semakin pulih dan dia dibenarkan untuk mengikuti night walk ini dengan izin Efzan asalkan mereka bersama. Puas jugalah nak memujuk Efzan supaya membenarkan dia mengikut aktiviti ini.

" Macam yang kamu semua tahu,.... " Madam mula memberi taklimat mengenai keselamatan dan menyebabkan rata-rata pelajar mengantuk. 

Aku, sebagai pelajar yang tauliah tak ada la rasa mengantuk. 

" Sebelum 10 minit diaorang gerak, madam pun nak awak gerak. " Lama sangat ke dia mengelamun sampaikan apa yang di arahkan oleh Madam pun dia tidak dengar?

" Gerak pergi mana madam? Joli eh madam? " Syafiq sudah tersenyum seperti kerang yang sememangnya sudah busuk.

" Kau merepek apa ha? Joli apa tengah tengah hutan? Orang soley soley la. " Ini lagi sorang. Baru saja duduk berapa hari dekat hutan dah gila. Siap gelek lagu usop tu, ya Allah.

" Diam semua. Madam ada tugas khas buat kamu ngeh ngeh ngeh. " Cara madam gelak membuatkan mereka sedikit gerun. Takkan dah kena sampuk?

...........

Efzan dan aku berjalan meredah hutan. Bukan sebab sesat ke apa tapi ....

Flashback

" Madam nak awak takutkan pelajar pelajar tu. " Madam sudah tersenyum serong.

Dia terkejut. Ah, sudah. Baru nak happy duduk bersenang-lenang dalam khemah main mekap yang Alys bawa. Bukan dia yang pakai okey tapi Rika. Dan yes. Partner dia hanya Efzan Naufal.

Endflashback

" Fal, jauh lagi ke? Aku penatlah. " Bukan nak merungut, tapi serius dia penat. Menyesal pula pujuk Efzan bagi dia join.

" Sikit je lagi. " Nampaknya dia pun penat juga. Jauh dah mereka berjalan. Entah dimana silapnya kaki yang agak comel ni tersepak akar kayu yang agak besar. Terjerit dia jadinya. Bengkak pun macam ada. Eh tak bukan macam. Tapi patah kut. Kut la kut.

" Tak habis-habis nak menyusahkan aku. " Hatinya sedikit terguris apabila terdengar balasan Efzan.

Okey la bukan sikit tapi banyak.

Efzan menghulurkan tangannya kepada Aria. Dia berkira-kira mahu menyambut atau pun tidak. Ah, aku nak merajuk. 

 Haram!

Cis.

Baru dia ingat.

Efzan suami sahnya.

Biar saja~~

Nak bangun tapi kakinya macam hanya Allah saja yang tahu. Efzan mengeluh melihat telatah isterinya. Macam-macam hal la.

......

Aria cuma berdiam diri saja. Nak melawan nanti macam mana dia nak balikkan? Oh lupa. Efzan sedang mendukung Aria di belakang dia. Sweet? Tak tak. Dia cuma diam. Kalau lah lagu Blood, Sweat and Tears ada sudah lama Aria joget depan dia. Tak tak. Dia tak berani.

" Dah sampai. " Efzan menurunkan Aria di sebalik pokok yamg agak besar. Ya, dia tahu badannya kecil tapi nampak sangat ketara yang dia boleh invisiblekan dirinya . Kuasa telepotasi! Wah kuatnya dia berangan.

" Diaorang dah sampai. " Efzan sudah bersiap untuk mematahkan kayu-kayu yang berjaya dikumpul semasa Aria sedang bermonolog. Aria? Hehehe tunggu dan lihat.

.......

Dari jauh, Aria dan Efzan dapat melihat dua orang pelajar perempuan dan dua orang pelajar lelaki yang sedang menuju ke arah mereka. Bukan straight arah mereka ya. Depan sikit nanti diaorang belok. Apabila target semakin dekat, Efzan mula mematahkan kayu-kayu itu.

 Nak tahu reaction diorang?

" Argh! Takutnya-takutnya. Mommy tolong Lisa mommy. " Dia nak kena sepak ke?

 Tak Aria, kaki kau tengah sakit. Okey tangan okey.

" *sob *sob. " Kejap dia menangis? Eh, tak macho weh tak macho! Kali ini giliran Aria pula. Senyuman teramat manis bagi Aria walau tak berapa nampak dia hadiahkan. Tak sabar nak buat huehue.

" Fiza, janganlah jalan laju. I takut ni. " Lisa mula memeluk erat tangan Fiza.

" Diamlah Lisa! " Wah, marah benar Fiza ni gamaknya. Lagi dua orang lelaki? Seorang dah lari sebab takut sangat. Pity on him. Yang sorang ni la target Aria huehue.

On set.

One.

Two.

Three.

" Aduh siapa pula yang baling batu ni. " Efzan mula memandang Aria. Memang tugasnya disuruh baling batu pada target tapi bukan di bahagian fizikal. Cuma tepi-tepi saja . Tapi Aria yakin tu bukan batu dia!

" Asal baling dekat kepala dia? "

" No no bukan aku lah. Aku yakin sangat aku baling dekat tepi dia. " Aria berharap dengan kesungguhannya, Efzan akan percaya. Tapi dia salah. Efzan cuma buat tak endah saja. Tabahlah hati.

" Bukan dia tapi aku huehue. " Aria memegang lengan Efzan dengan kuat. Perasaan takut mula muncul dan menyebabkan dia merapatkan jarak dengan Efzan.

" Peluk leher aku kuat-kuat. " Cuma itu saja yang dia dengar selepas suara menakutkan itu. Tapi disebabkan belakang Efzan terlalu selesa Aria mengambil keputusan untuk tidur. Sorry husband.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now