Bab 44

4.1K 268 23
                                    

" Kenapa uncle panggil kitaorang? Kenapa tak panggil Fal sekali? " Soalnya pelik.

" Efzan? Siapa pula tu? " Aria sudah menepuk dahi. Takkanlah bapa saudaranya yang seorang ini sudah lupa ingatan? Sedangkan baoa saudaranya ini datang ke majlis perkahwinannya hari itu.

Bunyi pintu bilik pengetua di buka. Aria memandang ke arah seseorang yang memasuki ke dalam bilik pengetua. Otaknya mencerna sesuatu. Dia tersenyum.

" Ria rindu uncle! "

.............

" Uncle Irhan ni jahat la buat Aria macam ni. Sampai hati! Merajuk sebulan. "

Uncle Irhan dan Uncle Irfan ialah adik beradik tetapi wajahnya hampir sama. Muka mereka seakan-akan kembar tetapi bukan. Uncle Irfan ayah kepada Syamel tetapi Uncle Irhan masih bujang.

Dah tua pun single.

" Uncle jangan layan dia ni. Budak sewel mana tah menyemak dekat sini. " Sinis betul Aryan membalas.

Aria memuncungkan bibir. Tak aci bila kembar ni ada geng. Lagi-lagi apabila Uncle Irhan ni memang suka menyakatnya.

" Muncung kau tu nak minta kiss ke apa? " Soal Efzan yang tiba-tiba menyampuk.

Eh, mana pula dia datang ni?

" Jangan sibuk lah. " Aria menolak bahu Efzan. Ada pula fikir macam tu. Sudahlah gatal tahap otak warna pelangi.

" Aku suami mithali itu sebab aku sibuk. Kau apa tau? " Aria memuncungkan bibirnya. Suami mithali sangat.

Makin gatal ye lepas semua benda dah luahkan. Saya, Aria Effa gojes-gojes girl, saya nak jual suami saya. Pakej semua cukup cuma tahap kegatalan dia masih belum diketahui.

Saya bagi free gift Aryan dan Iryan sekali. Kalau nak tambah free gift pun boleh. Saya bagi Zafran. Tapi kalau nak otak yang tak betul, saya akan sertakan sekali Shafiq. Cuma bayar duit postage saja.


....

" Aria? " Aria yang sedang seronok bergolek atas katil terhenti. Kacau la dia ni. Baru nak berangan Kang Daniel datang melamar.

" Apa? "

" Bila dah besar nak jadi apa? " Soal Efzan sambil berbaring di sebelahnya.

" Sebenarnya aku ada banyak cita-cita. Tapi yang paling bertahan la sekarang ni aku nak jadi spy, lepas tu nak jadi sainstis tapi lepas tengok Doctor Stranger aku nak jadi pakar- "

" Tolong jangan merepek setan. " Cis, Efzan panggil dia setan tadi?

Cantik-cantik macam ni boleh pula disamakan dengan setan.

" Apa Iblis? "

" Cakap jela kau nak jadi apa. " Efzan menjeling isterinya yang rancak bergolek ke sana sini.

Macam budak-budak.

" Aku nak jadi rapper hehe lawakkan? Tapi bila fikir balik suara aku yang sedap ni aku nak jadi vocalist. "

" Kenapalah aku dapat bini macam ni. " Efzan mengeluh sebelum menarik Aria dalam pelukkannya.  Aria pula mencebik. Mengada betul suaminya ini.

...........

Aria masih tak boleh tidur. Jadi dia menurun tangga dan duduk dekat ruang tamu seorang dirk. Sudahlah gelap. Meremang bulu roma jadinya. Tetapi entah kenapa hatinya mahu duduk di situ seorang. Perasaan takut dibiarkan sebentar. Aria ternampak seperti ada bayang-bayang di belakang tv. Perasaan gugup mula menerjah diri.

" Hai ex wife. " Ujar makhluk itu sambil duduk di atas sofa yang berdekatan dengan Aria.

" Kau nak apa setan? " Best pula dia menyetankan setan ini.

" Aku nak kau. " Ujarnya sambil menunjuk ke arah Aria.

" Aku dah berkahwin. Jangan kacau aku lagi. " Tegas Aria bersuara.

" Kau memang nak kena rasuk dengan aku ke? " Ini makhluk itu muncul di hadapan mata Aria. Dia terkejut. Segera dia mengurut dadanya .

" Kau nampak dinding tu? " Makhluk itu mengangguk .

" Ha kau jalan kasih langgar itu dinding lepastu datang sini balik. " Makhluk itu hanya menurut. Aria mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri ke arah bilik. Kecut dirinya sekarang.

Masuk saja di dalam bilik, Aria terus mendekatkan dirinya dengan Efzan. Dia memeluk  Efzan yang lena. Badannya menggigil ketakutkan.

" Aria? " Suara Efzan menerjah kesunyian.

" Aku tahu kau takut. Meh sini aku peluk . "Tangan Efzan melingkar pinggang Aria. Akhirnya Aria tertidur di dalam pelukan suaminya. Selamat. Itu yang dirasakan olehnya sekarang.

..............

" Semalam dia jumpa kau lagi? " Soal Efzan sambil memasukkan roti di dalam mulutnya.

" Tak....ha tak. Mana ada. Aku tengok tv semalam. " Ujar Aria tanpa memandang mata Efzan.

" Sebelum aku guna kuasa veto aku, baik kau jujur. " Efzan mengugut.  Apa ni, salah guna kuasa betul.

" Yela. Dia jumpa aku semalam. " Mendatar saja suara Aria.

" Dia nak apa? " Soal Efzan sambil membetulkan tali lehernya di hadapan cermin.

" Dia nak aku. " Kini mata Efzan menikam mata Aria.

" Jin macam dia memang terdesak sangat eh? Dekat bini orang pun still ada nafsu. Bodoh. " Efzan terus keluar dari bilik. Aria menahan ketawa. Dengan jin macam itu pun cemburu ke? Tak patut langsung.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now