Bab 36

4.6K 260 19
                                    

Hari ini juga latihan rumah sukan diadakan. Aria mengeluh. Memang dia meminati sukan tetapi hanya mampu lihat saja. Memandangkan hari ini latihan rumah sukan Nilam dan Zamrud, Efzan dan yang lain boleh pulang dengan lebih awal.

Tetapi tidak bagi Efzan. Katanya, nanti kalau Aria berlari lagi mahu kena bebel oleh mama dan papa. Kalau risau, cakap saja risau senang bukan? Banyak pula alasan dia kata mama la papa la. 

Aria mengambil kedatangan para ahli rumah sukan Nilam. Hampir penuh kehadiran hari ini walaupun bukan ramai yang akan mewakili rumah sukan itu.

" Hari ini ada latihan lontar peluru kan? Saya harap yang kuat plus sado tu boleh la wakil ya? Kalau ramai yang berjaya saya belanja aiskrim malaysia jela boleh? " Aria tersengih. 

Aiskrim Malaysia berapa? Last aku beli dulu 20 sen. Harap harga masih sama la. Kalau tak, kopak aku oi.

" BOLEH! " Jerit yang lain dengan kuat. Amboi, bersemangat ye semua.

" Ha ada apa-apa soalan? " Kali ini ramai pula yang mengangkat tangan. Pening dia jadinya. Tidak tahu mana yang harus dipilih.

" Ha yang tu. Yang pakai bandana tu. "  Dia memilih seorang budak lelaki dari Tingkatan 3.

" Kenapa abang Efzan selalu dengan akak? " Eh, Efzan?

" Sebab hmphmh... " Mulut Efzan ditutup oleh Aria. Sejak bila dia ada dekat sini?!

" Dia ni sepupu akak. Kiranya dia tolong tengok je la ni. " Aria segera berdalih. Tak mahu rahsianya terbongkar.

" Tapikan, mesti comel kalau akak couple dengan dia. " Sampuk seorang pelajar perempuan tingkatan 2.

Eh budak-budak ni. Kecil-kecil dah gatal. 

" Mem....hmphmhp .... " Sekali lagi mulut Efzan ditutup oleh Aria. Kini ramai yang mengebuuukam Efzan. Cemburu mungkin?.

" Kenapa akak tutup mulut dia? " Ya Allah dik, jangan la tanya.

" Ha? Oh yang ni. Mulut dia busuk. Nanti kesian awak semua sakit. " Aria berdalih. Akhirnya mereka mula berlatih saat Aria mengakhiri kata-katanya. Susah juga mahu jadi pengerusi rumah sukan ni.

" Asal kau tutup mulut aku ha? " Soal Efzan tegang. Aria tersengih. Bukan boleh percaya dengan kata-kata Efzan. Nanti dia cakap dia ni guardian Aria mahu kena lekuk dengan fans Aria? Naya beb naya.

" Ala lek la. Tutup je pun. Kira okey la tu . " Selamba saja Aria menjawab. Efzan mendekati isterinya sehinggakan Aria dapat merasakan hembusan nafas Efzan di pipi.

" Kenapa? Kau nak buat lebih lagi? Okey, come on. Aku nak tengok juga. " Efzan dengan sengaja melembutkan suaranya.

Eh eh dia ni. Main dekat-dekat pula. Dia segera menolak Efzan supaya menjauhi dirinya. Kalau ada sesiapa yang perasan ni, mula la gosip sana sini.

" Eh kau jauh sikit. Ini sekolah. Aku sekeh kau naya je masuk lumpur belakang sekolah. " Aria mengugut.

" Oh dekat rumah boleh la kan? "

" Dasar pervert tak guna. " Namun masih boleh didengari oleh Efzan.

" Oh, okey. Kem jangan ikut. " Aria kaku. Dia cakap apa tadi?

Seketika kemudian, barulah dia dapat mencerna kata-kata Efzan. Dia segera berdiri dan menjerit.

" EFZAN NAUFAL! TAK ACI KAU DAH BAGI MANA BOLEH TARIK BALIK. " Aria menjerit kuat.

" Bagi tak bagi syurga kau bawah tapak kaki aku. " Aria berpeluk tubuh. Geram dengan sikap Efzan yang agak gila tu. Mahu saja dia mengambil cangkul lalu memukul kepala Efzan. 

Kasi amnesia sikit budak tu.


.........



Aria mengaru kepalanya. Aryan dan Iryan sudah lama pulang. Jadi dia harus pulang dengan siapa? Nak tumpang Alys dengan Rika? Entah mana dua ekor itu menghilang.

Dia berjalan-jalan di sekitar bas stop. Dia berpeluk tubuh sambil menunggu uber atau teksi. Berkira-kira jugalah dia mahu menelefon Efzan atau pun tidak.

Tiba-tiba ada sebuah motorsikal yang berhenti berdekatan dengannya. Efzan? Tentu sekali bukan. Kerana Efzan menaiki dukati. Bukan LC.

" Eh Aria! Awak tak balik lagi ke? "

" Saya? Oh saya tunggu uber. "

" Eh tak payah la. Awak nak tumpang saya? "

" Tak payah. Tumpang aku je. Lekas. " Efzan yang tiba-tiba saja berada disitu.

Eh, bila masa pula Efzan muncul disitu? Nak kata pakai magic budak ini alim orangnya. Tapi perangai hm. Nak kata naik motor memang dia naik tapi bunyi tak dengar pun.

" Aria? Awak nak naik dengan siapa? " Aria dapat lihat jelingan Efzan menandakan suruh naik saja bersamanya.

" Saya naik dengan Efzan ya? Sebab rumah kitaorang dekat. " Kalau aku tolak ni, confirm Efzan ugut aku tentang kem lagi. 

Wafeq hanya tersenyum tawar. Nak buat macam mana kalau gadis itu sendiri yang tidak mahu menaikinya bersama dia. Sedih sat na.

Efzan menghulurkan topi keledar kepada Aria. Sengaja dia bawa lebih kerana tahu pasti kembar akan meninggalkan Aria bersendirian.

Efzan terus membawa motor ke sesuatu tempat. Aria hanya mendiamkan diri. Nanti kalau tanya mahu kena tinggal dekat sini. Susah!

Bukan boleh percaya dia ni.

" Fal? Aku lapar la. " Efzan memberhentikan motor. Dia memandang Aria yang berada di belakangnya.

" Lapar? Nak makan dekat mana? "

" Tak tahu. Janji bukan kedai basikal la. "

" Muka aku memang tahu pun kedai basikal tu ada makanan. " Jeling pula dia. Gurau sikit marah. 

Jadi Hulk kejap lagi padan muka. Hijau satu badan.

" Manalah tahukan. Kau bukannya betul sangat pun. " Dia mengejek .

" Baik kau diam sebelum bibir kau jadi mangsa aku. " Aria mencebik. Sudahlah, nanti nak gurau dengan orang lain je. Dengan Efzan tak nak!

Ngeri!

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now