Bab 10

5.8K 301 0
                                    

Keesokan harinya, kami melakukan pelbagai aktiviti contohnya treasure hunt, flying fox dah macam-macam lagi. Sejak perkara yang berlaku semalam, aku tak berani nak ada dekat dengan Efzan. Seram, tapi masalah sekarang, dia asyik usha aku dari jauh.

Tahu la aku lawa tapi jangan la nampak sangat usha orang. 

" Ari? Tolong aku boleh? " Soal Hanif dari belakang aku. Ya Allah, ini sorang lagi.

Tak reti ke bagi salam? Aku mengurut dada kerana terkejut. Jangan macam-macam eh.

" Tolong apa? "

" Tolong aku angkatkan kayu api yang dekat situ sebab abang Thomas tadi suruh kitaorang carikan kayu api. Boleh ke? " Walaupun aku baru je habis mengemas peralatan tadi dan sedikit penat, aku tak kisah sangat. 

" Aku on je. Kejap aku nak pergi basuh tangan. Kotor pula. Kau tunggu tau. " Aku cepat-cepat pergi membasuh tangan dan berlari semula ke arah Hanif. Aku ajak sekali Xavia dan Kaviya tolong angkat.

Cepat sikit kerja siap.

" Maaf, lambat. "

" Takpa la. Janji kau nak tolong. "

" Aku bawa sekali Xavia dengan Kaviya. Alang-alang diaorang tak buat apa. " 

" Boleh-boleh. Lagi ramai, cepatlah kita dapat buat unggun api. " Ujar Hanif. Xavia dan Kaviya hanya mengangguk setuju.

Aku dengan yang lain pun start tolong Hanif. Kejap jatuh la, kejap main kejar-kejar. Aku pun tak tahulah diaorang ni. Rasa macam aku pula mak-mak dekat sini.

Eh jangan, aku muda lagi ni. 

" Errr Aria... " Hanif tegur aku. 

" Iya kenapa? " Aku bertanya. Panggil meleret pula tu. Takut aku. Ada apa-apa ke?

" Muka kau kotor. Kejap aku ambilkan tisu- "

Tiba-tiba tangan Efzan laju memberi aku sapu tangan. Aku baru nak cakap terima kasih tapi sebab muka dia yang macam tak puas hati, aku batalkan niat aku.

" Lain kali, cuba jaga kebersihan. Kau tu perempuan, bukan tomboy. " Aku dah agak dah. Dia memang takkan tenang kalau tak sakitkan hati aku. 

Tangan aku laju menolak sapu tangan Efzan. Lantak kau la. Ingat aku hamak ke? 

" At least aku tak macam perempuan gedik yang terhegeh-hegeh tak reti buat semua benda. Tomboy? Kau nampak aku ada pakai macam lelaki ke? Kau ada nampak aku panjat-panjat pokok bagai? Tak ada kan? So please stop cakap dengan aku kalau kau tak ada benda penting nak cakap. " Aku sumpah tak tahu kenapa mamat ni tak habis-habis nak cari pasal. 

Aku duduk diam, tolong orang pun ada je yang dia tak puas hati. Nanti kalau aku duduk saja melenggang, baru dia nak puas hati ke?

" Kau ni pun satu kenapa? Tengok dia dah terasa. Haih, dah la jom. Kejap lagi aku pujuk Ari. " Ujar Kaviya. Efzan tercenggang saat melihat Aria yang pergi meninggalkan mereka dalam keadaan marah.

Memang la aku marah, takkan nak senyum pula.

Dia juga perasan air mata yang bertakung di mata Aria. Perasaan bersalah menusuk ke hati. Niat nak bergurau saja. Tak sangka jadi macam ini. Aria pula hanya mendiamkan diri. Dia terasa sangat dengan kata kata Efzan pada dirinya.

" Err Ari? Are you okey? "

" Aku okey. "

" Look, memang kita baru kenal tapi aku tahu kau kuat. Biar je diaorang mulut busuk tapi kau jangan nak layan. Aku ada, Shafiq pun ada. Biar saja dekat Efzan tepung tu. " Aria tertawa apabia mendengar panggilan yang diberikan oleh Xavia. Memang la Efzan berkulit cerah dan handsome tapi perangai dia masya Allah!

" Ari? Kau senyum? " Ujar Hanif yang tiba-tiba join perbualan aku dan Xavia.

" Hei, kau ingat aku ni takda perasaan ke? Siap kau Hanif! Woi jangan lari lah! Kaviya, tangkap Hanif! "

" Werk kau tak kan dapat kejar aku hahaha. " Dengan tidak semena-semena dia terlanggar pokok kerana leka melihat Aria, Xavia dan Kaviya yang mengejarnya.

" Eh Hanif, kau okey? " Soal Xavia risau.

" AHAHAHA SERIUS LAWAK GILA BILA KAU LANGGAR POKOK! " Aku dan Kaviya ketawa dengan kuat. Itulah, nak sangat main kejar-kejar.

" Aku okey kut. Siot la Kaviya. Siap kau. " Xavia dan Kaviya menemani Hanif. Aku pula pergi mencari first-aid. 

Kesian member, nak lari tapi lain pula jadinya.

" Kau duduk diam aku nak cuci. Kau gerak kau mati. " 

" Dah siap! " Hanif tersentak. Dia mengurut dadanya akibat terdengar suara Aria yang kuat.

" Nah. "

" Ha? "

" Tampal dekat dahi kau. Nanti bakteria masuk, kau yang susah. Aku dah tolong sapukan antiseptic. Plaster ni kau tampal sendiri la." 

Cukup la aku dah tolong sapukan benda warna kuning tu. Tapi kesian pula tengok Hanif yang terkial-kial nak tampal plaster tu. Baru je aku nak tawarkan diri, Efzan menyampuk.

" Biar Kaviya buat. Kau ikut aku. " Kaviya mengeluh. Dia pula yang kena. Dia mengambil plaster lalu meletakkan di tempat luka Hanif. 

Dia nak bawa aku pergi mana lagi ya Allah. Aku tak nak kena cekup dengan dia sebab merayau. Cukuplah semalam pun Abang Thomas pandang pelik aku dengan Efzan. 

Saya tak bersalah bang.

" Kau kenapa ha main tarik tangan aku suka-suki kau je. " Ingat aku robot ke nak bawa ke hulu ke hilir.

" Aku ada benda nak cakap dengan kau. " Aku berpeluk tubuh. Eh diam pula. Tadi kata nak cakap sesuatu. Ni diam pula. Bisu ke?

" Kau kalau nak cakap tu cakap la. Aku malas nak tunggu kau. Buang masa tau tak? Aku ada banyak lagi kerja nak buat. "

" Aku nak kau jauhkan diri dari Hanif. "

" Kau siapa nak halang aku? Abang? Kembar? Ayah? Boyfriend? Suami? Bukan kan. Biar la aku nak berkawan dengan sesiapa pun. At least Hanif pandai jaga hati aku dari kau. " Efzan meraup mukanya. Sabar saja dengan perangai Aria yang suka melawan cakapnya.

" Look, I'm sorry okay. Dengar cakap aku, Aria. Jauhkan diri dari Hanif. Aku tak suka kau rapat dengan dia. "

" Sorry sorry sorry. Itu la kerja kau. Okey look, Efzan. Kau tak ada hak nak halang aku. Macam ni lah, kau jaga diri kau, aku jaga diri aku okey? " Aku terus pergi lepas cakap macam tu. Aku harap dia stop la lepas ni. Aku dah penat nak layan.

" Kau silap dekat sini Aria. Apa yang aku nak, aku akan dapat. "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now