Bab 76

3.3K 191 67
                                    

Aria bergegas masuk ke dalam hotelnya. Dia melihat jam ditangannya. Dah lambat! Dia sudah lambat 15 minit kerana Elvin meragam mahu ikut. Sudahlah meeting bersama tetamunya itu. Aria menekan butang lift ke tingkat 39 dimana tempat pejabatnya.

" Evin, kejap lagi mama ada meeting dengan client mama. Elvin duduk dengan staff mama kejap eh? " Aria mencangkung bagi menyamakan ketinggiannya dengan anaknya itu.

" Okey. Tapi mama promise kena belanja Evin toys. Bosanlah mama. Toys Evin banyak dekat Italy. " Rengeknya manja. Aria tertawa.

Aria memimpin tangan anaknya apabila tiba di tingkat 39. Dia menghantar Elvin pada Xavia untuk bermain dengan Elvin sementara dia bermesyuarat dengan tetamunya.

" Xavia, awak tolong jaga anak saya kejap ya. Evin, jangan susahkan Cik Xavia kalau nak mama beli toys. " pesan Aria.

" Baik, cik. Cik jangan risau. Saya jaga dia elok-elok. " ujar Xavia sambil tabik pada Aria.

" Alright, mama. Promise eh? " Elvin menghulurkan jari kelingking. Aria mengangguk sambil membuat pinky promise bersama anaknya itu. Dia mencium dahi Elvin sebelum mengorak langkah ke arah tempat yang ditujunya.

" Maaf, sebab saya lambat. Mari kita mulakan perbincangan kita. "









........









" So macam mana Cik Effa? "

" Maksud encik cadangan encik untuk adakan majlis tari menari dekat hotel saya? " Soal Aria.

" Iya. Memandangkan hotel ini termasuk dapat top list, rasanya saya yakin dengan adakan majlis disini ianya akan berjaya. " Aria berfikir sejenak.

Majlis tari menari di hotelnya?

" Tapi encik, hotel saya berlandaskan Islam. Dan rasanya tak patut adakan majlis tari menari yang bercampur lelaki dan perempuan. Saya harap encik faham dengan maksud saya. " ujarnya lembut. Dia harus fikir akibat yang akan melanda jika dia menerima cadangan itu.

Siapa saja tidak suka dengan majlis tari menari. Dapat menari bersama orang tertentu seperti ala ala Barat. Memang tiada sesiapa yang akan menolaknya. Tetapi, adakah Allah akan meredhainya? Dosa pahala jangan dibuat main.

" Baiklah, saya faham maksud Cik Effa. Kalau macam tu, boleh saya adakan annual dinner untuk syarikat saya di sini? " soal jejaka itu lagi. Nampaknya dia masih tidak berputus asa untuk mengadakan apa apa majlis di hotel milik Aria.

Adakah lelaki itu berniat jahat?

" Rasanya itu boleh. Kalau ada apa-apa nanti boleh bincang dengan PA saya. " tutur Aria manis. Dia yang mahu keluar dari bilik itu segera ditahan oleh jejaka itu. Mukanya berubah pelik.

" Saya nak jemput Cik Effa datang. Boleh? "

" Kalau ada masa saya datang, in sya Allah. " ujar Aria.

Aria segera keluar dari bilik tersebut apabila mendengar tangisan Elvin. Melihat Xavia yang bersusah payah memujuk Elvin membuatkan hatinya lucu. Elvin, Elvin . Kalau dengan orang lain, memang mengada sungguh. Nasiblah dengan dirinya Elvin tidak begitu. Kalau tak, roboh sudah rumah mereka di Itali.

" Xavia, kenapa ni? "

" Cik...Cik Effa! Sa...saya....ta....tak....tahu. " Xavia menunduk. Takut di marahi oleh majikannya.

Aria mencangkung untuk menyamakan ketinggiannya dengan Elvin. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi Elvin. Senyuman terbit di pipi Elvin apabila melihat ibunya berada di depan mata.

" Mama! " jerit Elvin . Dia segera memeluk ibunya. Tangisan semakin menjadi-jadi. Risau benar dia apabila ibunya tidak keluar dari bilik meeting tadi. Semuanya tidak memuaskan hatinya jika tidak melihat ibunya di depan mata.

" Why are you crying, bambino? "

" I miss you, mama. Kenapa mama lambat keluar? Evin risaukan mama. Evin nak mama. Evin- " Aria segera meletakkan jarinya di bibir kecil Elvin. Kalau dibiarkan, berjelalah alasan kenapa Elvin menangis.

" Shh. Mama adakan. Ni risaukan mama ke risaukan mama tak beli toys ha? " Aria terus mengeletek badan kecil anaknya sampai sehinggakan Elvin tertawa sampai mengeluarkan air mata.

" Stop mama, stop! " Elvin masih lagi tertawa. Rasa geli yang amat apabila ibunya itu tahu titik kelemahannya. Aria berhenti apabila dia sendiri penat ketawa bersama anaknya ditengah tengah laluan pejabatnya. Nafas di tarik perlahan. Cuba menenangkan degupan jantung yang semakin rancak.

" Dah jom kita pergi makan. Tteokbokki challenge? "

" Sure, mama! "









.......











" Kalau pedas, jangan salahkan mama tau. " Aria mengenyitkan mata pada anaknya itu. Bukan tidak biasa dengan cabaran yang selalu diadakan oleh Aria. Malah ada yang lebih teruk daripada ini .

" Don't worry mama. Evin dah besar. " Elvin menepuk nepuk dadanya seperti seorang lelaki sejati. Aria tertawa. Lucu dengan gelagat anaknya itu.

" Perasan! "

Makanan yang dipesan telah tiba. Aria dan Elvin bermain mata antara satu sama lain. Tangan diangkat lalu Elvin membacakan doa makan. Ditangan Aria suda ada chopstick dan tteokbboki manakala di tangan Elvin garfu yang dicucuk tteokbboki. Masing-masing melemparkan senyuman sinis.

Aria menetapkan masa yang dianggarkan. Selama 20 minit, siapa yang minum air dulu akan kalah. Elvin sudah bersiap sedia. Begitu juga dengan Aria.

" Start now! "

Aria dan Elvin makan dengan perlahan. Tidak mahu tercekik atau seangkatan dengannya. Tak elok makan laju laju sebab nanti lambat untuk penghadaman. Aria melihat bibir anaknya yang memerah. Tak padan dengan albino tapi bibir merah merekah! Untunglah siapa yang dapat anaknya itu apabila besar nanti.

" Give up already? " Soal Aria.

" Not yet, mama. This is Evin la. " Gelagat dua beranak itu diperhatikan oleh orang ramai. Rata-rata daripada mereka merakam aksi mereka berdua.

Nak dihalang kang macam-macam yang jadi. Baik Aria biarkan saja. Entah entah caption nanti " Bekas ahli Strychnine bermesra dengan anaknya. "

Wah, famous juga ya nanti. Boleh lah buat instagram untuk Elvin ala ala anak retis diluar sana.  Aria mengeleng. Lucu dengan pemikirannya sekarang. Makin lama makin matang. Tetapi ada juga sifat dungu nya itu.

" Arie! "

" Papa! " Elvin berlari anak sebelum memeluk Efzan yang ceria saja mukanya. Pasti ada apa-apa yang berlaku kepada jejaka itu sebelum kemari.

" Arie makan dengan mama ya? Kenapa tak ajak papa sekali? Papa rindu tau dengan anak papa ni. " Efzan mencubit hidung Elvin lalu menyebabkan anak kecil itu tertawa.

Efzan mendukung Elvin lalu mendekati Aria yang menjelingnya dari tadi. Jeling-jeling tu ada makna ke?

" Kau buat apa datang sini? " Aria menjeling sekilas sebelum tersenyum ke arah Elvin.

" Makan dengan anak sendiri pun salah? "

" Tak salah. Tapi bukan ada orang tu tak mengaku anak tu anak dia ke? " Perli Aria pedas. Saja mahu menyakitkan hati Efzan.

Rindu mahu bergaduh seperti dulu dulu. Eh?

" Past is past okey? Arie- "

" Papa! Come and sit there. " Elvin menolak badan Efzan lalu duduk bersebelahan dengan Aria.

Aria yang geram dengan tindakan Elvin terus mencapai air lalu diminumnya. Cuba meredakan kemarahan yang ada di dalam dirinya. Kalau boleh , nak je campak Efzan tu dalam laut. Biar jerung makan!

" Eh mama minum? "

" Iya sayang. Kenapa? " soal Aria lembut.

" Mama kalah! Belum 20 minit lagi! Yeay! Evin dapat toys lagi. " Elvin bersorak riang. Aria yang seperti tidak percaya segera melihat jam masa di telefonnya.

Alahai, lagi dua minit saja lagi. Kalau tidak, bolehlah dia menang. Tapi apakan daya, melayang jugalah duit ni.

" K fine! "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now