Bab 31

4.3K 232 1
                                    

Aria dan Alys kini berada di rumah Rika. Ibu bapa Rika akan ke Sweden untuk 3 hari kerana hal perniagaan di sana. Jadi, mereka bertiga akan tidur di rumah Rika untuk menemaninya sehingga ibu bapa Rika pulang ke tanah air.

" Rika! Aria! Jom lepak depan tv. " Ujar Alys dengan baju tidurnya yang berwarna merah jambu.

" Kejap aku nak ambil popcorn. Nanti bolehlah kita tengok movie sekali. " ujar Aria sambil berlari ke arah dapur. Alys dan Rika menunggu Aria di ruang tamu. Mereka berdua berbaring dan menonton rancangan yang disiarkan.

" Rika, kenapa Ria lambat sangat? Dia nak ambil popcorn ke nak buat popcorn? "

" Manalah aku tahu. Eh aku nak pergi dapur ni. Kau ada nak apa-apa tak? "

"Milo panas tabur satu. " Alys tersengih. Kepunan pula.

" Eh main order pula. Ha ye la. Jangan tukar tahu. Lepas ni School 2017. " Alys hanya mengangguk. Mana mungkin dia tukar kerana School 2017 merupakan k-drama yang amat diminati oleh mereka bertiga.

" Argh! " Alys yang tersentak segera berlari ke arah dapur. Mata terbuntang. Kaki, tangan dan badan mengeleter. Dua gadis itu takut.

" Hai awak-awak semua. " Ujar Aria dengan suara garau.

Kini Aria berada di atas kabinet dengan cara orang merangkak sambil kepala bergoyang. Tahukan macam mana nak imagine?

" Al..Alyss.. call Iryan sekarang! " Alys segera berlari ke arah ruang tamu dan mengambil telefonnya lalu menelefon Iryan secepat mungkin.

" Hel...hello? Iyan? To...tolong..aku! Aria!! Dia...dia kena rasuk! " Namun tiada balasan yang didengarinya kecuali ayat ....

" Aria jadi lagi. "

Lebih kurang 45 minit kemudian, dua buah kereta sampai di perkarangan rumah Rika. Alys dan Rika yang berada di luar segera berlari ke arah Adriana dan memeluknya.

" Aria? Mana dia? "

" Dia dekat dalam. "

Namun Alys cepat-cepat menegah Efzan dari memasuki rumah itu. Efzan memandang Alys pelik. Aria memakai singlet bertali halus dan seluar tidur pendek. Terlalu terdedah untuk tayangan umum.

" Dia pakai baju seksi. Please tunggu dia keluar. " Efzan mengeluh. Iryan, Aryan dan Encik Affendi memasuki rumah itu. Lebih kurang 45 minit kemudian, Encik Affendi mendukung Aria yang lemah keluar dari rumah itu. Badan Aria ditutup dengan tuala.

" Rika, parents takda kan? Tidur rumah uncle eh dengan Alys? "

" Baik uncle. " Encik Affendi meletakkan Aria di seat belakang kereta bersama Adriana dan keluar semula untuk berjumpa Encik Qusyairi. Dari jauh lagi, Efzan dapat melihat wajah Aria yang lemah dan membiru. Terbit rasa simpati pada gadis itu.

" Kalau boleh saya nak tarikh perkahwinan mereka dicepatkan. Dalam masa 3 hari boleh? "

" Saya pun rasa macam tu bila tengok anak awak macam dah makin teruk. Dalam masa tiga hari ni kita kena siapkan secepat mungkin persiapan. " Mereka terus berlalu ke rumah masing-masing untuk beristirehat. Masing-masing sudah penat dengan urusan harian.


.......



Aria membuka mata perlahan lahan. Kini dia berada di dalam bilik sendiri. Ditepi kanannya terdapat Alys yang sedang tidur lena begitu juga Rika di sebelah kiri. Aria yang cuba bangun namun badannya terlalu lemah untuk semua itu. Pergerakkan Aria sedikit menganggu Rika yang lena tidur.

" Hmm Ria? Dah bangun ke? " Rika masih lagi mamai.

" Dah. " Ujar Aria dalam suara serak serak basah. Sakit tekak rasanya.

" Nak air ke? Kejap aku ambil. " Rika mengambil jag air yasin ditepi katil. Dia menghulurkan gelas itu pada Aria. Aria meminumnya dengan laju. Nasib saja tidak tersedak.

" Kenapa kita ada dekat bilik aku? Semalam bukan dekat rumah kau ke? " Rika kelihatan gelisah. Akhirnya dia mengalah kerana Aria patut tahu tentang apa yang terjadi semalam.

Dia mula menceritakan semuanya pada Aria. Dari riak wajah Aria, dia berasa sedikit kasihan dengan apa yang terjadi pada gadis itu.

" And kau juga kena kahwin. " ujar Rika senafas. Kata-kata Rika menghentikan detik waktu yang bergerak. Nafasnya terhenti. Aria kaku.

" Ke..kenapa aku ke..kena kahwin? "

" Aku tahu kau ada cita-cita nak capai. Tapi ni semua demi kebaikan kau. Fikir Ria, kau sanggup nak ada dekat alam lain sedangkan family kau dekat sini? " Aria mengeluh. Betul juga apa yang dikatakan oleh Rika. Dia tidak mahu terperangkap dalam alam itu. Tetapi dia juga tidak mahu berkahwin pada usia muda ini.

" Siapa bakal suami aku? "

" Efzan Naufal. "

" What?! " Aria menjerit dengan kuat. Cepat-cepat dia menutup mulutnya kerana risau dia bakal mengganggu waktu orang tidur.

......



" Ma kenapa Ria kena kahwin dengan Efzan? Kalau kahwin Ria boleh terima lagi tapi kenapa dia? " Soal Aria tidak puas hati. Selepas makan, dia mendapat sedikit tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Walaupun bukan yang berat, asalkan dia boleh bergerak itu pun sudah cukup.

" Ria sayang, mama dengan papa percayakan Efzan je sekarang ni. Sebab dia je yang boleh jaga Ria. Ke Ria ada calon lain? " Dia mengeluh. Siapa lagi yang mahu berkahwin pada usia muda begini.

" Ayan ada idea. Apa kata kalau Ria tak nak Efzan , Shafiq kan ada. "

" No no no. Kalau dia lagi la Ria tak mahu. Boleh pening jadinya nanti. " Shafiq? Elok-elok mental stabil, datang Shafiq terus tak stabil.

" Hm ke Wafeq? Ria kan rapat dengan dia. "

" Dia? Lagi la tak nak. Ria dah la baru kenal dia. Kut-kutt dia tu ada niat jahat ke. "

" Aip, Ria. Jangan sangka buruk dengan kawan. Tak baik. Tak kisahlah Ria cerewet ke tak. Lusa Ria kena kahwin dengan Efzan juga. " Aria mengeluh. Nak tak nak dia kena juga terima. Dia tidak mahu jadi anak derhaka kerana menolak hal ini.

" Dah dah pergi siap. Hari ini juga kamu kena beli barang hantaran sekali dengan cincin kahwin. "

" Hm nanti lah Ria siap. Ria ajak Alys dengan Rika tau. "

" Eh siapa cakap pergi dengan kitaorang? " Alys tiba-tiba saja bersuara.

" Habis tu? "

" Kau pergi dengan Efzan lah. " Sekali lagi Aria mengeluh. Dia kena redha juga dengan rancangan keluarga mereka.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now