Bab 21

4.6K 259 3
                                    

Aku menyiapkan hidangan untuk bersahur. Hari ini merupakan hari pertama kami sekeluarga menyambut ramadhan di Kuala Lumpur pada tahun ini. Haih, rindu pula dengan kawan-kawan di Perak.

Selalu malam-malam Ramadhan, aku dengan kawan-kawan aku main police and theives lepas terawih. Bukan nak cakap apa la, aku menyorok dalam longkang beb. Alhamdulillah, tak jumpa. 

" Ria , pergi kejut kembar dengan Along. Waktu Subuh nak dekat dah ni. " Ujar mama lembut.

 "Okey ma ." Aku menaiki tangga dengan perlahan-lahan. Pergi bilik Along dulu la. Along senang sikit nak kejut dari dua ekor tu. 

" Along! Bangun long. Sahur! "

" Kejap Along nak basuh muka. " Lepas dengar suara Along menjawab, aku pergi pula ke bilik Iryan. Aryan memang akan jadi orang last aku kejut sebab dia jenis tidur mati.

" Iyan! Oh Iyan! Sahur bang sahur! " Aku menjerit dengan kuat. Tapi masih tiada sahutan dari Iryan. Jangan kata dia pun tidur mati juga.

" Oi forever alone! Sebelum Ria robohkan pintu ni baik Iyan bangun. " Aku mengugut. Macam mana la isteri diaorang nak kejutkan diaorang bangun nanti. Tak ke sakit tekak sebab pagi-pagi kena jerit.

" Ha ye bangun dah ni. Iyan bangun bukan sebab Iyan forever alone okey. Handsome ni. " Balas Iryan sambil membuka pintu. Aku menarik tangan Iryan untuk mengejutkan Aryan. Sudahlah yang seorang ini susah gila nak kejut.

" Ni kenapa tarik ni? " Soal Iryan pelik. Aku pelik?

Cantik-cantik macam ni kata pelik.

" Sebab Iyan kembar Ayan, why not tolong kejutkan sekalikan. " Iryan pasrah. Bukan dia tak tahu Aryan macam mana. Dua kali lima juga.

" Ayan! Oh Ayan! Bangun la. " Aku menjerit lagi. Kena makan ubat sakit tekak la nanti. Hilang suara aku bulan depan sebab nak kejut diaorang hari-hari untuk sahur.

Tiada sahutan.

" Woi Ayan! Bangun la single! Aku nak sahur ni. " Iryan pula menjerit.

Tiada sahutan.

" Ria, Iyan rasa kan kita tak payah la kejut Ayan. Biar je dia. " Ujar Iryan.

Aku hanya tersenyum. Aku dan Iryan terus turun sahur kerana azan Subuh akan berkumdang tidak lama lagi. Pagi itu, semua sudah bangun kecuali Aryan. Memang mamat ni tidur mati betul.

" MAMA! KENAPA TAK KEJUT AYAN?! " Jerit Aryan. Satu rumah bingit mendengar jeritan Aryan. Iryan dan aku sudah tergelak.

" Tu la kau, aku kejut tak nak bangun. Ha padan la muka. "

" Bila masa kau kejut aku ha? " Aku dah macam kak ponti tercekik menjerit panggil dia, dia tak dengar? Amboi, aku pakai megaphone nanti, bergegar satu rumah.

" Kitaorang kejut Ayan banyak kali kut. Ayan yang tak dengar. "Aryan mendengus. Malas nak layan abang dengan adik dia.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now