The Old Epilogue

2.3K 93 5
                                    

Hai, mungkin ada sesetengah reader yang baru baca tak tahu buku ni sebenarnya ada dua penamat. Dan bab yang awak baca dari Bab 75 tersangatlah berbeza daripada yang lama. Setelah meminta nasihat daripada La, qeylalala so saya decide nak letak kesemua bab yang lama di sini :) 

BAB 75

" Efzan? Papa Evin ke mama? " Ah sudah. Elvin dah tanya. Aku mengangkat Elvin dan terus keluar. Bukan tak sanggup nak tengok muka Efzan. Cuma aku kesiankan Elvin kalau Efzan tak nak mengaku Elvin anaknya.

Kau tahu perasaan bila bekas suami kau tak nak mengaku anak yang kau kandung tu ada dia? Susah, perit, marah dan sedih. Aku tak nak Elvin dapat papa macam tu. Aku lebih rela kahwin lain dari Elvin terseksa sebab takda ayah.

" Mama? Mama tak jawab lagi soalan Evin. " aku berhenti di tempat letak kereta. Aku cuba bertenang. Aku tak mahu Elvin tahu perasaan aku macam mana. Aku toleh ke arah Elvin dan tersenyum.

" Soalan Elvin yang mana sayang? " Aku mencangkung di hadapan Elvin supaya paras kami sama. Elvin dah mencebik. Elvin ni memang bijak sangat.

" Pasal uncle tadi tulah! Dia papa Elvin ke mama? " Elvin mencebik. Alahai Elvin sayang, suka buat mama cair.

" Bu- "

" Budak ni, anak aku? " Aku kaku. Elvin memandang Efzan pelik. Aku tak tahu nak buat apa. Perlu ke aku mengaku? Kalau aku mengaku, Efzan terima ke Elvin yang albino? Persoalan itu bermain difikiran aku sekarang.

" Perlu ke kau tahu? " Sinis saja suara aku kali ni. Aku memegang tangan Elvin. Mama perlukan Elvin sebab mama tak kuat sayang.

" Aku tanya elok-elok Aria Effa. " Efzan mendekati aku. Ya Allah, kenapa dia kena muncul bila aku dah bahagia dengan Elvin. Sungguh aku takut. Efzan yang dulu bukan yang sekarang. Dia nampak lagi dingin dari sebelum ni.

" Elvin, masuk kereta ya? Nanti mama masuk. " aku menolak lembut badan Elvin supaya masuk ke dalam kereta. Aku tak mahu Elvin mendengar bicara aku dengan Efzan. Mungkin aku akan mencarut. Sebab tu aku tak nak Elvin dengar. Aku tak nak dia dapat pengaruh buruk dari aku .

" Jangan dekat Efzan Naufal. Kau bukan muhrim aku. " ada sedikit ketegasan aku selitkan. Aku tak nak berlembut lagi macam sebelum ni.

Efzan terdiam. Mungkin tersentap dengan kata-kata aku . Baguslah. Kasi dia sedar sikit diri dia tu. Aku berpaling dan mahu pergi. Tapi langkah aku terhenti. Efzan memegang kuat lengan aku. Sakit!

" Don't touch me Efzan! " aku menepis tangan Efzan dari sentuh aku. Sungguh aku rasa jijik bila kena sentuh dengan dia. Kenapa Sora ke Sofa ke Soya dia takda dekat sini? Kenapa kena ada balik dekat sini?

" Okey I'm sorry. But please, aku nak tahu budak tu anak aku ke? "

" Bukan anak kau! Tapi anak aku! "Aku terus masuk ke dalam kereta. Aku memandu kereta keluar dari kawasan stadium. Elvin pula hanya memerhatikan aku. Air mata aku jatuh menitik. Kenapa sekarang Efzan? Kenapa bukan dulu?

" Jeff, aku ada kerja untuk kau. " telefon dimasukkan ke dalam poket. Just wait and see Aria.







.........







" Mama! Ada posmen dekat luar. " aik, kenapa posmen nak pos barang dekat hotel? Kau rasa benda ni logik ke? Lagipun, aku tak pernah kasi tahu nombor bilik aku dekat sesiapa kecuali Luna .

" Elvin! Berdiri belakang mama. "  aku mengambil senduk dari dapur. Nak amik pisau aku ni bukan pembunuh. Naya je nanti masuk surat khabar. Pemilik Hotel Elv Seorang Pembunuh.

Fuh famous lagi.

Aku membuka pintu perlahan-lahan. Bila posmen tu dah ada depan mata aku terus menghempuk dia banyak kali. Aku risau keselamatan  Elvin. Kalau aku takpa janji bukan Elvin. Aku sayang dia separuh mati.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant