Special Parts: IRYAN EQSAN × AIDA SARI ❤

3.1K 135 124
                                    

Iryan keluar dari bilik pembedahan . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar. Nyawa pesakit dapat di selamatkan. Itu saja hasratnya. Dan kini , ramai nyawa yang berjaya di selamatkan olehnya.

Iryan mencari waris keluarga Encik Rahman. Mahu dikhabarkan tentang pembedahan yang telah berjaya dilakukan olehnya. Rasa gembira yang meluap luap hanya Allah saja yang tahu apabila dia berjaya.

" Doc , doc ke yang incharge ayah saya ? " soal seorang gadis yang manis pada pandanganya. Iryan terpana sebentar. Wajah yang manis, suara lembut , berpakaian sopan dan menarik minatnya. Adakah ini cinta pandang pertama? Wujudkah cinta seperti itu?

Aida memandang pelik. Doktor ini sudah bisu atau memang bisu ? Sudahlah tenung orang macam nak terkam! Seramnya.

" Ehem. Cik ke waris Encik Rahman? " Iryan cuba mengawal suaranya. Rasa nak menjerit je bila dapat bidadari dekat sini.

" Ha ayah saya lah tu ! Macam mana dengan ayah saya doc? Dia okey ke tak? Pembedahan tu berjaya ke ? " risau benar Aida pada ayahnya. Hanya dia saja pewaris tunggal Encik Rahman. Ibunya juga sudah pergi meninggalkan Aida dan Encik Rahman semasa Aida berumur 4 tahun. Tak sanggup dia mahu kehilangan ayahnya.

" Slow slow cik. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Ayah cik akan di pindahkan ke wad. Nanti cik boleh pergi kaunter tanya dekat mana eh? Jangan risau , ayah cik selamat. " Iryan menghadiahkan satu senyuman. Wajah gadis yang sedang risau itu membuatkan hatinya terhibur. Comel !

" Terima kasih doc... "

" Eqsan. Panggil saya Eq. " entah kenapa nama keduanya di gunakan. Iryan Eqsan. Tiada sesiapa pun yang memanggilnya sebagai Eqsan. Mungkin gadis itu istimewa?

" Baik. Saya pergi dulu ya ? Assaalamualaikum dan terima kasih sekali lagi. "

" Waalaikumussalam dan sama sama ."











.........











" Man ! Man ! " jeritan Iryan memberhentikan doktor Osman . Tercungap cungap Iryan bernafas. Penat berlari sejak tadi. Mencari doktor Osman macam mencari semut tahu.

" Ha pehal? " Doktor Osman bertanya. Tiba tiba saja doktor pakar bedah ini datang ke departmentnya . Sudahlah lunch hour pun dah nak habis. Menyesal main Mobile Legend tadi.

" Kau kan yang jaga Encik Rahman tu ? "

" Encik Rahman yang mana? Ramai tahu tak nama yang sama. Lain lah nama kau. Dah la tak sedap. " Doktor Osman tersengih. Suka benar mengusik rakannya yang ini.

Iryan mengetap gigi. Tahu sangat perangai Doktor Osman macam mana. Suka naikkan darahnya. Gurauan dia memang kasar ! Tapi itulah pengikat mereka sebagai sahabat.

" Hish kau ni ! Nama aku sedap okey. Ala Encik Rahman yang aku bedah tu. Kau kan yang jaga ? "

" Aku lah. Kenapa ? " pelik. Selalunya Iryan mana pernah tanya tentang pesakit yang dibedahnya. Lagi lagi lelaki. Kalau perempuan mungkin dia faham.

" Kalau aku nak jaga patient tu boleh? Boleh lah Man. Kata membe. " Iryan cuba memujuk. Dia mahu berjumpa dengan gadis itu lagi. Gadis yang berjaya menambat hatinya.

" Nanti aku kata dekat ketua aku. Kalau dia kasi , kasilah. Kalau tak , menangis tak berlagu lah kau ." Doktor Osman pergi sambil ketawa. Tanganya di masukkan di dalam kot doktornya. Nampak bergaya !

Iryan mencebik. Peluangnya untuk dekat dengan gadis itu semakin tipis. Tapi kalau ada jodoh in sya Allah ada. Tapi harap harap adalah !

" Woi Iyan ! " jerkah Aryan . Dari tadi dia mencari abang kembarnya. Menggedik nak merayau kenapa? Dah tahu ada patient tapi buat macam takda.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz