Special Parts : ARYAN × UMMI❤

1.7K 93 35
                                    

" Ummi , Ummi.... stop please. Apa yang awak nampak tadi semuanya dusta ! Itu semua perancangan Awlia untuk pisahkan kita berdua. " Aryan mengejar Ummi yang berlari keluar dari cafe setelah melihat kejadian dimana dia dan Awlia seperti berpelukkan di khalayak ramai.

" Sudahlah , abang. Sepanjang perkahwinan kita ,saya sabar bila dengar gosip pasal abang dengan dia dari kawan kawan saya yang kerja satu hospital dengan abang. Sekarang , bila saya dah nampak depan mata saya , saya rasa macam wow ! Saya ingatkan gosip tu semuanya dusta belaka tapi..... sangkaan saya salah. Terima kasih sebab jaga saya. Halalkan semua makan minum saya. Saya pergi dulu. " Ummi menyalami tangan Aryan dan segera masuk ke dalam teksi.

Dia menangis sepuas puasnya apabila teksi itu bergerak. Hatinya retak apabila melihat perilaku suaminya itu. Selama ini dia tolak semua tomahan dari yang lain. Tetapi ini yang dia dapat setelah mempercayai lelaki yang dia sayang ? Sungguh dia terluka. Biarlah dia bawa hati yang lara pergi meninggalkan si suami .

" Argh bodoh kau Aryan ! Kenapa kau tolong dia ! Kan Ummi dah salah faham. Ini semua Awlia punya kerja. " Aryan memarahi dirinya sendiri. Dia mengusutkan rambut yang kemas.

Sepatutnya dia tolak ajakkan Awlia untuk makan tengahari bersama. Tengoklah sekarang apa jadi. Gosip tentangnya semakin berleluasa dan isteri kesayangannya lari. Aryan tahu isterinya tidak akan lari jauh. Dia pasti isterinya lari ke rumah mertuanya di Penang.

" Doc , kenapa you messy ni. Dah tak handsomelah. " ujar Awlia dengan lenggok badannya. Dia tersenyum sinis dalam diam. Tak dapat Doktor Iryan , dapat Doktor Aryan pun jadilah.

Janji poketnya masyuk !

" Kau jauh dari aku . Mulai harini , aku tak nak tengok kau dekat dengan aku. Atau aku laporkan perangai kau yang tak senonoh ni dekat pihak atasan . " Aryan berlalu pergi. Panas bila lama lama berdiri dengan perempuan neraka seperti Awlia.

Dia menghidupkam enjin kereta dan menuju ke arah hospital. Masih ada ramai pesakit yang memerlukan khidmatnya sekarang. Buat si isteri , pasti dia akan memujuknya nanti. Dia mahu memberi ruang kepada Ummi untuk bersendirian. Biarkan dia menenangkan dirinya dahulu.

" Bro , kau kenapa kusut semacam ? " tegur Iryan dari belakang.

Aryan menoleh sebelum mengeluh. Kembarnya itu sudah selamat dari Awlia. Tetapi kenapa dia pula yang jadi mangsa? Ah ,perempuan. Semuanya tak cukup satu. Pastu mahukan yang lebih lagi. Getus hatinya.

" Awlia. Sebab dia , Ummi lari. Serabut la bro. Minah tu kacau aku pula tetiba. Desperate sangat ke apa. Walaupun aku yang paling handsome dekat sini , tapi ada je yang lagi tough dari aku. Haih. " Dia melepaskan keluhan yang kuat.

Iryan menepuk bahu kembarnya itu. Dia tahu akan perasaan Aryan yang dikacau oleh Awlia. Sebelum ini ,dia pernah menjadi mangsa Nurse Awlia itu. Nasiblah selepas dia berkahwin , Awlia sudah tidak menganggunya lagi. Yang membuatkan dia pelik , kenapa adik kembarnya yang sudah berkahwin itu pula yang dikacau oleh Awlia ?

Mental punya perempuan.

.......

" Ummi ,sudahlah tu. Tak usahlah kau bersedih dekat sini. Pergi balik dan selesaikan dengan cara baik. Mak tahu kau masih sayangkan menantu mak tu. Balik la nak , kesian dekat suami kau . " pujuk Puan Fatimah . Hatinya tidak tenang melihat keadaan anaknya itu. Hati ibunya sedih.

" Ummi bukan apa mak , terang terang dia curang depan Ummi , depan semua orang. Ummi kecewa mak. Tengoklah , dah seminggu tapi dia tak cari Ummi pun. Entah entah dia berjoli dengan si Awlia tu. " tuduhnya melulu. Hatinya dipagut sayu. Kalaulah betul tekaannya itu bagaimana?

" Tengok tu. Belum apa apa kau dah fikir bukan bukan. Anak mak ni selalu fikir positif je. Ni kenapa banyak sangat negatif dalam kepala kau ? Fikir elok elok ,Ummi. Mak tak mau kau bercerai berai nanti. " pesan Puan Fatimah sebelum berlalu pergi ke biliknya.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now