1: Sebuah Kerajaan

5.7K 228 75
                                    

❁❈ Di baca dengan nada bersyair ❈❁

Tersebutlah kisah disuatu masa,
Sebuah kerajaan melayu lama,
Pemerintahan sultan sungguh mulia,
Negara aman rakyat gembira,

Sehinggalah pada kurun ke-lima,
Sultannya gering di dalam Istana,
Hanya utusan baginda terima,
Rakyat jelata mula curiga,

Mujur permaisuri orang mulia,
Mencemar duli bertemu rakyat jelata,
Baginda juga sangat setia,
Rakyat kasihi negeri aman semula.

❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁

Permaisuri Tengku Tun Kadziyah melangkah masuk ke dalam pondok sederhana milik Pak Lebai.

Pakaiannya biasa sahaja ketika bertemu rakyat. Wajahnya yang sentiasa tersenyum anggun, bisa menyenangkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Junjung kasih tuanku, tidak perlulah tuanku hingga bertandang ke pondok buruk kami ini." ucap Pak Lebai.

Dia berasa sungguh kerdil melihat Tuanku Permaisuri sendiri berkunjung ke rumahnya demi melawat keadaannya yang sedang uzur ini.

"Tak usah Pak Lebai berkecil diri, beta sengaja ke sini untuk melawat sendiri keadaan Pak Lebai." balas Tuanku Permaisuri dengan lembut. Baginda lalu duduk di atas sebuah bangku kecil yang disediakan oleh anak Pak Lebai tadi.

"Alhamdulillah, tuanku sungguh bermulia hati kepada kami rakyat jelata." puji Pak Lebai. Dia tidak dapat bangun dari pembaringannya dek kerana uzur tua dan penyakit demamnya.

"Pak Lebai usah bangun dan usah risau. Hal beta kemari bukan sahaja sekadar ingin melawat Pak Lebai, tetapi beta ada hajat." ujar Tuanku Permaisuri.

"Hajat apakah yang tuanku ingin katakan?" tanya Pak Lebai. Dahinya berkerut menanti bicara.

"Beta inginkan kepastian mengenai pembesar daerah." Tuanku Permaisuri menarik nafas dalam sebelum menyambung ucapannya.

"Benarkah pembesar daerah itu sedang merancang sesuatu bersama adindanya, Tun Seri Jasmin? Apakah yang menjadi idaman mereka?" tanya Tuanku Permaisuri.

Pak Lebai menghela nafas lepas. Dia faham kini tujuan sebenar Tuanku Permaisuri. Oleh kerana dia pernah bekerja hampir dengan pembesar daerah itu, ada beberapa rahsia yang Pak Lebai ketahui.

"Patik tidak pasti akan kesahihannya, tetapi patik tahu sedikit bahawa pembesar daerahlah yang memulakan fitnah kepada tun bendahara hingga Sultan menghukum kepada tun bendahara." balas Pak Lebai.

Tuanku Permaisuri mengeluh perlahan. Tekaannya selama ini benar. Ada sesuatu yang dirancang oleh pembesar daerah itu bersama madunya.

Sesungguhnya selama ini dia telah berdoa agar tiada persengketaan berlaku di dalam mahupun di luar istana. Biarlah keadaan aman tanpa ada yang berasa tamak dan haloba kepada kekuasaan dunia. Namun siapalah dirinya untuk menghalang semua itu? Walaupun berkedudukan tinggi, tetapi dia tiada kuasa untuk menghalang. Air mata yang bergenang ditahan. Dia harus kuat menghadapi semua dugaan ini. Demi Tuanku sultan, demi anakanda tercinta dan juga rakyat yang dikasihi.

❇❇❇

Tun Seri Jasmin mundar mandir di balai istananya. Sekejap-sekejap Tun Seri Jasmin menggigit jarinya, kemudian mengemam bibirnya juga. Hatinya resah gelisah.

"Mengapa adinda ini? Sungguh tidak keruan sahaja kanda lihat?" tanya Tun Abu Jabar.

Dia yang sedari tadi menjadi tetamu di balai istana itu, tidak selesa memerhatikan keadaan Tun Seri Jasmin yang mundar mandir itu.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now