50 : Rindu

1.9K 93 31
                                    

"Tuanku Puteri," sapa Tun Seri Dahlia.

Tun Haseen pantas menoleh seraya memberikan senyuman manisnya. Pena yang digunakan lantas diletakkan di atas bekas. Duduknya diperbetulkan menghadap Tun Seri Dahlia yang sudahpun duduk di atas lapik mengkuang.

"Sudahkah tuanku puteri bersiap untuk acara pada malam esok?"

"Pat, erm ... beta telah mengarahkan dayang untuk mempersiapkan pakaian," balas Tun Haseen.

"Tuanku, malam esok pastinya sukar kerana ramai yang akan menghadiri acara pada esok hari, termasuklah Tuanku Permaisuri dan juga Tengku Mahkota, patik harap Tuanku bersedia mendengar apa sahaja yang diperkatakan oleh jemputan baginda Tuanku," pesan Tun Seri Dahlia.

Tun Haseen menarik nafas dalam sebelum dihembus lepas. Baginya, Tuanku Permaisuri adalah penghalang, tetapi tidaklah dia berasa terlalu gentar kerana telah beberapa kali bertemu. Manakala, Tengku Mahkota pula,

"Mengapa Tuanku puteri mengeluh lepas? Apakah tuanku menghadapi masalah untuk hadir malam esok?" terdegar keluhan yang terlepas dari mulutnya, Tun Seri Dahlia pantas menegur.

"Tiada apa-apa, Tun Seri ... beta cuma terasa sedikit penat selepas menulis beberapa buah buku hari ini," balas Tun Haseen segera.

"Oh, jikalau begitu, petang ini tuanku beristirehat ... esok pagi sahaja menyambung penulisan tuanku," cadang Tun Seri Dahlia.

"Baiklah,"

Tun Seri Dahlia lantas berdiri lalu mengundurkan diri dari Balai Bunga Tanjung, tempat di mana Tun Haseen duduk menulis dan belajar. Tun Haseen turut mengemaskan beberapa peralatan yang digunakan. Sebuah buku diambil lalu dijinjit bersama.

"Umar,"

"Tuanku,"

"Beta hendak pulang ke kamar, bantu beta tutupkan pintu balai ini," pinta Tun Haseen.

"Baik, tuanku." tanpa banyak bicara, Umar mengambil papan yang tersadai ditepi beranda lalu disusunkan rapat di muka pintu. Setelah itu, papan pengunci turut dipasang melintangi papan pintu yang disusun lurus itu tadi.

Tun Haseen melangkahkan kaki menuju jalan ke arah kamarnya. Akan tetapi langkahnya terhenti. Jalan yang bertentangan dari arah kamarnya dipandang lama.

"Tuanku?" Umar hairan melihat tindak tanduk Tun Haseen yang tiba-tiba menukar langkah.

***


Tengku Afkar tersenyum-senyum membaca sebuah buku yang baru diambilnya dari balai pustaka. Sehelai demi sehelai tulisan itu menarik minatnya. Semakin dibaca semakin dia berasa geli hati.

"Tuanku, sejak tadi lagi tertawa sendiri, apakah buku itu benar-benar lucu kisahnya?" tegur Awang Wadi.

"Hmm, Wadi ... beta belum pernah lagi berasa sebegini girang membaca. Bukankah buku sepatutnya menuliskan sesuatu dengan kata yang tegas dan teguh isinya? Agar bisa menjadi bilah yang tajam menghunus hati pembaca,"

"Benar, tuanku." akui Awang Wadi.

"Tetapi ini, hahahah," Tengku Afkar tidak dapat meneruskan katanya mengenang kelucuan kisah yang tertulis di dalam buku itu.

"Apakah tajuk buku itu?" Awang Wadi juga ingin tahu.

Tengku Afkar memperlihatkan tajuk pada muka surat pertama.

"Tu-tuanku, inikan buku," Awang Wadi seraya tersenyum lebar. Tahulah sudah dia mengapa Tengku Afkar berasa begitu geli hati sekali.

***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now