16: Rakyat ialah Raja

801 95 1
                                    

Tengku Afkar berjalan pantas menuju ke Balairong. Hari ini adalah hari perjumpaan Tuanku Sultan bersama pembesar seluruh negeri.

Dia ingin masuk menyatakan pandangannya. Walaupun bakal ditegah, akan tetapi dia ingin memberanikan diri. Sudah cukup selama ini dia melihat keadaan rakyat miskin yang tidak diberi perhatian itu.

"Bagaimanakah keadaannya rakyat dari kampung timur?" kedengaran suara ayahandanya, Tuanku Sultan bertanya kepada pembesar.

"Ampun Tuanku, rakyat di kampung timur sudah selesai dan mereka hidup harmoni di sana." jawab salah sesorang pembesar.

Tuanku Sultan mengangguk. Kemudian bertanya lagi.

"Sekolah anak-anak di kampung selatan bagaimana pula? Sudah siapkah pembinaannya?"

"Ampun Tuanku, sekolahnya masih belum siap sepenuhnya. Dikhuatiri masih banyak perbelanjaan lagi yang diperlukan untuk menyiapkan apa yang patut."
Tengku Afkar mengerutkan dahi di sebalik pintu balairong itu. Adakah pembesar-pembesar ini semua sedang cuba untuk berbohong kepada ayahandanya, Tuanku Sultan?

Kampung timur dan kampung selatan ialah daerah yang telah kosong menurut Pak Samad hari itu. Dan kebanyakan mereka telah masuk ke tanah kota. Menetap seperti pelarian dengan pondok-pondok daun nibung.

"Lalu mengapa beta mendapat tahu hal penduduk kampung selatan dan kampung timur yang sedang menetap di belakang lorong kota?" tinggi suara Tuanku Sultan bertanya.

Kesemua pembesar yang berada di dalam balairong terkejut dan ada yang terkulat-kulat ketakutan melihat kemurkaan wajah Tuanku Sultan saat ini.

Tengku Afkar yang berada di luar juga terkesima. Baru sahaja dia ingin masuk mencelah dan menyatakan hal itu, tetapi ayahandanya lebih dahulu tahu? Nafas lega dihela. Sekurangnya, ayahanda telah tahu hal itu.

"Beta dapati anak-anak dari kampung-kampung tersebut banyak yang terkena penyakit wabak. Makanan untuk rakyat juga semakin terhad. Ubat-ubatan juga disekat. Apa yang pembesar lakukan selama ini? Menutup mata dan tidur dibuaian masing-masing?" sindir Tuanku Sultan.

Tun Abu Jabaar mengangkat muka memberanikan diri.

"Ampun Tuanku, izinkan patik menyelidik hal demikian. Patik akan pastikan pembesar yang bertangungjawab ke atas kedua-dua kampung tersebut tampil memberi penjelasan ... dan jika didapati bersalah, Tuanku berilah hukuman selayaknya kepada patik dan pembesar-pembesar patik." kata Tun Abu Jabaar.

Tuanku Sultan mencerlung anak matanya kepada satu-persatu wajah pembesar-pembesar di bawah singgahsananya. Perasaannya berkecamuk apabila terbaca sekeping utusan daripada rakyatnya.

Isi utusan tidak rasmi itu sungguh menyayat hati. Anak-anak dari kedua-dua kampung tersebut ramai yang sedang bertarung nyawa akibat penyakit serta kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Rakyat yang tertindas ramai menanti ihsan daripadanya. Ingin sahaja dia turun mencemar duli dan meminta ampun kepada setiap satu rakyatnya kerana terlalu lama menunggu ihsan daripadanya. Akan tetapi, kesihatannya selalu membataskan diri daripada keluar dari Istana kota.

'Ampunkan beta wahai rakyat sekalian. Beta juga cuma seorang insan yang lemah di sini. Beta juga mengharap doa kalian untuk kesembuhan penyakit yang telah lama beta hidapi ini.' desis hati Tuanku Sultan.

***

Tun Abu Jabaar mengusap-usap janggut putihnya sambil memandang tajam ke penjuru balainya.

Hatinya tertanya-tanya akan apa yang diketahui oleh Tuanku Sultan itu. Dari manakah Tuanku mendapat tahu hal keadaan rakyat yang semakin daif?

Tun Abdul Rasyid kah? Mustahil! Kerana Tun Abdul Rasyid masih berada jauh di sempadan bersama mengikuti Laksamana Rahmat menghalang peperangan dari Kerajaan Siam ke atas negeri di Tanah Melayu ini.

Lalu? Dari manakah Tuanku mengetahuinya? Sedangkan utusan-utusan daripada rakyat patik telah sekat melalui pembesar bawahan patik!

Tun Abu Jabaar mengeluh kasar. Rancangannya memporak perandakan pemerintahan ini seperti bakal diganggu oleh sesuatu! Sesuatu yang dia tidak pasti apa?

***

Petang itu, Tengku Afkar keluar lagi dari Istana Kota menuju ke belakang lorong kota. Tujuannya ingin memberitahukan berita, hal Tuanku Sultan telah ambil peduli keadaan mereka.

Alangkah terkejutnya Tengku Afkar apabila mendapati kawasan itu telah kemas dan kosong! Perasaannya bercampur baur.

Tengku Afkar segera berlari mencari-cari kelibat pondok Pak Samad yang pernah dijejakinya dahulu.

"Pak Samad, Pak Samad!" sahutannya tidak berbalas.

"Pak Samad, Warda, Pak Samad!" panggilnya sekali lagi. Tiada langsung kelibat manusia di sekitar itu kini.

Tengku Afkar berasa kecewa! Adakah mereka berpindah tempat lagi? Dan dia sudah terlambat?

Tengku Afkar melepaskan penumbuk kepalnya ke arah sebatang pohon pinang dan menendang-nendang kakinya!

'Cis! Beta benar-benar tak berguna untuk rakyat!' Jerit hatinya.

"Nak, jika tuan muda ingin mencari Pak Samad dan Warda, mereka sedang berada di Pasar, tempat Umar mengajari cara menulis ..." kata seorang Mak Cik Tua yang sedang berbongkok melintasinya.

Tengku Afkar terpempan. Tidak dia sedari pula kehadiran wanita tua ini sejak tadi! Atau dia seorang yang terlalu beremosi hingga tidak nampak apa yang ada di sekitarnya?

"Di-di mana?" tanya Tengku Afkar dengan nada perlahan menahan malu.

"Di belakang Pasar. Tanyakan sahaja tempat Umar, ramai orang-orang seperti Pak Samad pergi ke sana." jawab Mak Cik itu.

Tengku Afkar mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum segera berlalu ke arah pasar.

***

"Ini huruf ?" tanya Tun Haseen kepada kanak-kanak pasar.

"Alif." sahut mereka bersama.

"Ini?" Tun Haseen menunjuk pula kertas tulisannya yang ada huruf abjad hijaiyah 'ta' itu.

"Ba." jawab kanak-kanak tersebut.

"Salah. Baru kekanda langkah sehuruf sudah salah!" tegur Tun Haseen. Dia tersenyum-senyum melihat wajah kanak-kanak yang mula bingung sesama sendiri itu.

Tahulah Tun Haseen, kanak-kanak ini hanya hafal pada mulut sahaja dan tidak mengenali pun huruf-huruf yang mereka sebutkan itu. Hatinya dirundung perasaan pilu.

.
"Maaf bertanya, di manakah tempat Umar mengajar?" tanya Tengku Afkar kepada salah seorang penjual yang berada di pasar itu.

"Tempat Umar di hujung lorong ini. Tuan muda teruskan sahaja berjalan." jawab penjual itu.

Tengku Afkar berterima kasih lantas meneruskan langkahnya. Dia memgerutkan dahi, rasanya seperti dia pernah sampai ke lorong ini sebelum ini.

"Anak-anak, hantarkan semula kertas-kertas kalian. Jika ada sesiapa yang dapat menulis dengan baik, kekanda akan berikan sesuatu yang istimewa kepadanya," terdengar jelas  satu suara dari arah pondok kecil di situ.

Tengku Afkar menjenggukan lehernya melihat ke dalam pondok yang tidak berdinding itu. Tidak lama selepas itu, beberapa kanak-kanak bergegas turun dan berlari-larian bermain di bawah.

"Eh? Bukankah tuan hamba adalah pemuda yang sebelum ini?" kata gadis yang juga sama turun daripada pondok tersebut.

Tengku Afkar menoleh ke arah suara yang menegurinya itu. Senyum di bibirnya terukir manis.

- Bersambung -
Publish : 28 April 2018
Edited : 19 Nov 2018

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now