20: Nurin

863 84 3
                                    

Tun Abu Jabaar memencilkan matanya. Janggut putih diusap-usapkan.

'Bagaimana Tuanku Sultan boleh tahu akan keadaan kampung di timur dan selatan itu? Dan utusan ini daripada siapa? Bukankah semua utusan patik telah sekat melalui pembesar surat-menyurat itu,' gumam Tun Abu Jabaar.

Surat tidak rasmi yang ditulis di atas kertas kitar semula itu dibelek beberapa kali. Tiada tanda nama yang ditemuinya. Hanya bekas-bekas dakwat pena yang telah berkali-kali dibersihkan. Dan Tuanku Sultan membaca utusan buruk ini?

Tun Abu Jabaar mencebikan muka lantas mengepalkan kertas tersebut lalu dibuang ke atas lantai. Sakit rasa hatinya.

Tok-Tok!

"Ampunkan hamba, tun, Tuanku Permaisuri hendak masuk bertemu tun." beritahu suara pengawalnya dari luar.

Tun Abu Jabaar mengemaskan beberapa kertas pentadbiran di atas mejanya. Duduknya juga di betulkan, menghormati kedatangan Tuanku Permaisuri.

"Benarkan tuanku masuk." sahut Tun Abu Jabaar dari dalam.

Beberapa detik kemudian, pintu balai pejabatnya dibuka. Terpancul wajah gembira Tun Seri Jasmin.

"Tuanku, ada apa hendak berkunjung ke balai patik ini?" tanya Tun Abu Jabaar, cuba menggunakan bahasa rasmi dan wajar kepada kedudukkan tinggi taraf daripadanya.

"Anakanda beta telah pulang. Oleh itu, wajarlah kini kita mulai lagi rencana itu." kata Tun Seri Jasmin bersama wajah yang ceria.

Tun Abu Jabaar mengerutkan dahinya. Tengku Hamzaa? Hatinya berdetak tidak enak.

"Berapa lama sahaja anakanda tuanku itu pulang? Sekejap-sekejap, pasti akan keluar lagi mengembara." balas Tun Abu Jabaar.

Tengku Hamzaa memang seorang yang gemarkan kebebasan. Dia lebih suka mengembara keluar dari istana. Sukar baginya untuk mempengaruhi jiwa muda itu.

"Kali ini, beta akan pastikan agar anakanda beta itu tidak keluar lagi. Beta hendak mencarikan calon suri buatnya. Lebih cepat lebih baik, dan kita boleh mulai lagi rencana lama itu." jelas Tun Seri Jasmin sambil tersenyum sumbing.

"Lalu? Siapakah pilihan tuanku?" tanya Tun Abu Jabaar.

Cadangan itu sedikitpun tidak menganggu niatnya. Biarlah apa yang terjadi kepada Tengku Hamzaa, lama-kelamaan dia yang terakhir akan memiliki takhta itu dan buat selamanya. Desis hatinya.

"Inilah yang beta runsingkan. Beta tidak mahu memilih yang bukan-bukan. Kelak akan menyusahkan diri kita juga." jawab Tun Seri Jasmin.

"Patik ada anak saudara perempuan dari isteri patik. Anak yatim piatu. Mungkin tuanku boleh jodohkan mereka." cadang Tun Abu Jabaar sambil mengusap-usapkan janggut putihnya. Senyumannya meleret.

Wajah Tun Seri Jasmin kembali bersinar mendengarnya.

"Jika begitu, kenalkan kepada beta. Jikalau sebatang kara, lebih mudah untuk kita gunakan." ulas Tun Seri Jasmin bersama senyum sumbing di wajahnya.

"Baiklah, kelak patik akan beritahu kepada isteri patik."  Tun Abu Jabaar memberi persetujuan.

"Terima kasih, kekanda." ucap Tun Seri Jasmin seraya berundur daripada balai Tun Abu Jabaar.

***

"Nurin!"

Tersentak bahu gadis itu mendengar namanya dijerkah. Badannya mengigil sendiri.

Tun Munira, isteri kepada Tun Abu Jabaar bercekak pinggang memandang gadis selekeh di hadapannya ini. Dia berjalan menghentak kaki menuju ke arah gadis tersebut lalu meluku kepalanya.

"Apa yang kau telah lakukan kepada barangan-barangan aku? Mengapa hilang sebentuk cincin emas ku?" tanya Tun Munira menggunakan bahasa pasar yang kasar.

"A-ampun, ha-hamba ti-tidak ta-tahu." jawab Nurin dengan suara tergaguk-gaguk. Bahunya mengecil mendengar jeritan dari Tun Munira, ibu saudaranya sendiri ini.

"Mana kau jual? Pulangkan semula, pulangkan!" Tun Munira tidak henti-henti meluku kepala gadis buruk itu hingga Nurin terjatuh ke tanah. Wajahnya terkena air lumpur.

"A-ampun! Ham-hamba ti-tidak ta-tahu." Nurin mempertahankan dirinya dan meminta ampun berkali-kali. Namun tetap tidak dipedulikan oleh Tun Munira. Air matanya mengalir deras.

Dayang lain yang bekerja di rumah Tun Abu Jabaar hanya diam sahaja melihat situasi itu. Hendak ditegah, kemudian diri sendiri pula menerima padah. Kasihan pada Nurin, gadis yang mempunyai penyakit gagap berbicara serta anak yatim piatu.

"Biarkan sahaja gadis itu. Kelak kanda gantikan cincin yang baru." celah Tun Abu Jabaar yang baru pulang daripada Istana.

Tun Munira menghentikan perbuatannya dan berjalan pula menuju ke arah suaminya sambil tersenyum manis.

"Jika kekanda berkata lebih awal, dinda tidak akan susah-susah meluku gadis malang itu." ucap Tun Munira. Tangannya yang diguna untuk mengerjakan Nurin tadi segera dibersihkan. Seolah-olah berasa jijik sahaja menyentuh gadis itu tadi.

Nurin terkebil-kebil di tempatnya jatuh. Hatinya menahan tangis. Sampai hati ibu saudaranya melakukan hal ini kepadanya. Apa salah dirinya? Anak yatim piatukah? Kerana dia gadis gagukkah?

Terbuku dendam di hatinya mengenangkan sikap Tun Munira yang selalu sengaja mengerjakannya tanpa sebab yang kukuh. Hari ini dia dituduh mencuri cincin. Semalam dituduh menghilangkan pakaian Tun Munira. Entah esok apa lagi yang dipersalahkan kepadanya?

Dia menagis hiba sendirian. Kemudian bangkit. Kali ini dia telah nekad. Nekad untuk melarikan diri!

***

Nurin berjalan tanpa arah tujuan. Dia mundar mandir di sekitar belakang Istana. Harapannya agar kali ini dia diterima masuk sebagai dayang istana.

Hatinya gusar dan gundah. Umurnya tujuh belas tahun, sudah layak menjadi dayang istana. Siapa yang tidak mahu bekerja secara rasmi di dalam istana? Pakaian, makanan dan tempat tinggal semua cukup. Berbanding tinggal bersama saudara yang selalu menganiayai dirinya.

'Ya Ilahi, moga kali ini aku mendapat pekerjaan ini' doanya di dalam hati.

Sedang dia berjalan sambil berfikir. Nurin terlihat kelibat seseorang yang sedang menyusun tangga kayu hendak memanjat keluar dari istana!

"Penceroboh?"

Nurin segera berlari ke kawasan itu!

*

Tengku Afkar mengambil sebuah tangga kayu yang ringkas buatannya. Lalu disandar pada dinding istana. Hari ini dia terlalu bosan hingga merancang untuk keluar dari istana melalui jalan belakang!

Dia tersenyum-senyum sendiri memikirkan akalnya hari ini. Biar Awang Wadi menerima hukuman kerana telah berkali-kali menegahnya keluar daripada Istana.

Dia tengku mahkota. Mengapa perlu banyak mengikuti segala protokol? Lagipula dia keluar untuk bertemu rakyat. Apa yang salah?

Daripada menghadap wajah-wajah munafik pembesar yang angkuh dengan kekuasaan mereka, lebih baik saja menghadap wajah rakyat miskin yang ternyata lebih ikhlas!

Satu tingkat lagi, dan Tengku Afkar akan keluar dari sini.

"Na-nanti! A-apa ya-yang tu-tuan ha-mba la-kukan i-ini? Pe-penceroboh a-kan me-menerima hu-ku-man!" sapa satu suara.

Tengku Afkar mengerutkam dahi. Siapa lagi yang hendak menganggu rancangannya ini? Gadis gaguk?

"To-tolong! Di-di sini a-ada pe-pen-ceroboh!" jerit gadis itu secara tiba-tiba.

Tengku Afkar cepat-cepat turun semula daripada tangga dan segera menekup mulut gadis itu daripada terus bersuara. Kedengaran dari jauh beberapa suara pengawal Istana yang tercari-cari suara jeritan gadis ini tadi.

"Shuh! Diam! Kalau tidak, beta akan menghukum dayang dengan hukuman berat! Beta adalah tengku mahkota!" jelas Tengku Afkar dengan wajah bengis.

Nurin tersentak dan terkejut! Tengku Mahkota?

***
Bersambung
***
Terima Kasih. Komen. Vote.
19 Nov 2017
20 Nov 2018 20:24

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now