49 : Tetamu

725 60 6
                                    

Tun Abu Jabaar mengusap lembut janggut putihnya. Semakin hari rasa gelisahnya makin memuncak. Fikirannya sarat memikirkan rencana baru bagi meneruskan cita-citanya memburu takhta. Bibirnya berdecit memikirkan tindakan Permaisuri Tun Seri Jasmin. Sepatutnya adindanya itu telah turun takhta dan menerima hukuman! Bagaimanalah Tuanku Sultan masih memberikan peluang sedangkan dia telah memegang bukti kukuh?

Tok, tok! Tun Abu Jabaar tersedar dari lamunannya lantas membenarkan awang pengawal masuk ke dalam kamar.

"Ampunkan hamba menganggu jeda tuan hamba, akan tetapi tuan hamba ada tetamu istimewa yang berkunjung," beritahu Awang.

"Baik, suruh sahaja tetamu itu masuk," arahnya, walaupun dia tidak pasti siapa gerangan tetamu itu. Yang dia tahu, fikirannya benar-benar serabut.

Awang lantas mengangguk dan mempersilakan tetamu Tun Abu Jabaar itu masuk.

❇✳❇

"Cik muda, benarkah sayur ini hanya berharga satu keping wang perak?" tanya si pembeli.

Nurin tersipu-sipu apabila dirinya digelar 'Cik muda'. Rasanya belum pernah dia mendengar pujian sebegitu. Kembang kempis senyumnya, terasa diri mula berkeyakinan di situ.

"Cik muda?" Ya, mendengarnya saja cukup membuat hati rasa lebih gembira. Apatah lagi berada bersama-sama sang pujaan hati.

"Cik muda!" sergah si pembeli lagi selepas lama menunggu jawapan. Kepala digeleng perlahan melihat telatah si gadis itu. Senyum cuba disembunyikan.

"Ya-benar, hanya sekeping wang perak," balas Nurin.

"Baiklah, saya mahu beli sebanyak lima ikat," ujar si pembeli.

Nurin mengangguk lantas membungkuskan pesanan pembeli bersama daun pisang. Selesai berurus niaga, wang tersebut dikumpul ke dalam uncang besar.

"Tuan muda, adakah kambing-kambing ini masih boleh beranak pinak?" kali ini giliran jual beli Tengku Afkar pula.

"Saya jamin, kambing ini masih boleh beranak pinak lagi. Usia kambing-kambing ini pun masih muda, sekiranya kiraan tidak salah dalam setahun ini sudah boleh dilihat hasilnya. Jika Tuan hamba berkenan, saya jualkan kepada Tuan hamba sebanyak sepuluh keping wang emas." aju Tengku Afkar.

Lelaki yang berminat akan kambingnya itu meneliti keadaan kambing Tengku Afkar. Dia menggaru-garu dagunya.

"Jikalau saya lihat benar-benar, kambing yang betina itu seakan lebih berusia dari yang jantan. Bolehkah jika harganya dikurangkan?" tanya si pembeli.

"Tuan hamba, saya hanya tawarkan harga sepuluh keping wang emas ini kepada tuan hamba ... jika benar-benar tuan hamba mahukan kedua-dua kambing ini, saya tawarkan sembilan keping wang emas, bagaimana?" nampaknya rundingan telah dibuat.

"Lapan keping wang emas. Tuan muda, saya daripada kampung jauh ... lebihan wang emas ini saya mahu belikan makanan buat kambing ini pula," pujuk si pembeli lagi.

Tengku Afkar mengusap belakang rambutnya. Harga sudah murah, kambing masih muda, tambahan berisi lagi. Lagipula penatnya membawa kambing itu belum berbalas.

"Tuan muda, berilah kepada saya ... kasihan pada kambing saya yang hanya tinggal seekor selepas dicuri penyamun dua minggu lepas." beritahu si pembeli lagi.

"Baiklah, saya bagi tuan hamba harga sebanyak lapan keping wang emas," kerana belas kepada rakyat, Tengku Afkar mengizinkan kambing itu terjual murah.

"Terima kasih, tuan muda. Terima kasih," senyum si pembeli.

Uncang yang berisi wang emas lantas bertukar tangan. Tanpa banyak soal, dia jualkan sahaja kambing itu dengan harga yang murah. Mana tidaknya, sedari tadi dia berunding, belum ada yang benar-benar mahu membeli kambingnya itu. Kali ini dia relakan sahaja si lelaki berusia itu membelinya dengan harga yang murah.

"Akhirnya, kambing sudahpun terjual." dia melepaskan lelah.

"Ke-kanda, sayuran ini juga telah habis dibeli," beritahu Nurin. Terasa kelu lidah memanggil Tengku Mahkota bukan seperti kebiasaannya.

"Habis? Wah, lekas sungguh mereka membeli dari gadis cantik! Tak rugi kanda ajak dinda keluar," kata Tengku Afkar.

Nurin makin tersipu-sipu apabila dipuji cantik. Terasa panas kedua pipinya.

"Aku yakin itu dia! Tapi apa yang dia buat di situ? dengan pakaian seperti itu?" tanpa mereka sedari ada seseorang yang sedari tadi menjadi pemerhati. Lelaki itu lantas berlalu daripada pasar pekan. Perkara yang dilihatnya itu harus diberitakan.

❇✳❇

Tun Abu Jabaar membulatkan matanya melihat tetamu yang datang tanpa diundang itu.

"Buang padi simpan jerami,
Apakah hajat sampai kemari?"

Mata Tengku Hamzaa tajam merenung bapa saudaranya.

"Buah labu berdaun lebat,
Daun lebar dan rapat-rapat,
Patik datang bukan berdebat, tetapi mahu membawa hajat."

"Kail sejengkal dalamnya laut,
Mahu dipancing si ikan duyung,
Akal yang pendek jangan diikut,
Merana hati meroyan murung."

"Apakah Tun tidak kisah jika saudara kandung Tun bakal dihukum berat?" keras pertanyaan itu.

Tun Abu Jabaar menjongket bahu.

"Haa, apakah Permaisuri menghantar anakandanya menuntut bela? Meminta patik menyelamatkannya?"

"Patik hanya mahu bertanya, kerana Tun adalah satu-satunya saudara yang lebih memahami diri bonda,"

"Patik tiada masalah, bonda Tengku sepatutnya sedar diri ... Setelah cita-citanya telah tercapai, apakah dia pernah memikirkan nasib patik?" balas Tun Abu Jaabar.

"Tetapi bonda tidak pernah membelakangi Tun, malah bonda telah mencadangkan pelbagai jawatan untuk diberikan kepada saudara kandungnya!"

"Cck, cck, cck ... Tengku, patik selama ini cukup kagum akan diri Tengku yang selalu berada di luar istana. Tidak pernah peduli akan hal-hal di Istana, tidak mahu ambil alih takhta, malah tidak pernah mahu menjadi salah seorang pembesar. Patik juga pernah mendengar bahawa Tengku berharap untuk lahir menjadi rakyat biasa sahaja. Adakah baru hari ini Tengku mahu berubah fikiran?" Tun Abu Jaabar menguji anak muda di hadapannya ini.

"Benar, patik tiada cita-cita jika berada di dalam Istana ini. Tetapi kerana Bonda, patik mahu pertahankan apa yang patik miliki." balas Tengku Hamzaa.

Tun Abu Jaabar meleret senyum ke tepi bibir.

"Tengku sungguh berlembut hati, mana mungkin Tengku dapat memilih diantara bonda atau ayahanda Tengku."

"Kerana itu patik mahu Tun memberikan bantuan kepada patik,"

'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke dalam jerat jua;'


.
.
.

Akan bersambung, insya Allah.
❇️
892 pp
26 Oktober 2019
21:14
❇️

Terima kasih kerana masih setia membaca.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now