28: Bantuan

677 79 7
                                    

"Ampunkan patik mencelah Tuanku, tetapi, Tuanku tidak sepatutnya menghukum dayang ini tanpa usul periksa. Mungkin benar dia hanya menurut perintah!" Tun Haseen segera menapak dan membela gadis tersebut.

Mata Permaisuri Tun Seri Jasmin mencerlung tajam ke arah Tun Haseen. Dayang Nurin bertunduk menahan debar di dada. Siapa sangka tuanku permaisuri sebegini kelihatan murka kerana perbuatannya. Sakit di pipi kanannya ditahankan sahaja.

"Berani kamu mencelah beta? Sedangkan kalian tahu siapa beta!" suara Permaisuri Tun Seri Jasmin begitu tinggi menengking. Pandangannya berkalih pula kepada gadis yang mencelah perbuatannya tadi.

"Ampukan patik tuanku, tetapi tindakan tuanku tadi benar-benar tidak-"

"Beta ialah permaisuri, sewajarnya beta memberi hukuman kepada dayang yang melakukan kesalahan ini. Mengapa? Sudah terang lagi bersuluh hidangannya telah meracuni beberapa gadis yang lain. Jika beta tidak bertindak segera, kemungkinan kamu juga akan terminum air itu. Apa kamu fikir beta hanya bertindak mengikut fikiran cetek beta?" kata Permaisuri Tun Seri Jasmin.

Tun Haseen menelan liur pahit. Belum sempat dia habis bicara, tuanku permaisuri telah memberikan alasan wajar kepadanya. Ada benarnya juga kata-kata tuanku itu tadi. Jika tidak, pasti dia juga akan senasib seperti gadis-gadis yang lain.

Tetapi, melihat nasib gadis gaguk ini juga dia merasa kasihan. Sampai hati tuanku memalukan gadis ini dikhalayak umum. Bagaimana jika dia berkata yang benar? Ah, siapa pula yang benar dan salah sekarang ini? Tun Haseen jadi bercelaru.

"Sekarang, kamu balik sahaja! Beta tidak mahu kamu menjalani ujian ini." Arah Permaisuri Tun Seri Jasmin tanpa bicara lanjut. Senang hatinya dapat mengurangkan jumlah gadis untuk ujian kali ini. Lebih senang untuknya mencari siapa yang perlu dihapuskannya mengikut tilikan dukun Nek Piah.

Tun Haseen terpempan. Dayang Nurin juga terkejut akan titah tersebut. Pastinya gadis yang membelanya ini gadis yang baik. Tapi mengapa?

"Ta-tapi..."

"Pergi!" tengking Permaisuri Tun Seri Jasmin.

"Ampunkan patik, patik mengundurkan diri." Tun Haseen juga tidak mahu banyak bicara lagi. Titah permaisuri juga adalah yang harus ditaati oleh rakyat jelata sepertinya.

Perlahan-lahan kakinya melangkah meninggalkan kawasan ujian tersebut dijalankan. Berat langkah kakinya. Sama berat juga seperti langkah masuk pagi tadi. Keluhan beratnya terlepas keluar. Sia-sia sahajalah cita-citanya yang ditanam selama ini.

"Tu-tu-tunggu!" Dayang Nurin mengejar langkah gadis yang membantunya tadi.

Tun Haseen juga turut menghentikan langkahnya. Segera dia teringat akan rakyat yang dalam kesusahan.

"Tidak, patik tidak boleh putus asa!" Gumamnya. Segera dia kembali berpaling semula.

"Ci-cik mu-muda. Te-teri-ma ka-sih ke-kera-na mem-ban-bantu ha-haamba, te-tapi cik mu-da ja-jangan-lah pu-pu-lang da-hulu. Le-bih ba-ik cik mu-da te-terus-kan meng-ambil-bil uji-an ini. Haa-hamba ya-kin cik mu-da se-seorang yang ber-ha-hati mu-lia." ucap Dayang Nurin dengan penuh semangat.

Tun Haseen tersenyum memdengar kata-kata gadis itu. Tidak disangka gadis ini memujuk dirinya.

"Ya, sama-sama, patik akan mencuba sekali lagi." Balas Tun Haseen sambil tersenyum.

❈❈❈

"Bukankah beta telah membatalkan penyertaan kamu?" kata Permaisuri Tun Seri Jasmin. Keningnya bertaut. Mengapa lagi gadis ini masih di sini? Sedangkan dia telah mengusir keluar gadis itu?

Tun Haseen menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus lembut. Segala kekuatan dan keberaniannya cuba dikumpul kembali.

"Tidak ada salahnya jika dia ingin mencuba sekali lagi." ujar Tun Seri Dahlia yang turut mengadili ujian pemilihan tersebut. Dia sedari tadi hanya berada di dalam istana sahaja.

Permaisuri Tun Seri Jasmin mencebik wajahnya. Bosan dengan ketelusan dan ketelitian Tun Seri Dahlia ini. Jika kuasa pemilihan sepenuhnya ditangannya pasti dia akan memilih sesiapa sahaja yang ada tadi. Tidak perlu memikirkan apa akan terjadi kepada Tengku Mahkota sombong itu. Lagipula, dia sungguh yakin anakandanya yang pasti akan memiliki takhta kerajaan ini kelak.

Tun Seri Dahlia pula sangat teliti dalam pemilihan ini. Baginya, wasiat almarhum tuanku permaisuri Tengku Seri Kadziyah tidak boleh dipermainkan. Dia harus memilihkan Tengku Mahkota calon yang tepat bagi takhta permaisuri yang akan datang. Jika tidak pemerintahan negeri tidak akan sempurna, rakyat akan terkesan dengan sikap pemerintah, seperti yang berlaku sekarang. Permaisuri Tun Seri Jasmin hanya membatasi pergaulannya dengan rakyat daripada golongan bangsawan sahaja. Sedangkan rakyat yang lebih memerlukan adalah dari kalangan rakyat jelata yang miskin, yang bertungkus lumus membayar cukai tinggi yang telah ditetapkan oleh kekanda Tuanku permaisuri itu.

"Huh! Andai sahaja tuanku membenarkan beta memilih, sudah lama hari ini siap." sindir Permaisuri Tun Seri Jasmin.

Tun Seri Dahlia sekadar berdehem kecil sahaja. Sikap Permaisuri itu telah lali dipandangannya.

Tun Haseen menelan liur. Rasa gementar kembali menguasai dirinya. Permaisuri Tun Seri Jasmin memang terkenal dengan sikap sombong dan tamak. Dia juga seorang yang panas baran. Masih terngiang-ngiang lagi suara nyaring Permaisuri menghalau dirinya pagi tadi.

Tun Seri Dahlia pula seorang yang tegas tetapi ada juga lemah lembutnya. Sudah sepuluh tahun pertemuannya dengan wanita ini, mungkin sahaja dirinya tidak dikenali lagi oleh wanita tersebut.

❁❁❁

"Ke-kena-pa?" Dayang Nurin terkejut apabila kedua tangannya direntap kasar oleh dua orang pengawal istana.

"Dayang istana ini telah diadukan kerana cuba meracuni anak gadis bangsawan yang menghadiri ujian pada hari ini." ujar salah seorang dari pengawal istana tersebut.

"Ta-ta-pi-pi, ha-hamba cu-cuma ..." Dayang Nurin meronta-ronta cuba melepaskan dirinya.

Tiba-tiba datang beberapa orang gadis yang berpakaian cantik dengan wajah masam mencuka menuju kearahnya.

Salah seorang gadis tersebut bertindak menarik kasar rambutnya. Pengawal istana terpaksa melepaskan kedua tangannya tanpa membantu dirinya. Kini dayang Nurin menghadapi hukuman oleh beberapa orang gadis tersebut pula.

Ada yang mencubit-cubit mukanya. Ada yang mencengkam kuat bahunya dengan kuku yang diasah tajam. Malah ada juga yang tanpa belas kasihan menolak tubuhnya ke tanah kemudian dipijak-pijak betis Nurin. Sakit, cukup sakit. Mungkin inilah yang dirasai mereka setelah terminum air yang dihidanginya tadi.

'Tapi mengapa tuanku? Ah, mungkinkah tuanku juga sedang mempermainkan kepercayaannya?' rintih Nurin di dalam hatinya. Tangisan hatinya menahan kesakitan tiada siapa yang mendengar.

"Aku belum puas lagi! Kurang ajar benar gadis ini. Dasar rakyat miskin tidak tahu diuntung setelah bekerja di dalam Istana. Huh!" Herdik salah seorang gadis itu sambil menarik-narik rambutnya.

Nurin sudah terkulai layu tidak dapat melawan kudrat gadis-gadis tersebut. Lagipula, semakin dilawankan, semakin dia yang akan dipersalahkan. Dirinya hanya berserah sahaja. Darah pekat yang mengalir dipakaiannya dibiarkan sahaja menahan sakit.

"Berhenti! Apa yang kalian semua lakukan kepadanya?" jerit satu suara.

Nurin mencuba mengangkat wajah melihat gerangan suara itu. Malangnya pandangannya kabur.

Beberapa orang anak gadis bangsawan itu mula berundur dua tiga tapak. Masing-masing terkulat-kulat ketakutan.

"Te-tengku..."

❁❈❁❈❁❈❁
Bersambung...
❁❈❁❈❁❈❁

Yuhuu~ maaf lambat update, penulis sedang menghadapi writer block. Hohoo.

Special for Rasya_18 sebab setia bertanyakan update. Hehee~

Akhir kata, selamat tahun baru 2018. Mudah-mudahan siaplah karya ni dalam tahun ini. Insya-Allah.

~Terima kasih~
❈Selamat Tahun Baru❈

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now