41: Sahabat Lama

718 72 5
                                    

"Inikah Istana Bukit Naura? Wah, indah sungguh pemandangannya!"

Tengku Hamzaa begitu teruja melihat sebuah Istana indah yang tersembunyi di dalam hutan tebal dan berada di atas kawasan tanah tinggi itu.

"Jemputlah masuk, Tengku ..." pelawa Pak Hamid selaku penjaga istana itu.

Tengku Hamzaa mengikuti jejak lelaki tua itu. Mujurlah dia bertemu lelaki ini di kaki bukit, jika tidak, dia pastinya sesat di dalam hutan. Tengku Hamzaa semakin teruja masuk ke dalam istana itu. Matanya meneliti ukiran dan suasana di dalamnya.

Pak Hamid menurunkan kayu kayan dari belakangnya. Usai mempersilakan Tengku putera itu masuk, dia menuju ke arah dapur di mana tempat isterinya berada.

"Buatkan air untuk tetamu kita itu, jika ada makanan berikan juga," ujarnya.

"Baik, abang ... tetapi siapakah tetamu kita? Patik tidak tahu pula jika kita akan menerima tetamu," Mak Jiah bertanya. Dahinya berkerut-kerut sambil tangan tangkas menyiapkan jamuan untuk tetamu.

"Haa, Tuanku Sultan menghantar lagi seorang puteranya ke mari."

"Tengku putera?"

"Benar ... kali ini putera Tengku Hamzaa. Putera sulung baginda yang tidak menaiki takhta. Entah mengapa patik merasa tidak sedap hati pula. Kedatangannya juga hanya bersendiri tanpa pengawal." terang Pak Hamid. Wajahnya semakin serius memikirkan hal kedatangan tetamu itu.

"Wah, cantik benar ukiran kayu kayan di sini! Padanlah Tuanku suka berlama-lama di sini." Tengku Hamzaa tersenyum panjang melihat suasana di dalam Istana Bukit Naura itu. Jika melihat keluar, hamparan bunga-bungaan mekar menghiasi laman istana. Jika masuk ke dalam pula, ukiran utuh tiang dan dinding istana begitu memukau pandangan.

"Hoi, kamu siapa? Siapa yang membenarkan kamu masuk ke sini?"

Tengku Hamzaa menoleh ke arah suara yang menyapanya itu. Dia kemudian tetap tersenyum kepada dua orang tengku yang dikenalinya itu.

"Apa khabar Tengku Nadhir, Tengku Eijaz?"

Tengku Nadhir dan Tengku Eijaz berpandangan tidak mengerti. Mereka berdua langsung tidak ingat jikalau mereka mengenali pemuda yang menyebut nama mereka itu. Pemuda itu diperhatikan daripada bawah hingga ke atas.

"Khabar baik ... tetapi, patik tidak pernah ingat jika patik mengenali tuan hamba?" kata Tengku Nadhir.

Tengku Eijaz turut menganggukan kepala.

Tengku Hamzaa tersenyum lagi.

"Benar ... tuan hamba berdua tidak mengenali patik, tetapi patik mengenali tuan hamba berdua."

Tengku Nadhir semakin keliru mendengar kata-kata pemuda itu.

"Jika tuan hamba benar-benar mengenali patik berdua ... nyatakan, siapa Tengku Nadhir dan siapa Tengku Eijaz?"

Tengku Hamzaa tertawa kecil.

"Patik telah lama mengenali kalian. Sebelum kalian ke mari lagi. Jika patik tidak tersalah ... yang tetap berdiam itulah Tengku Eijaz dan yang banyak bertanya inilah Tengku Nadhir." jawabnya dengan tenang.

Tengku Nadhir dan Tengku Eijaz terkejut mendengar jawapan tepat yang diberikan oleh pemuda itu.

"Lalu, tuan hamba pula siapa?" tanya Tengku Nadhir.

"Patik bernama Hamzaa .., dahulunya kita pernah bertemu semasa masih kecil. Pastinya tengku berdua telah lupa sehingga tidak mengenali patik lagi." jawab Tengku Hamzaa.

17 tahun yang lalu ...

"Bonda ... isk, isk, ayahanda ... isk, isk,"

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now