27: Bertemu

734 84 3
                                    

Tun Abu Jabaar memencilkan matanya! Wajah isterinya, Tun Munirah dipandang seolah-olah ingin dibaham.

"Ampunkan dinda, kanda." Tun Munirah terketar-ketar meminta maaf kepada suaminya.

"Sudah berapa lama gadis itu hilang?" tanya Tun Abu Jabaar dengan nada suara yang tinggi. Laungannya mengejutkan pembantu rumahnya yang berada di sekitar kediamannya itu.

Masing-masing mereka berpandangan sesama sendiri. Ada yang bergeleng kepala. Jika Tun Abu Jabaar sudah meninggi suara seperti itu, pastilah hal tersebut sangat penting umpama sebuah masalah besar kerajaan negeri.

Tun Munirah terhinjut dengan jerkahan itu. Mulutnya terkumat-kamit membacakan azimat agar suaminya kembali tenang.

"Sudah hampir seminggu. Sudah puas dinda meminta awang kita mencarinya, entah di mana perempuan itu bersembunyi, menyusahkan sahaja!" balas Tun Munirah.

"Seandainya dinda bertemu dengannya, lunyai dia dinda kerjakan!" Tun Munirah siap mengepal-ngepal tangannya sambil mulutnya berkumat-kamit, geram!

Tun Abu Jabaar menjeling wajah isterinya itu. Benar-benar menyusahkan! Jika tidak kerana isterinya yang suka-suka menyakiti gadis itu, pasti gadis itu tidak lari kemana-mana.

❁❈❁

Tun Hassen resah gelisah. Duduknya jadi semakin tidak senang. Ramai rupanya anak-anak bangsawan yang menghadiri ujian pemilihan ini. Terdapat ramai yang berpakaian cantik-cantik belaka.

Kebaya berwarna terang menjadi pilihan gadis-gadis tersebut. Sarung tenunan juga seperti corak buatan Pasai ataupun Siam. Kebanyakannya cantik dan berseri-seri. Maklumlah, hendak menghadiri ujian menjadi puteri mahkota.

Jika bejaya keperingkat seterusnya, layak menjadi calon isteri serta merta juga menjadi calon permaisuri negeri ini. Siapalah yang tidak mengimpikan takhta tersebut?

Tun Haseen memerhatikan dirinya. Keluhan hampa terlepas buat kesekian kalinya. Dia hanya memakai kurung istimewa daripada kepunyaan almarhum bondanya. Baju kurung berwarna putih krim serta sarung tenunan dari negeri sempadan. Kelihatan biasa sahaja, tetapi ...

"Wah, lihat anakanda ini. Sangat cantik seperti bonda, seperti saat pertama kali ayah bertemu dengannya." puji Tun Abdul Rasyid apabila melihat Tun Haseen mengenakan pakaian peningalan almarhum isterinya itu.

Tun Haseen tersenyum mengenangkannya. Sekurang-kurangnya, keyakinannya tidaklah terlalu kurang pagi ini.

❁❈❁❈❁

"Dikalangan gadis yang hadir pada ujian tersebut, salah seorangnya perlu dihapuskan. Jika terlambat, anggap sahaja takhta ini tidak akan menjadi milik kalian!"

Permaisuri Tun Seri Jasmin mengigit bibirnya sendiri. Kata-kata dari bomoh wanita yang biasa dia dan Tun Abu Jabaar temui itu menyesakkan fikirannya.

'Siapa?' soalnya sendirian. Barisan anak gadis yang menunggu giliran demi ujian ini juga tersangat panjang! Huh? Mengapa susah benar pemilihan kali ini? Sewaktu dahulu semasa dia dan almarhum permaisuri sebelumnya, tidaklah begitu ramai anak gadis dari golongam bangsawan! Entah mengapa keturunan kali ini ramai pula anak gadisnya.

❁❈❁❈❁❈❁

"Dayang!" panggil Tengku Afkar.

Nurin yang sedang menyapu bahagian balai tamu istana Tengku Mahkota itu segera menoleh.

" Y-ya, tu-tuan-ku."

Tengku Afkar dengan senyum nakalnya memberikan sesuatu kepada Nurin. Bungkusan uncang bersaiz kecil itu dihulurkan kepada gadis itu.

"Tolong buatkan air ini kepada gadis-gadis yang beratur di hadapan sana. Katakan beta memberikan minuman istimewa ini kepada mereka." ucap Tengku Afkar.

Nurin termangu seketika. Tetapi segera dia mengangguk. Mana mungkin dia ingkar perintah tengku mahkota ini. Segera dia meningalkan penyapunya dan bergegas ke ruangan dapur istana.

Tengku Afkar ketawa mengekek. Sakit pula hatinya melihat keramaian gadis-gadis yang beratur panjang itu. Apa mereka fikir tanggungjawab menjadi puteri mahkota adalah sesuatu yang mudah? Bagaimana kelak jika menjadi permaisuri pula? Jika sekadar hendak memiliki takhta besar seperti itu, sangatlah tidak berguna kepadanya!

Tahulah mereka siapa beta kelak! Ejeknya di dalam hati. Tengku Afkar berjalan sambil tersenyum sunging mengenangkan apa yang bakal terjadi tidak lama lagi.

Tiba-tiba kakinya tersandung pula pada batang penyapu yang diletakkan Dayang Nurin di hadapannya. "Ish!"

Mujur sahaja dia tidak tersungkur jatuh menyembah lantai. Jika tidak, malu besarlah dirinya.

❁❈❁❈❁

Nurin berjalan berhati-hati mengagih-agihkan minuman buatannya. Wangi sungguh bau serbuk minuman yang diberikan oleh Tengku Mahkota itu tadi. Dia sendiri rasa hendak meminumnya, tetapi tugasannya belum selesai lagi.

Satu-persatu cawan-cawan tersebut diambil dan diminum oleh gadis yang menghadiri ujian pemilihan ini. Nurin sedaya upaya memberikan senyuman manisnya. Walaupun ada beberapa yang mengherdik dirinya kerana berbicara gaguk.

"Ceh! Gadis inilah dayang kepada tengku mahkota? Mengapa tuanku kita diberikan gadis kelihatan bodoh dan gaguk ini?"kata salah seorang anak gadis bangsawan yang menghadiri ujian tersebut.

Nurin sekadar berdiam. Malas hendak dibalaskan, lagipula dia juga yang salah jika melawan anak-anak bangsawan itu.

Nurin terus menghulurkan satu-persatu cawan yang berisi air itu kepada gadis yang beratur panjang.

Tiba-tiba,

"Siapa yang membenarkan Dayang memberikan minuman ini?" tanpa amaran, tiba-tiba sahaja tangannya direntap kasar! Nurin terhinjut dan terkejut besar, wajah wanita di hadapannya bengis melihatnya.

Permaisuri Tun Seri Jasmin segera menarik tangan gadis yang menghidangkan air madu bercampur sula itu. Sedari tadi, beberapa gadis yang di hadapan menghadapi kesulitan apabila terpaksa keluar kerana sakit perut.

Apabila ditanyakan, dia terlihat gadis ini sedang mengagihkan minuman tersebut! Apa rencana dayang dari istana tengku mahkota ini?

"A-am-pun, i-ini a-ada-lah hi-hidang-an dari teng-ku-ku mah-mah-kota sen-diri. Pa-tik ha-nya meng-hidang-nya se-seper-ti diarah-kan." jawab Nurin.

Permaisuri Tun Seri Jasmin segera menarik kasar tangan Dayang tersebut. Ditariknya daripada barisan panjang tersebut.

"A-ampun-kan pa-patik, sa-sa-sakit." rintih Nurin.

Tun Haseen yang berbaris di belakang merasa kasihan melihat Dayang yang diheret tanpa belas itu. Segera dia menapak di hadapan. Gadis-gadis lain hanya buat-buat tidak peduli. Masing-masing gerun melihat wajah bengis Permaisuri Tun Seri Jasmin.

"Berani kamu menganggu ketenteraman acara hari ini? Mula hendak memberontak?" herdik Permaisuri Tun Seri Jasmin.

"Ti-tidak, a-ampun-kan-kan ham-ba, ha-ham-ba ti-tidak ta-tahu." ucap Nurin sambil menahan tangis.

Pang! Permaisuri Tun Seri Jasmin menampar kuat pipi dayang Nurin.

Nurin terpempan. Pipi kanannya terasa pijar. Mulutnya kebas. Terasa ada air pekat yang mengalir keluar dari bibirnya.

"Ampunkan patik mencelah Tuanku, tetapi, Tuanku tidak sepatutnya menghukum dayang ini tanpa usul periksa. Mungkin benar dia hanya menurut perintah!" Tun Haseen segera menapak dan membela gadis tersebut.

Mata Permaisuri Tun Seri Jasmin mencerlung tajam ke arah gadis yang cuba menghalangnya.

❁❈ Bersambung ❈❁

Terima kasih sudi baca. Komen dan Vote.
Jika terdapat kesalahan penulisan atau penceritaan, sila beri tunjuk ajar.
♡Terima Kasih♡

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now