22: Jampi

771 81 7
                                    

"Bagaimana kali ini?" tanya Tun Abu Jabar dengan nada serius. Wajahnya berkeriut ingin tahu sesuatu dengan segera.

Dukun wanita yang sedang mengasap kemenyan bersama limau nipis itu tetap terkumat-kamit dengan bacaannya. Mata tuanya mulai merah saga. Bibir matanya hitam, dari sebalik kepulan asap.

"Tahun ini adalah tahun yang sesuai bagi tuan hamba. Lakukan sahaja apa yang telah tuan hamba rancang selama ini. Dengan kekuasaan ku, tuan hamba sekalian akan memilikinya." jelas wanita itu dengan suara yang sedikit parau.

Tun Abu Jabaar tersenyum gembira. Matanya mulai bersinar.

"Jika begitu, patik tidak akan sia-siakan tahun ini." ucap Tun Abu Jabaar.

"Tapi," tiba-tiba wajah wanita itu mula berkeriut kembali. Mulutnya juga terkumat-kamit dengan laju.

Tun Abu Jabaar tersentak seketika dan kembali menunggu.

"Ada dua bulan, ada dua bintang,
Satunya di malam kelam;
Mencari-cari satu peluang,
Agar bendahara muram." ucap wanita itu.

Dahi Tun Abu Jabaar mulai berkerut. Siapa lagi yang ingin menewaskannya? Soalnya di dalam hati.

"Usah kanda bimbangkan hal yang itu. Yang sudah kita ketahui sudah cukup bagus." sampuk Permaisuri Tun Seri Jasmin yang juga turun berada di sana.

"Nek Piah, bagaimana nasib anakanda beta? Adakah sesuai jika dia dinikahi dalam tahun ini?" tanya Tun Seri Jasmin dengan perasaan terujanya. Jika sesuai, maka anakandanya itu juga layak menaiki takhta.

"Anakanda tuanku sungguh bertuah. Tahun ini hasratnya bakal tercapai." jawab Nek Piah, dukun ilmu hitam yang terkenal di negeri itu.

Namun kewujudannya dirahsiakan. Hanya sebagai lagenda. Tidak ramai yang mengetahui kewujudan sebenarnya. Hatta Tuanku Sultan sendiri. Peluang ini sangatlah digunakan oleh Tun Abu Jabaar serta kerabaatnya. Mereka menemui Nek Piah dahulu selepas dibuang daerah oleh Sultan Al-Maisur yang ketiga kerana menggunakan ilmu hitamnya di dalam istana.

Dari situ, Nek Piah yang juga berdendam kepada kerabat di-Raja, dengan mudah memberikan khidmatnya kepada kerabat Tun Abu Jabaar pula.

Inilah puncanya Tuanku Sultan mempunyai penyakit misteri. Demi mengukuhkan kekuasaan ilmu hitamnya, salah satu ahli kerabat itu perlu di'kerja'kannya. Tidak boleh dibunuh serta merta, kerana akan merosak amalannya.

Kematian Tuanku permaisuri, Tengku Anggerik Mawarni dan Tun Sallahuddin pula adalah hasil daripada racun bisa buatannya daripada air mayat dan beberapa tumbuhan beracun. Minuman itu adakalanya bertindak pantas, dan adakalanya bertindak lemah mengikut kesesuaian dalaman badan si peminumnya.

Rancangan bersama Dukun Nek Piah dan Tun Abu Jabaar sangat diatur teliti. Hampir setiap purnama mereka menilik nasib bagi melihat takhta itu bakal menjadi milik mereka.

Tun Seri Jasmin sudah tersenyum-senyum memikirkan akan nasib anakandanya yang bakal tercapai tahun ini. Sudah lama dia mengimpikan takhta sultan itu menjadi milik Tengku Hamzaa.

Tun Abu Jabaar pula masih berfikir-fikir akan pesanan Nek Piah yang tadinya. Bagai ada tentangan yang akan dihadapinya. Namun tidak lama dia tersenyum pula. 'Ah, hanya tentangan terakhir sahaja sebelum patik duduk tetap di atas singgahsana itu.' desis hatinya. Senyumannya meleret sampai ke telinga.

...

"Ehem!" Tegur Tengku Afkar kepada seorang gadis.

Tun Haseen yang sedang mengemaskan pondoknya sedikit tersentak akan teguran itu. Dia pantas menoleh dan melihat gerangan siapakah yang meneguri itu?

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now