34: Kesilapan Permaisuri

813 76 9
                                    

Tun Abu Jabaar mundar mandir di sekeliling kamarnya. Janggut putihnya diusap-usapkan perlahan. Di dalam fikirannya masih terbayang-bayang wajah gadis yang berada di Istana Tengku mahkota itu tadi.

"Aku seperti pernah melihat wajah itu ..," ujarnya bekali-kali. Akan tetapi ingatannya tetap masih tidak jelas.

Tok-tok! Bunyi ketukan pintu pada kamarnya menghentikan perbuatan Tun Abu Jabaar.

"Ampunkan hamba, Tun. Tuanku permaisuri telah tiba dan menunggu." kata seorang awang pengawalnya.

Tun Abu Jabaar segera membuang jauh-jauh perkara di mindanya tadi. Kakinya segera di langkahkan ke arah balai tamu rumahnya.

Permaisuri Tun Seri Jasmin dilihatnya sudah pun duduk dan sedang dilayani oleh isterinya, Tun Munirah.

"Ampun tuanku. Jemput minum air teh yang patik tempah dari negara Josoen ini." kata Tun Munirah kepada adik iparnya ini. Senyum lebar Tun Munirah di hadapan Tuanku permaisuri ini.

"Humm ... di mana kekanda Jabaar?" soal Permaisuri Tun Seri Jasmin acuh tak acuh. Wajahnya sengaja dimasamkan kepada wanita di hadapannya, memandangkan dia punya status tinggi.

"Mengapa tuanku permaisuri berada di luar Istana pada waktu malam? Bukankah peraturan Istana kembali terikat setelah kemangkatan permaisuri terdahulu? Apakah tuanku tidak tahu akan bahaya pada waktu malam-malam ini?" kata Tun Abu Jabaar dengan nada tegasnya.

Sampai sahaja di balai tamu rumahnya, dia terus duduk bersila di sebelah isterinya itu. Permaisuri Tun Seri Jasmin mendecit halus akan teguran tersebut.

"Ceh, dinda ada di dalam atau di luar Istana, sekalipun Tuanku sultan tidak ambil tahu. Baginda hanya tetap di sisi si perempuan perampas itu. Lagi-lagi pada waktu ini, hampir setiap masa Tuanku sultan berduaan bersama perempuan itu." balas Permaisuri, mulutnya memuncung ke hadapan.

Menyesal pula dia membuat wanita itu sakit. Jika tidak, pasti Tuanku sultan berada di gengamannya saat ini. Giginya digetap kuat.

Tun Abu Jabaar memandang wajah Permaisuri Tun Seri Jasmin yang kelihatan cemburu itu. Kemudian dia menoleh pula kepada isterinya.

"Apa dinda sudah memaklumkan hal ini kepada Nek Piah?" suara Tun Abu Jabaar rendahkan agar tiada siapa yang menghendap bicara lanjut mereka.

Permaisuri Tun Seri Jasmin terkulat-kulat mendengar soalan itu. Mana mungkin dia mahu memberitahu hal tersebut, kerana dia telah melanggar arahan wanita sihir itu.

"Mengapa diam?" tanya Tun Abu Jabaar. Dia mulai berprasangka kepada adindanya sendiri.

"Erm ... sebenarnya, dinda ..." perasaan takut-takut mula bersarang di hati Permaisuri Tun Seri Jasmin. Baru sekarang dia rasa menyesal kerana tidak mengikuti arahan daripada penasihat penting mereka itu. Akibatnya, tuanku sultan sentiasa berada di sisi Tun Seri Dahlia pula.

"Sebenarnya dinda telah melanggar aturan Nek Piah?" teka Tun Abu Jabaar.

Permaisuri Tun Seri Jasmin terpaksa mengangguk. Tun Abu Jabaar dan Tun Munirah mengeluh hampa.

"Bukankah dinda sudah tahu akibat jika kita melanggar aturan itu? Mengapa dinda buat lagi? Sekarang usaha kanda bakal menjadi sia-sia kerana dinda!" tiba-tiba saja Tun Abu Jabaar naik angin serta berang.

Terhinjut bahu Permaisuri dan isterinya mendengar suara lantang tersebut. Tangan Tun Abu Jabaar juga tiba-tiba membuang segala perkakasan minuman di atas meja. Bertambah panas rasa hatinya.

Sememangnya sikap Permaisuri Tun Seri Jasmin tidak pernah berubah. Sering tidak sabar dan tiba-tiba melanggar aturan rancangannya. Jika adindanya itu tidak berubah, bilakah masanya dia akan menaiki takhta idamannya itu? Sedangkan masanya telah semakin suntuk dimamah usia! Tun Abu Jabaar mendengus kasar.

"Ka-kanda ..." Permaisuri Tun Seri Jasmin sudah ketakutan melihat wajah bengis kekandanya itu.

Tun Munirah juga berundur dua tiga tapak ke belakang.

"Sekarang juga dinda pergi kepada Nek Piah. Nyatakan kesalahan itu kepadanya, dan minta dia betulkan semula rancangan ini. Jika perlu dinda melutut, dinda harus melutut! Jika perlu berkorban, korbankan apa saja! Kanda tidak mahu rancangan ini gagal lagi kerana dinda." tegas suara Tun Abu Jabaar. Dia segera berlalu ke kamarnya dengan perasaan amarahnya.

Tun Munirah memandang Tuanku permaisuri yang kelihatan pucat. Sungguh jika suaminya sudah naik angin, sesiapa pun pasti akan merasa gentar.

Permaisui Tun Seri Jasmin mengangkat wajah. Kedua tangannya nyata bergetar. Tun Munirah sudah membuntuti langkah Tun Abu Jabaar. Perlahan-lahan dia juga mula membawa langkahnya keluar daripada kediaman Tun Abu Jabaar.

Keadaan waktu malam semakin mencengkam di seluruh tubuhnya. Namun dia harus segera berjumpa Nek Piah bagi memperbetulkan kesilapan besarnya ini. Gara-gara dia meracuni Tun Seri Dahlia menggunakan ubat untuk Tuanku Sultan, dua insan itu pula sentiasa berdamping. Rancangan mereka juga turut terjejas, kerana kesihatan Tuanku sultan semakin pulih.

❀❁❀❁❀

"Apa lagi yang Seri Dahlia renungi itu?" tanya Tuanku Sultan.

Tingkap kamar di bilik Tun Seri Dahlia segera ditutup bagi menghalang angin malam terus memasuki ruangan itu.

Tun Seri Dahlia tersenyum hambar. Entah mengapa dia terasa seakan semakin lelah dengan dirinya saat ini. Sesak di dalam dadanya juga seakan makin mencengkam pada malam hari.

"Seri Dahlia berbaringlah, beta akan menemani lagi pada malam ini." ucap Tuanku sultan. Tun Seri Dahlia menurut serta berbaring di sisi anakandanya, Tengku Adwan.

Tuanku Sultan mula menarik selimut serta membaluti tubuh Tun Seri Dahlia dan Tengku Adwan.

"Tuanku, bagaimana dengan tuanku permaisuri? Sudah hampir setiap malam tuanku di sini. Patik bimbang jika Tuanku permaisuri juga memerlukan Tuanku di sisinya." kata Tun Seri Dahlia. Jika dia kirakan hari, sudah lebih seminggu Tuanku Sultan menemaninya. Pasti Tuanku Permaisuri merasa murka kepadanya.

"Hal permaisuri, usahlah Seri Dahlia fikirkan. Beta tahu siapa yang lebih memerlukan beta sekarang. Lagipula Seri Dahlia senantiasa ada semasa beta gering. Kali ini biar beta pula yang menemani," balas Tuanku Sultan.

Tun Seri Dahlia tersenyum tipis. Hatinya berasa sedikit lega. Biarpun badannya tidak sihat, sekurangnya hatinya berasa tenang.

❁❈ Bersambung ❈❁

Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf sebab lambat update. Saya cuba sedaya, Insya Allah.

Promote ;

Ingatkan Dia

Daripada penulis ; JuneZaidi
*terdapat pelbagai lagi karya menarik beliau. Jemputlah ke profil penulis. \(^o^)/

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now