38: Sepatu

622 69 4
                                    

"Se-selamat pagi, tuanku," ucap dayang Nurin. Pagi-pagi lagi dia telah siap membersihkan kawasan istana Tengku Mahkota, kecuali kamar beradu.

Tengku Afkar tersenyum mendengar tutur gadis itu. Semakin lama berlatih, semakin baik pertuturan Nurin didengarinya.

"Hari ini beta ingin ke luar kota lagi. Tolong rahsiakannya seperti biasa ya." pesan Tengku Afkar.

Dayang Nurin sekadar mengangguk. Sebagai balasan upahan kepada tok guru Tun Ali, apa sahaja rahsia Tengku Afkar semua dia akan simpan tanpa memberitahu Awang Wadi.

Tengku Afkar tersenyum lega. Usai mengambil beberapa sarapan yang disediakan, dia terus melalui kawasan jalan rahsianya. Jalan yang dipenuhi dusun buah-buahan itu menjadi laluan rahsia Tengku Afkar untuk keluar daripada istana.

Sebelum Awang Wadi sampai memberitahu akan segala titah ayahandanya, dia segera berlalu. Pasti kali ini dayang Nurin dapat memberikan alasan yang munasabah lagi untuknya.

❇✳❇✳

"Tuanku keluar lagi?" soal Awang Wadi kepada dayang Nurin. Namun gadis itu pantas menggeleng.

"Bu-bukan. Tu-tuanku ke Ta-man Se-seroja." sangkal Nurin. Berdebar-debar dadanya membohongi pengawal peribadi Tengku Afkar ini.

Awang Wadi mengaru kepalanya yang tidak gatal. Satu senyuman hambar terukir di bibirnya. Tahulah dia bahawa gadis di hadapannya ini sedang berbohong atas arahan Tengku Mahkota.

✳❇✳❇✳❇

"Awal benar anakanda mahu ke pekan hari ini?" tanya Tun Abdul Rasyid kepada anaknya itu.

"Haseen mahu membeli sepatu baru. Sepatu Haseen ini telah lama dan koyak. Malu pula jika di bawa masuk ke Istana esok hari." ujar Tun Haseen.

Tun Abdul Rasyid tersenyum bangga. Pandai juga anak gadisnya itu mahu berhias sambil berjimat.

"Sepatu bagaimanakah yang ingin Haseen cari?" duga Tun Abdul Rasyid.

Tun Haseen berfikir sejenak.

"Mungkin sepatu kain seperti ini. Lebih murah, ringan dan berguna." balasnya.

Tun Abdul Rasyid tersenyum lagi. Dia kemudian masuk ke dalam kamarnya dan membawa keluar uncang berwarna merah.

"Ini, khas untuk Haseen beli sepatu baru." uncang merah itu dihulurkan kepada anaknya.

"Tidak mengapa ayah. Haseen juga ada wang sendiri untuk membelinya." ujar Tun Haseen.

"Ini memang ayah simpankan untuk Haseen. Selama ini ayah sudah memberinya, tetapi Haseen selalu menolak. Kali ini, ayah tidak mahu Haseen menolak. Wang ini, tanggungjawab ayah kepada anaknya. Selagi anak perempuan belum bernikah, seorang ayah bertanggungjawab kepada keperluan anaknya. Ambillah ini ... manalah tahu kelak ayah tidak lagi bertanggungjawab kepada Haseen lagi." ujar Tun Abdul Rasyid panjang.

Tun Haseen jadi serba salah. Akhirnya uncang yang dihulurkan itu dicapai jua.

"Maafkan Haseen kerana terleka berusaha sendiri tanpa memikirkan perasaan ayah." ucap Tun Haseen. Sungguh dia terlupa bahawa dirinya masih di bawah tanggungjawab orang tuanya ini.

"Sudahlah, ayah telah maafkan. Haseen bergeraklah ke pasar. Belikan sepatu yang paling cantik dan mahal untuk Haseen pakaikan ke Istana esok hari."

"Baik ayah, terima kasih." Tun Haseen tersenyum lega. Langkah kakinya dengan ringan berjalan menuju ke arah jalan ke pasar.

"Sama-sama." Tun Abdul Rasyid tersenyum melihat kelibat anak gadisnya yang berjalan kaki menuju ke pasar. Air mata yang bergenang ditepis daripada jatuh berjuraian. Doanya agar anaknya itu kuat dan berani menempuhi masa hadapannya kelak.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now