17: Senyuman

821 93 6
                                    

Tun Haseen mengemaskan kertas-kertas yang diterimanya daripada kanak-kanak yang diajarinya. Keluhan kecil terlepas dari bibir kecilnya.

Kasihan kanak-kanak miskin ini. Tidak berpeluang merasai sekolah yang sebenar.

Mujurlah ayahandanya mencadangkan agar dia membuka pondok kecil di sini bersama Umar. Mengajarkan kanak-kanak yang tidak berkemampuan belajar mengenali huruf, membaca, menulis dan mengira sesuatu yang ringkas.

Dia dengan senang hati ingin membantu, sementara menunggu kanak-kanak ini diberi peluang untuk masuk ke sekolah yang sebenar kelak.

Tun Haseen melangkahkan kakinya untuk turun daripada pondok sederhana tanpa dinding itu.

"Eh? Bukankah tuan hamba adalah pemuda yang sebelum ini?" sapa Tun Haseen apabila terlihat seseorang yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Tengku Afkar menoleh ke arah suara yang menegurinya itu. Senyum di bibirnya terukir manis.

"Apa yang tuan hamba inginkan hingga tiba di hujung sini?" tanya Tun Haseen sambil menuju ke arah di mana pemuda itu berdiri.

"Patik mencari tempat Umar mengajar." jawab Tengku Afkar.

"Oh? Jika demikian, di sinilah tempat yang benar. Apa yang tuan hamba ingin pelajari?" tanya Tun Haseen lagi.

"Bukan! Patik mencari Pak Samad. Kata seorang Mak cik, Pak Samad sedang berada di sini ... tetapi sejak tadi, patik tidak melihat pula kelibat orangnya? Cik muda tahu di manakah Pak Samad dan orang-orang yang pernah berada di lorong belakang kota itu?" tanya Tengku Afkar pula.

"Ouh, Pak Samad dan pak cik-pak cik lainnya sedang ke hutan bersama Umar. Mencari beberapa herba dan makanan untuk mereka." jawab Tun Haseen.

"O-Ouh ..." Tengku Afkar semakin serba salah. Tidak sangka rakyatnya masih teguh berusaha dalam keadaan seperti itu. Sendirian tanpa bantuan daripada kerajaan ayahandanya.

"Mengapa mencari Pak Samad? Tuan hamba masih hendak menghukumkah?" tebak Tun Haseen.

Tengku Afkar tersentak.

"Bukan! Beta- ehem ... patik ingin menyampaikan sesuatu berita daripada Tuanku ..." balas Tengku Afkar seraya berdehem kecil.

"Berita apa?" Tun Haseen kelihatan teruja.

"Huh? Berita ini untuk mereka, bukan untuk cik muda ..." balas Tengku Afkar. Lebih baik beritahu terus kepada orang-orang itu.

Tun Haseen sekadar mengangguk walaupun di dalam hati, dia merasa ingin tahu.

Tidak lama kemudian muncul beberapa orang lelaki dewasa keluar dari kawasan masuk hutan di belakang lorong tempat pondok Tun Haseen mengajar.

Mereka mengheret beberapa batang daun nibung yang baru ditebang. Buat mengantikan daun nibung lama yang selama ini mereka gunakan. Selang beberapa purnama, dedaunan itu harus diganti baru. Bagi mengelakan ribut besar membasahi tempat mereka berteduh.

"Haa, itupun mereka sudah pulang!" ujar Tun Haseen.

Tengku Afkar mengikuti langkah gadis itu menuju ke arah kumpulan lelaki dewasa dan tua-tua itu.

"Umar, bagaimana?" tanya Tun Haseen.

"Ampun, Cik Muda, ada beberapa herba yang tidak kami temui. Antaranya yang jenis kulat cendawan. Negeri kita telah lama kemarau, agak sukar mencari bahan demikian ... Hanya daun nibung ini sahaja yang dapat kami bawa pulang." jawab Umar.

Tun Haseen menghela nafas berat dengan hampa. Dia perlukan lagi bahan itu untuk menambah bekalan ubat-ubatannya untuk dijual murah di pasar.

"Tak mengapalah ... Bagaimana pula dengan buruan?" tanya Tun Haseen lagi.

"Buruan juga tiada mengena. Nampaknya hari ini kami tiada berezeki," balas Umar dengan hampa.

"Tuan muda, apa khabar?" sapa Pak Samad kepada Tengku Afkar.

Mata-mata yang lainnya segera memandang ke arahnya.

"Baik sahaja. Patik ingin membawa berita gembira kepada pak cik sekalian," ucap Tengku Afkar dengan semangat.

"Berita apa?" Pak Samad jadi teruja.

"Aya- Erm ... Tuanku Sultan sudah mengetahui hal keadaan kalian, dan baginda telah menitahkan pembesar untuk menyediakan tempat sementara untuk pak cik - pak cik berteduh. Berkemungkinan dua atau tiga hari ini pak cik bolehlah ke tempat baru itu," beritahu Tengku Afkar.

"Benarkah?" tanya pak cik - pak cik tua tersebut. Wajah mereka mula kelihatan jernih selepas tadi pulang tanpa apa-apa hasil.

"Benar. Patik sendiri yang mendengarnya." jawab Tengku Afkar. Hatinya girang melihat kegembiraan wajah rakyat di hadapannya ini.

"Malam ini kita berkemas-kemas. Syukur pada Ilahi, semoga selepas ini Tuanku Sultan lebih pedulikan hal kami ini rakyat yang hina ... hidup sejahteralah, Tuanku," ucap syukur oleh Pak Samad dan yang lainnya.

Tun Haseen dan Umar turut tersenyum mendengar berita gembira itu. Sekurang-kurangnya rakyat yang menetap di sana tidak perlulah tinggal beratapkan daun nibung lagi. Mujur sahaja sekarang masih kemarau, jika musim hujan, entahkan hanyut mereka semua dengan pondok yang tidak kukuh itu.

Tengku Afkar tersenyum berjalan pulang sambil menghantar Pak Samad dan yang lainnya. Senang hatinya kerana beban rakyat seperti Pak Samad akan ringan selepas ini.

"Terima kasih tuan muda, menghantar kami dan membawa berita gembira ini. Terima kasih juga kerana sudi memberikan makanan untuk kami semua ..." kata Pak Samad dengan penuh syukur.

Sambil pulang berjalan tadi, Tengku Afkar membelanjakan mereka semua dengan pelbagai jenis makanan yang dijualkan di pasar itu. Kasihan pula setelah penat lelah berburu seharian di hutan, akan tetapi pulang tanpa hasil.

"Ya, itu semua tangungjawab patik sebagai ... erm, orang yang boleh membantu," Tengku Afkar mengaru kepala yang tidak gatal.

"Jikalau semua bangsawan di negeri ini seperti tuan muda, maka aman makmurlah hidup rakyat miskin dan semuanya. Tak perlulah kami membuat onar dengan mencuri di sana sini. Kami juga manusia, ingin hidup di negeri tanah tumpah darah ini." keluh Pak Samad. Menyesali perbuatannya mencuri beberapa hari yang lalu.

"Tanah dan ternakan semua telah dirampas, tiada apa yang boleh kami jualkan untuk menampung hidup dan cukai." kata salah seorang dari mereka.

"Mengapa Pak Samad dan yang lainnya tidak mencari pekerjaan sahaja?" tanya Tengku Afkar.

Pak Samad mengeluh kecil. Begitu juga pak cik tua yang lain.

"Sudah beberapa rumah bangsawan kami mintakan pekerjaan. Rumah pembesar juga kami tanyakan. Dan hanya isteri-isteri kami sahaja yang mereka terima untuk bekerja," jawab Pak Samad dengan nada yang hampir sebak.

"Dan, sejak isteri-isteri itu masuk ke rumah bangsawan untuk berkerja, kami sudah tidak bertemu lagi dengan mereka." sambungnya lagi. Air mata mula bergenang ditubir kelopak. Mungkin sedang merindui isteri yang bekerja di sana.

"Perlombongan pula?" tanya Tengku Afkar lagi.

"Kerja perlombongan hanyalah untuk imigran. Dan mereka menguasai sepenuhnya kawasan itu.. Jika ada rakyat tempatan cuba masuk bekerja, akan dikenakan hukuman oleh pembesar." balas Pak Samad.

"Patik minta ampun kerana tidak dapat membantu apa-apa." ucap Tengku Afkar. Kepalanya bertunduk. Rasa serba salahnya makin mengunung mendengar kesulitan rakyat.

"Kami sudah bersyukur mengenali tuan muda hari ini. Tak perlulah tuan muda meminta ampun. Ini semua bukan salah daripada tuan muda." ucap Pak Samad sambil memberikan senyuman ikhlas.

Tengku Afkar membalas senyuman itu. Pak cik yang lainnya juga mengangguk memberikan senyuman.

'Andai sahaja mereka tahu siapa diri beta yang sebenar, adakah mereka akan masih tersenyum sebegini? Semua ini adalah salah kerajaan ayahanda dan pembesarnya. Mengabaikan rakyat, memungut cukai tanpa tujuan. Ah, beta berjanji akan selamatkan keadaan ini! Dan senyuman itu, akan beta pertahankan.' janji diri Tengku Afkar.

***
Bersambung
****
1st Draf : 18 Nov 2017
Edited : 19 Nov 2018

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now