4: Tengku Mahkota

1.5K 140 16
                                    

"Tengku, makanlah. Inikan kegemaran Tengku dahulu." pujuk Tun Seri Dahlia.

Tengku Afkar tidak menjawab. Malah dulang yang berisi kuih tepung talam itu ditepisnya lalu isinya bertaburan di atas lantai.

Tun Seri Dahlia terkejut, dia terasa ingin murka namun cepat-cepat dia memujuk hatinya agar bersabar kembali. Sudah kerap kali dia mencuba berbaik dengan putera mahkota ini. Entah kenapa hati kanak-kanak ini terlalu keras, malah semakin membatu sejak kemangkatan Tuanku Permaisuri.

"Mengapa Tengku bazirkan makanan ini? Tidak elok perangai ini, membazirkan amalan syaitan." tegur Tun Seri Dahlia dengan suara lembut. Dia yang sedang sarat mengandung tertunduk-tunduk mengutip satu persatu kuih yang bertaburan di atas lantai itu. Air mata yang bergenang ditubir mata ditahan daripada mengalir. Sabar.

"Beta tidak meminta daripada dayang yang mengkhianati bonda. Keluar!" bentak Tengku Afkar.

Sekali lagi Tun Seri Dahlia tersentak. Walaupun dia sudah biasa mendengar tuduhan itu dari mulut anak muda ini, namun hatinya tetap rasa terguris. Mana mungkin dia mengkhianati Tuanku Permaisuri? Sedangkan tuanku permasuri melayaninya lebih baik dari seorang dayang dan sanggup memberi kasih Tuanku Sultan kepadanya. Inilah yang ditakutinya, dituduh mengkhianti Tuanku Permaisuri adalah kelemahannya.

"Mengapa bicara Tengku Mahkota ini seperti orang bawahan? Di mana budi bicaranya?" sergah Tuanku Sultan. Wajahnya menunjukan kemurkaan.

Dia cukup sakit hati melihat perangai Tengku Afkar itu. Sedari tadi dia ingin menegurinya kerana terlihat dari luar, saat melalui kawasan kamar istana putera mahkotanya.

Tengku Afkar jadi terkedu dan kesal. Dilihatnya sekilas Tun Seri Dahlia yang sudah siap mengutip kuih yang dihamburnya tadi.

Tuanku Sultan menghapiri Tengku Afkar. Dan kaki Tengku Afkar terundur ke belakang, kepalanya ditundukan, tidak berani bertentang mata dengan pemerintah tertinggi itu.

"A-ampun tuanku, patik tidak sengaja terjatuhkan makanan tengku mahkota, kerana itu, tengku mahkota tidak mahu makan." Tun Seri Dahlia bersuara dengan nada getar. Takut, kerana dia sedang berbohong.

Tengku Afkar diam terkedu. Dalam hati dia bersyukur kerana dibelakan.

"Sudahlah, beta telah nampak semuanya. Usah Seri Dahlia berbohong!" keras nada Tuanku Sultan.

Tun Seri Dahlia lantas duduk melutut. Tengku Afkar gigit bibir. Perasaan takut dan menyesal bergabung!

"A-ampun tuanku ... patik memanglah bersalah kerana berbohong, tetapi jangan dihukum Tengku Mahkota, dia masih kanak-kanak, belum matang." Tun Seri Dahlia mencuba memujuk suaminya lagi.

"Beta sudah tidak tahan dengan adu-aduan daripada awang-awang dan dayang-dayang juga pembesar istana. Setiap kali mereka hendak menghantar makanan, Tengku Mahkota membuangnya! Setiap kali kamar hendak dikemaskan, Tengku Mahkota menyelerakannya kembali! dan setiap kali waktu belajar, Tengku Mahkota akan menghilangkan diri hingga ke malam! Apa yang Tengku Mahkota inginkan? Adakah bonda berpesan agar Tengku Mahkota jadi begini?" marah Tuanku Sultan.

Tengku Afkar mengangkat kepala. Matanya ditentang! Memanglah dia sedang takut kerana segala perangainya telah diketahui ayahandanya, akan tetapi, apa yang membuat dia jadi berani ialah perkataan 'bonda'!

"Jangan ayahanda menuduh bonda sedemikian. Bonda tidak bersalah!" balas Tengku Afkar dengan berani.

"Lalu? Siapa yang bersalah?" Tuanku Sultan bermain kata.

"Salah ayahanda kerana membiarkan bonda mangkat!" bentak Tengku Afkar. Sejurus itu, Tuanku Sultan dan Tun Seri Dahlia memandang tepat kepadanya.

"Itukan kuasa Tuhan! Bagaimana lagi ayahanda harus menjelaskannya agar anakanda mengerti?" balas Tuanku Sultan. Entah berapa kali dia hendak mengulanginya?

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now