14: Kemajuan

870 84 9
                                    

Note: Kepada yang berminat ingin melihat silat.
Play the video.
❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈


Hiyah! Hiyah!

Tengku Afkar sedang cuba mengelak beberapa serangan daripada Tengku Eijaz. Tangan kanan dihala ke hadapan. Kaki dibuka kuda-kuda.

Tengku Eijaz memberi serangan. Tangan kanan berkepal penumbuk menghala ke bahagian perut Tengku Afkar.

Sempat Tengku Afkar mengelak. Kali ini gilirannya pula. Tangan kanannya cuba mematahkan serangan dengan memukul bahagian bahu Tengku Eijaz.

Tengku Eijaz juga bijak mengelak lalu mengambil peluang menyekat pergerakan Tengku Afkar dari bahagian betis. Betis sasanya dilibaskan lalu menyebabkan Tengku Afkar tersungkur!

"Argh!" Tengku Afkar merasa kebas akan kekuatan libasan daripada Tengku Eijaz itu.

"Sudah menyerah?" tanya Tengku Eijaz dengan nada sinis.

" Beta tak mungkin menyerah!" jawab Tengku Afkar bingkas bangun berdiri semula.

Mereka mula bersiap siaga kembali menyambung perlawanan. Peluh di tubuh makin menitik membasahi bara semangat sang pahlawan. Wajah kedua-dua mereka masih bersemangat menentang lawan.

"Sudahlah .. hari sudah mahu senja. Lebih baik berhenti berlatih." tegur Pak Hamid. Penjaga Istana Bukit Naura.

Tengku Afkar dan Tengku Eijaz melepaskan tangan kemudian tersenyum sesama sendiri.

"Hari ini beta kalah lagi kepada Tengku ..." keluh Tengku Afkar.

Sememangnya kekuatan Tengku Eijaz lebih kuat berbanding dirinya. Setiap kali berlatih, pasti dia yang akan angkat bendera putih.

"Tuanku juga tidak ada kurangnya. Sudah banyak kemajuan dari kekuatan tuanku." puji Tengku Eijaz.

Mereka lantas beriringan masuk ke dalam istana bersama Pak Hamid.

"Melihat wajah kalian, patik yakin ... Tuanku pastilah kalah lagi kepada Eijaz," kata Tengku Nadhir yang sedang makan buah di atas meja makan.

Tengku Afkar membuat mimik muka sebal. Dia kemudian duduk berhadapan Tengku Nadhir, manakala Tengku Eijaz duduk di sebelahnya.

"Entah apalah rahsia Eijaz ini? Kekuatannya tiada tandingan lagi antara kita bertiga. Mungkinkah Tengku Eijaz ada berketurunan daripada Hang Tuah dari negeri Melaka itu?" seloroh Tengku Afkar.

Tengku Eijaz sekadar ketawa kecil. Dia seorang yang kurang berbicara. Baginya terlalu banyak lidah berbicara akan melemahkan kekuatan dirinya.

"Ahahahahaa ... jauh sekali tekaan Tuanku itu, patik pula terfikir, mungkinkah Eijaz adalah jelmaan daripada Lagenda Badang," kata Tengku Nadhir pula dalam ketawanya.

Tengku Afkar sekadar tersenyum mendengar jenaka itu.

Tengku Nadhir pula sebaliknya. Dia seorang yang banyak mulut. Ada sahaja mulutnya ingin berkata-kata. Tetapi juga seorang yang tangkas berbanding kebanyakan orang. Mindanya pantas mengatur stratergi bijak menyerang lawan.

"Sudah-sudahlah usik-mengusik ini. Adakah Tuanku dan Tengku tidak merasai kekuatan Tengku Eijaz ketika dia sedang marah?" tegur Mak Jiah sambil meletakan makanan untuk mereka di atas meja makan.

Kesemua mereka lantas berdehem melihat Tengku Eijaz. Wajah Tengku Eijaz tiada beriak. Dia dengan selamba mengaut beberapa lauk pauk ke dalam pinggannya, lalu menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Usai masakan berhidang, penghuni Istana Bukit Naura itu mula menjamu selera petang seperti biasa. Tiada lagi suara-suara gurauan dan tiada lagi kata-kata berbaur pengajaran daripada Salam. Hanya mereka berenam. Tengku Afkar, Tengku Eijaz, Tengku Nadhir, Pak Hamid, Mak Jiah dan Awang Wadi selama lima tahun ini. Walaupun hanya kurang seorang ahli keluarga, serasa seperti sepuluh orang telah pergi meninggalkan mereka.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now