11: Penangguhan

828 89 1
                                    

"Salam, malam ini bukan malam terakhir buat Salam!" ucap Tuanku Permaisuri dengan wajah yang masih pucat lesi! Dayang Dahlia di sisinya memimpin erat bahu Tuanku Permaisuri.

Salam yang berdiri dengan tangan dan kaki yang masih terikat memandang kosong kedua wanita di hadapannya ini.

'Apakah maksud Tuanku Permaisuri ini?'

"Salam tidak boleh mati lagi! Salam harus menjalani hukuman. Bukan terus-terusan minta hukuman mati!" kata Tuanku Permaisuri. Dia terduduk di atas longgokan rumput kering di dalam penjara kayu itu. Dadanya ditepuk berkali-kali bagi mengurangkan rasa sakit.

"Apa lagi yang Tuanku mahukan? Tuanku Sultan telah menjatuhkan hukuman! Dan patik telah menerima takdir diri ini." tenang senada saja suara Tun Sallahuddin.

"Beta tidak mahu memberi hukuman itu! Beta tahu, Salam tidak bersalah. Beranikan diri. Bebaskan diri Salam." ucap Tuanku Permaisuri dengan nada memujuk.

"Patik telah membunuh Tengku Anggerik Mawarni dan telah meracuni Tuanku serta tengku putera dengan air madu hasil buruan patik. Hukuman ini memang selayaknya patik dapat. Patik juga telah cuba memporakperandakan kepercayaan rakyat jelata kepada pemerintahan Tuanku. Patik mengakui semuanya salah patik!" jelas Tun Sallahuddin lagi.

Tuanku Permaisuri segera berdiri dan mendekati Tun Sallahuddin lalu tangannya menampar keras pipi lelaki itu. Pang!

Tun Sallahuddin dan Dayang Dahlia terkejut! Sekali lagi Tuanku Permaisuri memberikan tamparan, berkali-kali hingga tapak tangannya terasa benar-benar pijar kesakitan. Air matanya juga turut mengalir.

"Pengecut! Mengapa mudah sahaja Salam menerima semua itu?" keras nada Tuanku Permaisuri. Hatinya kecewa. Di manakah sikap Tun Sallahuddin yang selama ini berpegang teguh pada prinsipnya? Mengapa kini Salam begitu goyah sekali?

"Patik memang pengecut, pembunuh dan pembelot! Itu semua patik terima." jawab Tun Sallahuddin lagi.

Tuanku Permaisuri kemudian segera keluar bersama Dayang Dahlia. Meninggalkan Tun Sallahuddin yang masih lagi terkesan akan tamparan mengejut itu.

...

Tepat waktu pada tengah malam, Tun Sallahuddin didatangi oleh beberapa orang pengawal yang berbadan tegap. Dia mengeluh seketika. Pastinya ini adalah waktu bagi hukumannya. Ikatan tangan di belakangnya dilepaskan dan dibawa kasar ke hadapan. Kemudian tubuhnya diheret kasar. Di luar pagar penjara, Tun Abdul Rasyid melihatnya dengan pandangan yang cukup sebak.

"Usahlah menangisi kepergian pengkhianat seperti ku. Kuharap sahabatku ini akan sentiasa mengingati diriku selamanya." kata Tun Sallahuddin sambil tersenyum.

Tun Abdul Rasyid sedaya upaya membalas senyuman itu.

Di hujung balai hukuman, Tuanku Sultan siap berpakaian berwarna putih. Tanda perkabungan.

Tun Sallahuddin tersenyum sinis. Beria benar Tuanku Sultan ingin berkabung atas kepergiannya. Begitu juga pembesar yang lainnya.

Satu biji mangkuk penuh berisi ditatang oleh seorang dayang tua. Pastinya adalah racun bagi dirinya yang bakal menerima hukuman itu. Mangkuk berisi air itu segera diletakkan di hadapannya. Tun Sallahuddin dibawa melutut sambil menghadap wajah-wajah bahagia di hadapannya.

"Beta benarkan tuan hamba membuat pesanan terakhir sebelum meminum hukuman itu." titah Tuanku Sultan. Dia cuba menenangkan dirinya.

Tun Sallahuddin menghela nafas tenang dan tersenyum.

"Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Tiada orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now