37: Kejadian Aneh

971 85 18
                                    

"Benarkah hal kejadian itu?" soal salah seorang pembesar Istana yang sedang berkumpul di luar balai musyawarah untuk perjumpaan pagi itu.

"Patik juga tidak berani mengatakan apa-apa kerana tidak melihatnya dengan panca indera sendiri." ujar salah seorang pembesar pula.

"Ada saksi berkata, tubuhnya berwarna gelap dan pergerakannya seolah-olah terbang."

"Ada juga berkata bahawa 'benda' itu yang mengeluarkan api lalu membakar kebun orang-orang kampung."

"Tetapi, sahihkah semua ini?" desak pembesar yang bertanya sebelumnya.

Kesemuanya jongket bahu. Mereka lantas terdiam jeda lalu berfikir dalam.

"Apa yang telah terjadi?"

Tengku Afkar yang kebetulan melintas, bergegas menuju ke arah beberapa orang pembesar yang sedang berbicara sesama mereka itu.

Kesemua pembesar Istana itu lantas menundukkan wajah mereka. Mata kemudian dikerling melihat satu sama yang lain.

"Ampun tuanku, tiada apa-apa kejadian aneh yang terjadi." jawab salah seorangnya.

Tengku Afkar berdehem kasar. Dia sudah mencuri dengar perbualan itu sejak tadi, dan Tengku Afkar sudah maklum akan sikap pembesar yang sengaja ingin merahsiakan hal tersebut dari pengetahuannya.

Dia lantas meneruskan langkah kakinya menuju ke balai musyawarah. Awang Wadi yang sentiasa menemani Tengku Afkar, sempat mengerling dan melihat tingkah pembesar-pembesar itu.

***

"Kekanda, minumlah air teh ini. Dinda bancuhkan khas untuk kanda," Permaisuri Tun Seri Jasmin menghulurkan cawan berisi minuman itu kepada Tuanku Sultan. Senyuman di bibirnya sejak tadi tidak lekang.

Tuanku Sultan berdehem halus. Entah mengapa dia terasa seolah bulu romanya menegak saat menatap anak mata permaisuri itu.

"Ehem. Letakan saja dahulu, beta ada musyawarah untuk pagi ini. Kemudian nanti beta akan minum."

Tuanku Sultan lantas bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah pintu. Sebelum dia berlalu keluar, sempat dia menoleh wajah Permaisuri Tun Seri Jasmin yang jelas terkilan.

Permaisuri Tun Seri Jasmin menahan senyum di bibir. Di dalam hati, bertapa dia cukup marah kerana hidangannya tidak dijamu oleh Tuanku Sultan.

"Buah saga buah merah,
Buat ukuran berat emas;
Kusangka luka rupanya darah,
Buat habuan binatang buas."

Permaisuri Tun Seri Jasmin tertawa sendirian di kamar Tuanku Sultan. Anak matanya juga bertukar menjadi warna gelap hitam pekat.

***

Tuanku Sultan mengurut-urut pelepisnya. Entah mengapa, tiba-tiba rasa sakit dihulunya menyerang saat dia perlu mendengar musyawarah bersama pembesar negerinya.

"Ampun tuanku, patik tidak bersetuju akan cadangan ini!" ujar salah seorang pembesar yang menentang cadangan Tun Abu Jabaar.

Tun Abu Jabaar lantas memberikan jelingan tajam ke arah pembesar tersebut.

"Ini hanyalah cadangan patik sahaja. Pembinaan kubu tentera di sempadan timur sangat diperlukan bagi mengelak ancaman luar negeri." ulas Tun Abu Jabaar.

Tengku Afkar sekadar mendengar ucapan Tun Abu Jabaar dari luar balai. Memandangkan dia masih belum ditabalkan lagi, protokol istana melarang keras seorang tengku mahkota daripada mencampuri urusan pembesar dan sultan, melainkan jika diperkenankan oleh sultan dan pembesar.

"Ceh, apa yang ada di sempadan timur? Hanyalah laut terbentang luas. Lainlah jika di sempadan utara, selatan dan barat." omel Tengku Afkar.

"Ampun tuanku, di sempadan timur hanyalah ada lautan luas. Mana mungkin ada ancaman besar daripada laluan tersebut. Lagipun, bukankah ada orang laut dan syahbandar di pelabuhan? Mengapa kita perlu letakkan kubu di tepi laut pula? Pembinaan kubu di tiga sempadan negeri sudah cukup memakan belanja yang tinggi. Patik sungguh tidak bersetuju jika kita ingin membina sebuah lagi kubu tentera dalam masa terdekat ini."dengan lantang, Pembesar dari kampung sempadan utara bersuara.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now