Chapter 5

553 43 2
                                    





"BERATUR ikut kelas. Bas A kelas Alpha dengan Beethoven. Kelas Chopin dan Mozart naik bas B."

Beg besar di tangan dan beg Quechua digalas kat belakang. Berat tak payah kata la. Aku ni memang jenis suka bawa barang banyak-banyak.

So today is the day. Kem!

Jam tangan dikerling sekilas. Masih menunggu Citra yang tak sampai-sampai sekolah lagi. Kemarin bukan main excited, last last dia yang lewat. Mana kau Citra...!! Dah pukul berapa ni.

"Ketua kelas, kira anak buah kamu dah cukup ke belum?" Arah Ustazah Fatimah.

Ayyad pantas melakukan tugasnya. Kami diperhatinya satu-persatu. Mulut terkumat-kamit mengira.

"27. Mana lagi seorang?"

"Wei Citra tak datang lagi." Jeritku.

Ayyad mengangguk. "Ustazah, kelas kami tak cukup seorang. Citra tak sampai lagi."

"Ouh, tak apa. Ibu dia dah call bagitahu saya tadi ada masalah sikit. Kejap lagi dia pergi terus ke kem."

Aku yang mendengar dari jauh hanya mampu ternganga. Dalam bas aku nak duduk dengan siapa woi!

Aku mengeluh perlahan. Spoil mood betullah. Alone lagi la aku.

Handphone di dalam beg dikeluarkan. Whatsapp dibuka.

Citra send you a message

"Weih sori ada masalah sikit. Aku gi terus kem kot nanti. Tabah la duduk dlm bas sorang2 ye. Sorry u... Take care!" 😘😂

Hampeh betul Citra ni.

Sebaik sahaja aku angkat muka, sepasang mata tepat bertembung dengan mata aku. Dah kenapa mamat tu. Tak habis-habis ganggu hidup aku.

Eiz senyum simpul menampakkan lesung pipitnya. Sempat lagi main kenyit-kenyit mata.

Aku jeling. Buku lima diangkat.

"Wuuu~ garangnye.." Dia, Rafiqy dengan Naufal. Sama-sama gelak. Humm baguslah tiga serangkai tu.

"Okay kelas Alpha. Boleh beratur masuk dalam bas. Letak beg kat bawah. Baik-baik naik tangga tu. Jangan tolak-tolak."

Aku bergegas ke tempat letak beg bawah bas. Semua orang serbu. Main tolak-tolak siap. Ish, diaorang ni tak faham bahasa ke ustazah dah kata tadi jangan tolak?!!

Bang!

Kepalaku terhantuk pada bucu pintu tempat letak beg tu. Ha tu la tolak lagi. Kepala aku jadi mangsa!

Kepala diusap perlahan. "Aduh..."

Eiz di sebelah gelak. Dia langsung aku tak hiraukan. Aku mendengus geram lalu naik ke atas bas. Malas melayan. 

Ala...semua tempat kat depan dah penuh.

Bibir muncung sedepa. Aku nak duduk kat mana ni?

"Ika! Sini ada kosong." Ema melambai ke arah aku. Mataku tertumpu ke arah sit kosong di belakangnya. Kosong tu memang kosong tapi tempat tak best langsung. Depan budak lelaki pulak tu. Dah la diaorang tu bising! Tak senang aku nak tidur nanti.

Kem Wan Kemara tu bukannya dekat. 2 jam setengah tera nak sampai pun.

Dengan keterpaksaan, aku berjalan lemah longlai ke sit kosong tersebut. Sis redha...

Aku mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Sit aku sebelah kanan bas. Sit sebelah kiri ada Zulfa dengan Syaf. Depan aku Anis dan Ema.

Oyeahh dekat dengan dormmate aku. Ada juga la kawan nak sembang pun. Eleh macam la nak sembang sangat..

Us ✔Where stories live. Discover now