Chapter 60

499 38 6
                                    






"HAI BIDADARI." Seketul wajah Eiz tersenyum ke arahku.

Aku agak dah.

Aku menolak dada Eiz lalu bertindak menyiku perutnya.

"Aduh! Kau ni gila ke?" Eiz mengaduh sakit. Ditariknya tudung aku.

Aku menepis tangannya.

Tak guna punya lelaki, habis tudung aku woi.

Usai bergomoi sesama sendiri, serentak kami bangun. Berdiri.

Anak rambut yang terjuntai keluar aku kemaskan. Habis senget benget tudung aku.

Aku memalingkan wajah. Tangan disilang memeluk tubuh.

"Apa kau buat kat sini?" Mulutku menyoal sambil mata menghala ke arah lain.

Eiz masih berdecit sakit sambil memegang perut. Sekejap sekejap tangannya naik memegang ke kawasan dada pula.

Aku pandang Eiz.

"Sakitlah. Kau ni pun, kot nak berterima kasih dekat aku. Penat tau aku fight nak selamatkan kau. Ingat tak letih ke? Lari cari kau lagi." Eiz tayang muka minta simpati.

Anak mata diguling ke atas.

Haah..

Aku memang tak pernah tengok Eiz berlawan pun depan aku.

Aku tahu dia ada pangkat tinggi dalam silat tapi tak pernah la pula dia tunjuk dekat aku. Ke sebab aku ni suka cari gaduh tu yang aku rajin berlawan eh? Ya lah, selama ni kan aku je yang asyik beraksi dalam cerita ni?

Dah rasa diri ni dah cukup hebat boleh lindungi diri sendiri.

Tapi hakikatnya tak.

Actually bukanlah aku tak nak berterima kasih, tapi aku masih marahkan dia lagi pasal kes kat sekolah tu!

Mataku memandang Eiz yang mencebik memandang aku.

"Apa?"

Sebuah jelingan dihadiahkan. Anak mataku kembali melihat ke arah lain.

Bibir Eiz menarik senyum kecil. Lama dia memandang aku.

"Kau ni degil tahu tak." Eiz mencubit kuat pipi kananku.

"Ish sakitlah."

"Ni dah kena sampuk jin apa ni sampai berani lari keluar rumah hah?"

Aku tergelak sinis. "Kena sampuk kau kata?"

Eiz kerut dahi. "Then? Gaduh dengan Mama Papa lagi?"

Aku tersenyum kelat. Pandai pula dia teka. Kepalaku tertunduk ke bawah. Mahu sembunyikan air mata.

"Sampai bila Ika?"

"Sampai bila apa?!" Aku mendongak.

"Kau tak rasa kau bolehlah cakap. Kau tak duduk kat tempat aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Penat tau aku hadap perangai Mama Papa kat rumah tu. Korang boleh lah duduk senang lenang dekat asrama tu tak fikir apa."

"Siapa kata tak fikir apa? Kitorang study kot. Nak exam lusa ni." Eiz mencelah.

"Dah tu? Kau fikir aku tak ambil exam?" Aku menjegil ke arahnya.

Eiz buat muka toya.

Dia ni memang tau sengaja cari pasal.

"Tiap hari Mama asyik marah-marah aku je. Ingat aku ni anak, aku tak ada perasaan ke? 24 jam kena kunci mulut dengar apa Mama bebel. Eh penat tahu tak. Entah apa salah aku, aku pun tak tahu. Apa kau rasa kalau Umi Abah asyik salahkan kau sedangkan benda tu kau tak buat pun. Mesti kau sakit hati kan?!"

Us ✔Where stories live. Discover now