Chapter 64

407 34 1
                                    




TANGAN diselup ke dalam poket baju. Sekeping kertas dikeluarkan. Lama aku tatap kertas putih yang dilipat kemas itu. Ibu jari menggosok-gosok permukaan licin surat yang sebesar tapak tangan.

Surat ni aku nak bagi kepada Eiz. Sebenarnya dah lama tulis tapi hari ini baru plan nak bagi. Bukan main panjang oh aku karang.

Esok dah last paper, Fizik. Then kitorang ada gap dua minggu untuk bertemu dengan peperiksaan sebenar pula.

Dengar cerita, dalam masa dua minggu tu nak buat majlis graduasi. Dengar dari mulut orang je lah. Tak tahu la betul ke tidak.

Tapi aku okay je kalau majlis tu betul-betul jadi. Itu kan majlis rasmi terakhir kami untuk pelajar tingkatan lima ni. Ada la masa nak have fun sikit. Penat otak aku asyik kena pressure je siang malam menghadap buku. 

Langkahku diperlahankan.

Aku berjalan tenang sambil mata masih menumpu pada surat di tangan. Aku harap Eiz terima maaf aku dan kami dapat berbaik semula.

"Ehem ehem." Berdehem manusia di sebelah aku. Tiba-tiba sahaja muncul.

Pantas aku menoleh. Surat digenggam dan di bawa ke belakang badan. Sorok.

"Apa tu.. Nak tengok?" Ryan mendekatkan wajahnya.

"Tak ada apa lah."

"Bak sini kertas tu."

"Ish mana boleh." Aku berundur setapak. Baru tersedar yang aku kini berada di koridor di hadapan kelas Chopin.

"Alaa bagi je lah aku nak tengok. Nak sembunyi-sembunyi pula." Ryan cuba merampas kertas itu dari aku.

"Tak boleh."

"Kedekut ah kau ni. Bagi je lah."

"Yang kau sibuk sangat ni pehal? Kertas aku ikut suka lah aku nak bagi ke tak."

"Alaa aku nak tengok sekejap je." Ryan lari ke belakang aku. Masih tak putus asa.

"Ryan tak nak lah!"

"Nak tengok juga."

"Ryan jangan--"

Kertas itu dibentak kuat dan akhirnya terlepas dari pegangan aku. "Yeay dapat!" Ryan cuba melarikan diri.

Ryan ni memang nak makan penyepak agaknya. Dah kenapa tiba-tiba nak cari gaduh dengan aku.

"Ryan! Bagi lah balik!" Aku cuba mengejar dia.

"Tak boleh.." Ryan berlari kecil sambil tangan membuka lipatan kertas itu.

"Ryan janganlah!" Suaraku menarik perhatian pelajar yang sedang study di dalam kelas. Semua mata mendongak melihat adegan kami berdua.

"Hahaha Fieya pendek." Ryan mengangkat tangan kanannya melarikan kertas itu dari aku. Kedudukan kertas itu kini lebih tinggi dari kepala dia.

"Ryan bagilah balik.."

"Cubalah ambil."

Aku menjinjat dan melompat-lompat  untuk menggapai kertas di tangan Ryan.

"Pendek." Ryan turut menjinjat dan meregangkan tangannya. Semakin tinggi kertas itu.

Ryan memusing-musingkan badannya pula. Cubaan aku untuk mendapatkan kertas yang sudah separuh terbuka itu semakin sukar.

"Dear Eizza-- ohh kau nak bagi surat ni kat dia ke." Ryan membaca surat itu perlahan. 

"Ryan please.. Tolonglah jangan!" Gelabah. Sudah la ramai orang tengok sekarang ni.

"Tak boleh tak boleh.."

Us ✔Where stories live. Discover now