Chapter 44

453 36 2
                                    






[RYAN'S P.O.V.]



Sesi persekolahan tamat dan tiba masanya untuk balik asrama. Fuh, finally esok balik rumah juga. Minggu balik sempena Hari Raya Aidilfitri. Cuti 10 hari. Tak sabar aku nak kutip duit raya banyak-banyak tahun ni.

Hehe

"KENAPA?!"

Suara lantang Cikgu Aida dari dalam bilik kaunseling dapat aku dengari. Aku yang sedang berjalan di laluan yang berdekatan segera memberhentikan langkah.

Aku menuju ke bilik kaunseling. Senyap-senyap aku mencuri pandang melalui tingkap yang sedikit terbuka.

"Fieya...."

Ini mesti pasal kes Citra tu. Aku mencuri dengar perbualan dia dan Cikgu Aida. Hanya mereka berdua yang ada di dalam.

"Kenapa?! Cuba kamu bagitahu cikgu."

Fieya tunduk. Mukanya pusat lesi. Langsung tiada seri, tidak bermaya. Mulut tidak mengucapkan apa-apa untuk membela diri. Cikgu terus-menerus memaksanya untuk menjawab. 

"Ya saya tahu salah saya cikgu. Memang semuanya salah saya. Saya yang tak tahan sabar. Saya ikutkan sangat kemarahan saya cikgu." Ujarnya perlahan.

Cikgu Aida menggeleng perlahan sambil mengeluh. Rotan dipukul-pukul perlahan pada telapak tangannya sendiri.

"So kamu tak ada apa-apa penjelasan nak beritahu cikgu? Kamu tak nak bela diri? Sebab saya tahu cerita sebenar. Dari awal sampai habis." Soal Cikgu Aida lagi.

Fieya menggeleng. "Tak ada cikgu. Semuanya memang salah saya." Matanya memandang lantai.

"Keluarga Citra telah saman kamu disebabkan kes ni. Tapi tak apa, pasal tu kamu jangan risau. Ibu bapa kamu dah settlekan."

Fieya menggigit bawah bibir. Pedih hati mendengarnya. Mesti maklong dan paklong marah dan kecewa tentang ni.

"Kalau ikutkan arahan pihak atasan, kamu dikenakan hukuman gantung sekolah."

Fieya mendongak. Terkejut.

"Tapi disebabkan peperiksaan dah dekat, hukuman tu dibatalkan. Trial lepas raya kan?"

Fieya mengangguk.

"So mereka dah arahkan cikgu untuk merotan kamu dengan 100 kali sebatan. Tiada alasan, tiada bantahan. Hukuman mesti dijalankan juga." Ujar Cikgu Aida.

Aku yang mendengar terjegil mata dibuatnya. Weh Fieya bukan berzina pun nak kena sebat 100 kali. Orang yang minum arak pun 40 kali sebatan je kot. 

Eh pentadbiran ni dah habis cara ke nak bagi hukuman? Sekarang bulan puasa kot agak-agak ah.

Fieya seperti merelakan.

"Bak sini tangan." Ujar Cikgu Aida garang. Kaca mata dibetulkan. Rotan sudah sedia untuk melibas mangsanya.

"Cikgu, kalau cikgu rotan kat belakang je boleh?" Kepala didongak agar dapat memandang Cikgu Aida.

Cikgu menjongket kening. Pelik. Sekali aku hairan. Dah orang nak rotan kat tangan kenapa dia suruh ubah rotan kat belakang pula? Belakang lagi sakit apa.

"Kenapa? Tangan kamu sakit?"

Fieya terdiam lama. Dia seperti termenung memikirkan sesuatu.

"Zulaikha!" Cikgu Aida mematikan lamunannya.

"Haah ya. Tangan saya sakit." Dia  mengangguk mengiakan. Jadi, Fieya pun berdiri mengambil posisi untuk dirotan. Belakang badannya dihadapkan ke arah cikgu.

Us ✔Where stories live. Discover now